PETRONAS bantu persiapan sekolah pelajar asnaf

Komuniti
Typography

KEMAMAN: Badan Kebajikan Kakitangan Islam Petronas (BAKIP) dengan kerjasama Adun Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili telah menyerahkan sumbangan kepada para pelajar asnaf, di sini kelmarin dahulu.

Sumbangan disampaikan Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Timur, Dato' Wan Mohd Hasnan Abdullah pada Majlis Penyerahan Sumbangan Zakat BAKIP di Dewan Sivik Kertih itu.

Menurut beliau, Kertih sebagai tempat pihaknya bekerja dan beroperasi, maka selari visi PETRONAS mereka menyampaikan sumbangan keprihatinan demi kesejahteraan masyarakat.

Jelasnya, tahun ini zakat sebanyak RM900,000 kakitangan PETRONAS diagihkan melalui BAKIP kepada 4,913 asnaf seluruh negara melibatkan negeri-negeri wilayah syarikat konglomerat negara itu.

Katanya, serahan kepada para pelajar asnaf itu bertujuan bagi pembelian kelengkapan persekolahan seperti pakaian dan alat tulis sebagai persiapan mereka menjelang sesi 2019. - HARAKAHDAILY 27/12/2018 

IMG 20181227 WA0000