ADN Selat Klang khitan 34 bayi perempuan

Komuniti
Typography

SERAMAI 34 bayi perempuan DUN Selat Klang sempurna dikhitankan Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang, Dr Halimah Ali, di Surau Qushairiah, Kampung Sungai Udang, Klang, baru-baru ini.

Dr Halimah berkata, program yang memasuki siri ke-40 itu diteruskan dengan kerjasama biro muslimat surau, Helwa Selat Klang dan Amalnita Selat Klang.

“Kebiasaan adat bersunat bagi anak perempuan ini dilaksanakan ketika bayi masih kecil iaitu beberapa hari selepas lahir.

“Dalam program ini kita pernah mengkhitankan antara bayi yang paling kecil berusia 6 hari dan yang paling dewasa juga ada iaitu berumur 15 tahun,” katanya dipetik SelangorKini.

Tambahnya lagi, pihaknya akan meneruskan program itu dari masa ke masa setelah melihat peningkatan peserta yang berdaftar setiap kali penganjurannya.