Ijtimak AMAL 2.0 Bukit Mertajam di Taman Sukun

Komuniti
Typography

BUKIT MERTAJAM: Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Kawasan Bukit Mertajam telah melangsungkan Ijtimak AMAL PAS Kali Ke-2 dengan kerjasama PAS Cawangan Taman Sukun di Dewan Qiraati al-Falah, di sini semalam.

Program ini bertujuan memperkenalkan AMAL dan peranannya kepada masyarakat terutama ahli-ahli PAS Taman Sukun yang baharu diluluskan pendaftaran penubuhannya pada tahun lepas.

Antara pimpinan yang hadir adalah Ketua Pengarah AMAL Malaysia, Norazman Ishak merangkap Yang DiPertua PAS Bukit Mertajam dan Komandan AMAL Bukit Mertajam, Md Ariff Md Nopiah serta Ketua PAS Taman Sukun, Zulkhairi Zakaria.

Norazman dalam ucapannya menegaskan kepentingan amal ibadah yang jangan sesekali ditinggalkan, sebaliknya sebagai Mukmin harus meninggikan lagi kualitinya apatah lagi berada dalam saf memperjuangkan agama Allah.

Selain sesi penerangan, hadirin juga dirai sesi santai jamuan makan dan juga bacaan al-Mathurat di mana Ijtimak Amal ini disasarkan penganjurannya pada setiap bulan di Cawangan-cawangan dalam Kawasan ini. - HARAKAHDAILY 19/8/2019

IMG 20190819 WA0033