'Walkout' di Parlimen

Surat Pembaca
Typography

APA isunya?

Isunya ialah kerajaan tidak patuh atau melanggar atau mengabaikan peraturan Dewan yang menyatakan pencalonan Speaker hendaklah dilakukan 14 hari sebelum Parlimen bersidang, dengan menamakan Dato Ariff yang baru disahkan pencalonannya semalam sebagai calon Speaker.

Jadi adakah kita membantah pemilihan Speaker?  

Kita tidak bantah pelantikan Dato Ariff, cuma yang kita bantah ialah tindakan kerajaan yang tidak ikut peraturan Dewan.

Mereka kata ada bukti bersurat kerajaan dah hantar pencalonan 2hb Julai, bagaimana?  

Jadi jika benar demikian, mengapa permintaan MP Kota Bharu untuk Point of Order, meminta penjelasan Setiausaha Dewan (yang menjalankan kerja pentadbiran Dewan) tidak dilayan dan penjelasan tidak diberi sedangkan jika benar kerajaan ikut peraturan Dewan, mudah sahaja untuk membuktikannya. Betul? Surat tersebut hanya disebarkan selepas kejadian walkout. Adakah surat itu baru taip tadi dan diletakkan tarikh backdated?

Jadi apa tujuan walkout ini? 

Sebagai satu penzahiran bantahan oleh PAS (dan mungkin BN) betapa sikap kerajaan yang melanggar peraturan Dewan (dan gagal membuktikan sebaliknya) adalah tidak boleh ditoleransikan sama sekali. Baru hari pertama dah menipu?

PAS kata mereka membantah ada asas. Apa asasnya?  

Asasnya ialah laporan-laporan media utama negara berkenaan kecelaruan berhubung siapakah calon sebenar Speaker Dewan Rakyat bermula 7 Julai hinggalah semalam.

PAS percayakan laporan media? Viable ke?

Habis itu, kita nak berpandukan apa lagi? Bukannya kita ambil dari blog picisan. Plus, sepanjang laporan-laporan itu keluar, tiada satu pun kenyataan mana-mana pihak menafikan laporan-laporan tersebut. Maka kita yakin, laporan media itu betul.

Bila dah walkout, lepas itu masuk balik angkat sumpah depan Speaker yang dibantah itu, flip-flop ke? 

Ini bukan flip-flop. kita walkout membantah pelanggaran peraturan Dewan oleh kerajaan, namun jika kerajaan terus juga melantik Speaker, apa kita boleh buat? Kita juga punya kerja selaku MP untuk dilaksanakan. Maka mahu tidak mahu, kena juga angkat sumpah selaku Ahli Dewan Rakyat.

Perlu dijelaskan di sini, PAS tidak menentang pencalonan dan pelantikan Dato Ariff. PAS cuma membantah pelanggaran peraturan Dewan oleh kerajaan.

Dulu PAS kata keluar Dewan itu tak beradab, sekarang PAS pula tiru?

Perlu faham, situasi keluar Dewan yang PAS kata tidak beradab itu dengan peristiwa pagi tadi adalah berlainan. Dulu mereka keluar Dewan semasa Perdana Menteri (PM) membentangkan Bajet, atau belum habis bentang mereka dah keluar. PM tidak langgar peraturan Dewan masa itu, tapi mereka keluar Dewan for the sake of memalukan PM dan for the sake of bantah.

Itu sahaja. Dan itu adalah biadab. Tetapi kali ini, kita protes perlanggaran peraturan Dewan yang jelas oleh kerajaan dan kerajaan gagal membuktikan sebaliknya, bahkan tidak melayan permintaan untuk mendapatkan penjelasan. Maka dalam situasi ini, bukan pembangkang yang biadab, tetapi kerajaan itulah yang biadab.

Kesimpulannya?

Kesimpulannya mudah - pembangkang buat hal sebab kerajaan buat bangang.

 (Diolah dari siaran Facebook Fais Al-Hajari) - HARAKAHDAILY 16/7/2018