TEMERLOH: Lajnah Penerangan Media Baru Muslimat PAS Negeri Pahang telah menganjurkan Kursus Penulisan Berita bertempat di Hotel Seri Malaysia, di sini semalam.
 
Program ini bertujuan melahirkan bakat penulis millenia PAS bagi meluaskan lagi informasi PAS di negeri ini dengan sasaran memberikan impak segar ke media arus perdana.
 
Kursus ini juga menjadi pembuka tirai aktiviti lajnah dengan penglibatan Jawatankuasa Muslimat dari 14 Kawasan seluruh Pahang, sekali gus menyuntik semangat kerjasama.
 
Menurut Ketua Penerangan Muslimat PAS Pahang, Yusma Yusuf, ketandusan penulis khususnya untuk menyampaikan berita aktiviti-aktiviti PAS di Kawasan menuntut penganjuran tersebut.
 
"Diharapkan program seperti ini dapat mencungkil bakat bakal-bakal penulis baru yang mampu membantu PAS menyalurkan berita terkini, tuntas dan 'up to date'" ujar beliau.
 
Kursus ini telah disampaikan Pengarang Harakahdaily, Ustaz Izwan Abdul Halim dengan membentang teknik dan tips menulis, serta membimbing teknik penulisan dua jenis berita.
 
Hasil latih tubi intensif pada kursus ini, semua peserta telah mencapai kemahiran asas tersebut dan akan dipantau berterusan secara atas talian untuk menghasilkan berita parti.
 
Penutup kursus diakhiri dengan Yusma memaklumkan struktur terbaharu dan perancangan umum Lajnah Penerangan, sebelum sesi bergambar beramai-ramai. - HARAKAHDAILY 31/7/2019
IMG 20190731 WA0010
 
IMG 20190731 WA0011
 
IMG 20190731 WA0002

PARIT BUNTAR: Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar telah mengadakan tayangan skrin gergasi siaran langsung perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara pasukan Perak dan Kedah.
 
Acara anak muda bersama masyarakat ini telah diadakan dengan kerjasama PAS Cawangan Parit Mat Ali di Warung Yusnina milik Yusri Yunus di Kampung Parit Mat Ali, di sini kelmarin.
 
Timbalan Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar, Badzrul Amin berkata, biarpun ianya program santai, tetapi menjadi medan dakwah lapangan untuk mendekati masyarakat.
 
Manakala Ketua Pemuda PAS Parit Buntar, Mohd Naszruddin Omar menyifatkan program itu sebahagian usaha perpaduan ummah di mana turut dihadiri entiti-entiti Umno Bahagian Parit Buntar.
 
"Walaupun keputusan akhir perlawanan tidak memihak pasukan Perak, kita tetap puas hati dengan semangat kesukanan yang menjadi agen perpaduan ummah," tambahnya. - HARAKAHDAILY 29/7/2019

TANJONG  KARANG: Muslimat PAS Cawangan Jalan Bomba telah melaksanakan aktiviti ziarah dan usrah yang dilangsungkan di Taman Seri Setia, Jalan Bomba, di sini kelmarin.
 
Usrah kali ini telah diadakan di kediaman ahli, Siti Salbiah Abdul Ghani selaku tuan rumah, sekali gus sebagai ziarah ke atasnya yang beransur pulih dari rehat akibat kemalangan jalan raya dialami.
 
Aktiviti Muslimat PAS Jalan Bomba ini telah dipimpin oleh Naqibah Cawangan, Ustazah Mustazzilla Mustakhim dengan dihadiri 10 ahli Muslimat PAS dalam Cawangan ini.
 
Dalam pengisiannya, Ustazah Mustazzilla mengingatkan kepentingan niat dalam setiap perkara dilakukan, selain menasihati ahli agar terus bersama Kepimpinan Ulamak.
 
Beliau juga melahirkan harapan agara semua ahli Muslimat istiqamah dengan usrah dan aktiviti dilaksanakan pihak PAS Cawangan ke arah melahirkan diri yang sufi dan haraki. - HARAKAHDAILY 24/7/2019

TAMBUN: Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Medan Klebang Restu telah mengadakan usrah bulanan bertempat di padang orang ramai Taman Klebang Putra, Chemor hari ini. 
 
Ironinya, usrah dua kali sebulan ini dilaksanakan dalam suasana santai disamping meningkatkan penerapan gaya hidup sihat selaku amilin PAS yang perlu sentiasa bertenaga dalam gerak kerja perjuangan. 
 
Naqibah merangkap Timbalan Ketua Dewan Muslimat Tambun, Noor Carmila Nan berkata, Muslimat hendaklah bersiap siaga melaksanakan arahan pimpinan PAS menuju PRU15. 
 
"Usrah yang merupakan nadi perjuangan perlu dimantapkan agar muslimat komited berjuang atas wadah PAS. 
 
"PAS kaya dengan program pentarbiahan. Ini membuktikan, PAS amat menitikberatkan ahlinya meningkatkan kefahaman perjuangan PAS dari semasa ke semasa," ujarnya.
 
Terdahulu, Muslimat PAS Cawangan Manjoi Baru dan Sungai Tapah juga telah mengadakan usrah bulanan yang dipimpin oleh Naqibah, Nuradilla Mohd Kamal, semalam. 
 
Pengisian usrah turut dimurnikan dengan perbincangan pelaksanaan gerak kerja mendekati golongan muda yang berumur 18 tahun serta pendedahan mengenai medan politik Islam kepada mereka. - HARAKAHDAILY 20/7/2019
 
"Anak muda merupakan aset negara yang berharga. Pendedahan mengenai kepentingan pemimpin yang berintegriti dan memperjuangkan Islam amat penting untuk digiatkan," ujarnya yang juga merupakan Ketua Ameerah Tambun itu.

IPOH: PAS Negeri Perak telah menganjurkan Bengkel Penguasaan Media 'Online' yang diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Perak, di sini hari ini.
 
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib menyeru peserta supaya menguasai media baharu ini untuk menaikkan imej parti.
 
Pesannya juga, supaya media baharu itu digunakan untuk menarik lebih ramai rakyat bersama perjuangan menegakkan Islam di negara ini.
 
Program anjuran Jabatan Teknologi Maklumat (IT) PAS Perak itu telah disampaikan oleh Pegawai Jabatan IT PAS Pusat, Mohd Fakhrurazzi Mahmood.
 
Pengarah Jabatan IT PAS Perak, Badrul Azmi Mokhtar mensasarkan platform media sedia ada akan diaktifkan dengan lebih berstrategi dan sistematik.
 
Manakala Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Hafez Sabri berharap pendedahan bengkel ini juga menjadi pemangkin mendekati pengundi 18 tahun terutamanya. - HARAKAHDAILY 14/7/2019

NIBONG  TEBAL: Dewan Pemuda PAS Kawasan Nibong Tebal dengan kerjasama Majlis Guru (MGP) PASTI Nibong Tebal telah menganjurkan Majlis Hari Guru PASTI dan SRITI di Diana Tom Yam, di sini hari ini.

Sambutan majlis dirasmikan Yang DiPertua PAS Nibong Tebal, Nor Zamri Latiff ini telah dimeriahkan dengan kehadiran guru-guru dari 13 PASTI seluruh Cawangan termasuk para guru SRITI.

Zamri dalam ucapan beliau menegaskan peranan dan kepentingan guru PASTI dan SRITI dalam membina dan membentuk jati diri individu Muslim dalam kalangan murid dan pelajar institusi itu.

Ketua MGP Nibong Tebal, Jamilah Shariff pula menyeru semua guru mengembang potensi diri bagi meningkatkan kualiti pengajaran dengan menyertai Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Majlis ini telah diserikan lagi dengan penyampaian Anugerah Tokoh Guru PASTI kepada Nor Hazleana Muhd Baiduri yang juga aktif dengan gerak kerja Dewan Muslimat di segenap peringkat.

Majlis yang dirai dengan jamuan makan  dan sesi bergambar ini turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS Nibong Tebal, Ustaz Zulazhar Mohamad. - HARAKAHDAILY 13/7/2019

IMG 20190713 WA0050

NIBONG  TEBAL: Jabatan Amal Malaysia Kawasan Nibong Tebal kehilangan anggotanya yang komited, Rohizan Khalib, 44 yang meninggal dunia, di sini tengahari semalam.
 
Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Jan Tukang Rumah rebah di tempat kerja dipercayai mengalami serangan jantung, sebelum digegaskan ke Hospital Sungai Bakap.
 
Aktivis gigih dan aktif dalam kerja-kerja parti bersama Amal ini telah meninggalkan seorang balu dan empat anak yang masih kecil menetap di Kampung Kebun Baru Changkat.
 
Jenazah arwah yang tiba dari hospital disambut dalam suasana sayu dan pilu oleh kaum keluarga sebelum disempurnakan pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Changkat.
 
Hadir sama menziarahi jenazah adalah Ketua Ulamak PAS Pulau Pinang, Ustaz Tajuddin Abu Bakar dan Yang DiPertua PAS Nibong Tebal, Nor Zamri Latiff serta ramai lagi. - HARAKAHDAILY 12/7/2019
20190712 202404

KEPALA  BATAS: Dewan Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Guru PASTI dan SRITI yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, di sini kelmarin.
 
Majlis ini diadakan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan para guru PASTI dan SRITI dalam mendidik anak bangsa, serta meraikan sambutan sempena Hari Guru.
 
Yang DiPertua PAS Tasek Gelugor, Sobri Salleh dalam ucapannya menghargai kegigihan para guru mengenalkan anak bangsa kepada huruf dan memastikan kemenjadian murid.
 
"Kerja guru sangat mulia, walaupum imbuhan diberi tidak seberapa, namun keikhlasan ditunjukkan dapat memberi ganjaran yang besar di akhirat sana," ujar beliau.
 
Para guru diraikan juga dengan pemberian sumbangan khas dan upacara memotong kek sambutan, selain dimeriahkan dengan upacara bertukar-tukar hadiah sesama mereka.
 
Majlis juga diserikan dengan penyampaian Anugerag Tokoh Guru PASTI dan SRITI kepada Suria Shamsudin dan Aizat Noordin serta Tokoh Murabbi Pendidikan kepada Ustaz Moin Hashim dan Ustaz Khalid Man. - HARAKAHDAILY 9/7/2019
IMG 20190709 WA0091

BUKIT  MERTAJAM: PAS Kawasan Bukit Mertajam telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Guru PASTI yang dilangsungkan di PASTI Hira', Tasek Junjung, di sini semalam.
 
Penganjuran ini bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan para guru PASTI dalam mendidik anak bangsa, serta meraikan sambutan sempena Hari Guru.
 
Ketua Penerangan PAS Bukit Mertajam, Azmi Jamri dalam ucapannya menghargai jasa para guru mengajar anak-anak mengenal huruf di mana kegigihan para guru telah menghasilkan murid PASTI yang soleh dan berjaya dalam hidup.
 
"Saya kagum dengan satu perkara yang ada dalam diri setiap guru, iaitu kesabaran yang sangat tinggi, walaupun ganjaran tidak setimpal dengan kerjaya sebagai guru.
 
"Saya percaya dengan keikhlasan kalian mendidik tanpa jemu, berkorban keringat tanpa mengeluh, itulah keberkatan yang diberikan oleh Allah S.W.T," ujar beliau di mana majlis turut meraikan para guru dengan sumbangan khas serta simbolik memotong kek.
 
Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Bukit Mertajam, Mohd Anuar Abdul Rahman telah menyempurnakan penyampaian Anugerah Tokoh Guru PASTI kepada Rosnani Harun daripada PASTI Cawangan Tasek Junjung. - HARAKAHDAILY 7/7/2019

TAMBUN: Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Majlis Guru PASTI Kawasan Tambun telah diadakan di PASTI Ar-Ridzuan, Halaman Meru Permai, di sini kelmarin.
 
Program tersebut dimulakan dengan bacaan al-Ma'thurat diikuti dengan usrah bulanan yang disampaikan oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Tambun, Ustaz Abdul Abidi Mohamad Maznan.
 
Beliau mengingatkan para guru supaya sentiasa membaca Al-Qur'an dan al-Ma'thurat kerana keduanya adalah seperti 'makan dan minum' dalam usrah serta majlis ilmu.
 
Di samping itu, para guru turut diingatkan agar sentiasa gigih dalam mencari ilmu di mana sahaja kerana menuntut ilmu adalah satu kefarduan bagi setiap Muslim.
 
"Kita boleh tahan duduk dalam mall 2 atau 3 jam, tapi tak boleh tahan duduk dalam majlis ilmu 1 jam," katanya pada majlis yang turut dihadiri Pengerusi PASTI Tambun, Ustaz Shahrul Abdul Manap.
 
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada guru PASTI Tambun yang telah dipilih sebagai salah seorang guru cemerlang pada Sambutan Hari Guru PASTI Perak minggu lepas.
 
Harapan dizahirkannya agar semua guru PASTI kekal istiqamah menghadiri program-program yang dianjurkan oleh PAS dan PASTI di semua peringkat.
 
Pelbagai juadah berkonsepkan potluck turut disediakan oleh guru-guru yang hadir memeriahkan program tersebut dan mengerat ukhuwah sesama mereka. - HARAKAHDAILY 2/6/2019

TITIWANGSA: PAS Kawasan Titiwangsa telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri yang dilangsungkan di Darul Ummah, Kampung Pandan, di sini kelmarin.
 
Ternyata acara tahunan ini telah mendapat sambutan meriah daripada penduduk pelbagai latar belakang agama merentasi sempadan politik, sekali gus memberi mesej penyatuan.
 
Para tetamu yang hadir telah disambut dan diraikan mesra oleh pimpinan PAS Titiwangsa diketuai Yang DiPertua, Khairul Anuar Abdul Manap termasuk Pemuda dan Muslimat.
 
Hadir sama adalah Ketua Umno Bahagian Titiwangsa, Dato' Seri Johari Abdul Ghani yang dalam ucapannya mengulas bahawa muafakat PAS dan Umno ke arah memperkuatkan Melayu dan Islam.
 
Pelbagai juadah istimewa disajikan sepanjang acara berlangsung seperti nasi tomato, sate, mee bandung, bubur durian dan banyak lagi dengan semua gerai dikelola oleh PAS Cawangan-cawangan. - HARAKAHDAILY 2/7/2019

BERUAS: PAS Kawasan Beruas telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri yang telah dilangsungkan di Dataran Ghuroba, Pengkalan Baharu, di sini semalam.

Kehadiran orang ramai ke majlis ini turut disertai pimpinan Umno Bahagian Beruas antaranya Adun Pengkalan Baharu, Dato' Abdul Manaf Hashim dan Ketua Umno Beruas, Dato' Azhar Ahmad.

Kehadiran para tetamu telah disambut dan diraikan pimpinan PAS Beruas, Pemuda, Muslimat dan Ameerah diketuai Yang DiPertua PAS Beruas, Zakaria Hashim bersama Ahli Jawatankuasanya.

Wakil Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria dalam ucapannya berharap kerjasama PAS dan Umno menerusi ta'awun siyasi diadakan terus mengukuh.

Majlis tersebut berlangsung meriah dengan setiap PAS Cawangan menyediakan juadah masing-masing sebagai persiapan meraikan para tetamu yang dianggarkan menghampiri 1,000 orang itu.

Kemeriahan majlis juga turut diserikan dengan meraikan kanak-kanak yang hadir menerusi pemberian duit raya oleh pimpinan PAS Beruas. - HARAKAHDAILY 1/7/2019

IMG 20190701 WA0024