وَمِنْهُمْ مَنْ عَاهَدَ اللَّهَ لَئِنْ آتَانَا مِنْ فَضْلِهِ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُونَنَّ مِنَ الصَّالِحِينَ (٧٥) فَلَمَّا آتَاهُمْ مِنْ فَضْلِهِ بَخِلُوا بِهِ وَتَوَلَّوْا وَهُمْ مُعْرِضُونَ (٧٦) فَأَعْقَبَهُمْ نِفَاقًا فِي قُلُوبِهِمْ إِلَىٰ يَوْمِ يَلْقَوْنَهُ بِمَا أَخْلَفُوا اللَّهَ مَا وَعَدُوهُ  وَبِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ (٧٧)

[at-Tawbah: 75 - 77]

At-Tawbah: 75 - Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: "Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh"

At-Tawbah: 76 - Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).

At-Tawbah: 77 - Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta.

Sebab nuzul ayat 

Ada yang menyebutkan, ayat ini diturunkan pada Tha'labah. Beliau bertemu Nabi S.A.W meminta supaya diberikan kekayaan dan berjanji untuk bersedekah dengan hartanya. Akhirnya beliau dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, apabila diutus orang untuk memungut zakat, beliau enggan membayarnya apatah lagi mahu bersedekah. Ada juga riwayat yang hanya menyebut lelaki Ansar sahaja.

Terlalu mudah menabur janji

Ini merupakan satu daripada sifat sang Munafiq iaitu amat mudah menabur janji walaupun tidak diminta berbuat demikian. Mereka berjanji untuk menderma atau bersedekah dengan harta yang Allah beri kepada mereka. Bahkan, mereka berikrar akan menjadikan diri mereka termasuk dalam kalangan orang yang soleh.

Ketika mereka amat mengharapkan sesuatu, pelbagai janji diberikan. Janji itu adalah taktik untuk memancing perhatian. Mereka berjanji bukan untuk menunaikannya, lebih-lebih lagi janji dari orang yang jahat untuk menempatkan dirinya sebagai orang yang baik. Ketahuilah, mengotakan janji merupakan suatu kesulitan bagi golongan ini.

Tha'labah yang mencurigakan 

Sejak dari awal lagi apabila beliau memohon doanya daripada Nabi S.A.W, sudah diperingatkan akan petaka yang bakal menimpa dari harta yang banyak, biarlah berpada dengan sedikit harta dan bersyukur. Bahkan keadaan beliau kini sekalipun tidak memiliki kekayaan namun ibadahnya sangat dijaga.

Setelah sekian kalinya merayu kepada Nabi S.A.W, akhirnya Baginda berdoa untuk Tha'labah:

"Ya Allah ya Tuhanku, kurniakanlah Tha'labah dengan harta kekayaan".

Dengan izin Allah, Tha'labah menjadi kaya raya melalui ternakannya yang tidak terhitung banyaknya. Dan bermulalah kelekaan mengumpul harta, lalai solat berjemaah seterusnya tidak mahu bersedekah dan berzakat.

Bahaya memungkiri janji

Bahaya dari sikap suka berjanji ketika miskin tetapi tidak menunaikannya setelah menjadi kaya, maka balasan Allah kepada golongan ini ialah ditimpakan kemunafiqan pada hati mereka hingga sampai waktu ajalnya. Ia bermaksud kekal munafiq hingga ke akhir hayatnya.

Lalu, bagaimana dengan mereka yang berjanji sebelum mendapat kuasa, setelah mendapat kuasa langsung tidak menunaikan janjinya?

Bala yang diturunkan Allah dalam bentuk yang nampak, ia boleh menimbulkan keinsafan dan mendorong manusia untuk bertaubat kepada Allah. Akan tetapi, jika bala Allah turun dalam keadaan tidak disedari atau tidak nampak seumpama bala munafiq, lalu bagaimana mahu bertaubat?

Jika dengan Allah yang Maha Berkuasa pun mereka berani ingkari, apatah lagi terhadap sesama manusia yang lemah. Adalah suatu kepelikan, apabila mereka yang berjaya dalam hidup hingga dinobatkan sebagai jutawan, hartawan, tokoh ahli ekonomi dan bermacam-macam lagi gelaran atas kehebatannya membina kekayaan, tiba-tiba bakhil, tidak mahu membayar zakat dan bersedekah.

Penawar yang mujarab 

Firman Allah:

Al-`Alaq:6 - Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),

Al-`Alaq:7 - Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.

Al-`Alaq:8 - (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan).

Orang yang berperangai sebegini berpunca dari dua sebab, iaitu melampaui batas dan merasa diri hebat. Ia hanya mampu diubati apabila kita meletakkan ada yang jauh lebih hebat dari kita iaitulah Allah Ta'ala. Hanya jiwa bertuhan sahajalah yang akan menyelamatkan kita dunia dan akhirat.

MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN
12 Disember 2018

Rujukan
-     Munafiq, sahabat tetapi musuh karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat
-     Tafsir Imam At Thobari - HARAKAHDAILY 12/12/2018 

IMG 20181212 WA0033

 هَا أَنْتُمْ هَٰؤُلَاءِ تُدْعَوْنَ لِتُنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَمِنْكُمْ مَنْ يَبْخَلُ ۖ وَمَنْ يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَنْ نَفْسِهِ ۚ وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ ۚ وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ

 "(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatu pun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu."

(Muhammad: 38)

ويستبدل قوما غيركم 

Ayat ini mempunyai dua tafsiran.

Satunya, Allah akan menggantikan bangsa lain selain bangsa kita untuk menjaga agama Allah. Ini disebabkan bangsa sedia ada sudah tidak lagi melunaskan tanggungjawab mereka.

Kedua, ia juga bermaksud bangsa yang menyeleweng dari landasan Islam, akan dijajah oleh bangsa lain yang jahat dan akan ditindas sebagaimana yang berlaku kepada Bani Israel. Mereka mulia selepas Allah memuliakan Nabi Allah Yusuf, lalu kembali rosak hingga Allah mendatangkan Nabi Allah Musa A.S. Malangnya, selepas Nabi Musa mengembalikan semula maruah Bani Israel seterusnya maruah Islam, mereka kembali ingkar dan akhirnya kembali dihinakan Allah.

Begitu juga yang telah dan sedang berlaku kepada umat Islam seluruh dunia, kita dijajah oleh bangsa lain akibat kelalaian kita sendiri.

Bangsa Melayu itu dikenali kerana agamanya, dan agama menjaga jati diri sang Melayu. Namun apabila Melayu itu sendiri mula merobek bangsa dan agamanya, Allah hadirkan pula bangsa lain bukan untuk menjaga agama, tetapi untuk dirosakkan Melayu sekali gus agamanya.

Nabi S.A.W ada menyebutkan, di antara kesukaran melawan golongan perosak kerana ia datang dalam kalangan bangsa itu sendiri. Kulitnya, tuturnya, bahasanya adalah dari jenis yang sama! Oleh kerana itu, hari ini, musuh tidak perlu lagi duduk di tanah jajahannya kerana mereka sudah berjaya mencipta penjajah dalam kalangan bangsa itu sendiri.

Barangkali, ini juga doa yang baik untuk diamalkan supaya kita dibantu Allah untuk tidak terus dihinakan di hadapan orang yang tidak beriman. Moga kita bukan umpama buih di lautan yang tidak memberi kesan:

رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

 "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

(al-Mumtaĥanah: 5)

MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN
12 Disember 2018 - HARAKAHDAILY 12/12/2018 

FB IMG 1544583792924

IMAM ar-Razi menukilkan beberapa pengajaran yang menarik untuk ditekuni para pembaca berkenaan ayat ke-20 dari surah Yaasin.

Firman Allah S.W.T,

وَجَاءَ مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَى قَالَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ

Maksudnya,

"Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya: "Wahai kaumku, turutlah Rasul-rasul itu!""

(Yaasin: 20)

Pemuda dari hujung bandar

Sifat dakwah yang dibawa para utusan Allah adalah sangat jelas. Sehingga diterima, diimani dan dijadikan pegangan seorang pemuda dari hujung bandar yang berada jauh dari lingkungan suasana ilmu yang kebiasaannya bertumpu di tengah pusat bandar.

Sunnah orang berdakwah

Kisah pemuda beriman yang berasal jauh dari hujung kota tersebut dirakamkan al-Quran sebagai sebuah kerehatan bagi hati para Sahabat Rasulullah, juga untuk meneguhkan hati mereka di jalan dakwah. Sebagaimana kisah dakwah ketiga-tiga utusan Allah dalam surah Yaasin tersebut berfungsi untuk menenangkan hati Rasulullah S.A.W.

Seorang lelaki

Sebutan al-Quran berkenaan pemuda tersebut dengan perkataan yang umum, tidak dikhususkan mengandungi hikmah untuk kita renungkan bersama. Antaranya ialah mengukuhkan kebenaran seruan para utusan Allah. Lalu dakwah mereka disambut oleh seorang lelaki yang tidak mereka kenali, tidak diketahui identitinya. Dengan itu, sejak awal lagi tertolak kemungkinan wujudnya pakatan atau konspirasi antara pemuda hujung kota dan tiga utusan Allah bagi melakonkan sokongan dakwah tersebut.

Bersegera dan bersungguh-sungguh

Sebuah didikan bagi golongan beriman agar mengikut jejak langkah pemuda tersebut yang bersungguh-sungguh dan berusaha keras di dalam menyampaikan nasihat dalam suasana dakwah berhadapan penolakan yang dahsyat.

Wahai kaumku

Penggunaan perkataan tersebut sarat dengan makna kelembutan dan menunjukkan kasih sayang. Ia juga sebagai dalil yang menjelaskan bahawa pemuda tersebut tidak mengharapkan apa-apa dari sasaran dakwahnya, melainkan hanya kebaikan untuk mereka. Mahukan mereka turut beriman.

Ikutilah utusan-utusan Allah

Tidak dikatakan "ikutilah aku", memandangkan pemuda tersebut berasal dari pinggir bandar, bukan dari kalangan penduduk bandar itu sendiri. Dia tidak bersama-sama mereka. Sedangkan para utusan Allah itu telah menerangkan bukti kepada mereka dan menunjukkan jalan yang benar. Maka diseru agar mengikuti utusan tersebut, bukan dirinya. Peranan beliau menyokong dakwah para Rasul tersebut sangat besar sehingga dicatatkan di dalam al-Quran dengan perjalanan kisah seperti itu.

(Qasas as-Sabiqin, Syaikh Solah al-Khalidi)

●     Penawar bagi hati

Kadangkala Allah mentakdirkan dakwah kita disambut oleh mereka yang jauh dari capaian kita walaupun ditolak oleh mereka yang hidup dekat dalam lingkungan kita.

Adakala seruan kita walaupun seringkas "Praktikkanlah manhaj Rasul", tetap beroleh ganjaran dan dinilai di sisi Allah S.W.T.

Biarpun sedikit kemampuan kita, yang penting kita tidak memandai-mandai mengubah suai dakwah Islam. Daripada mengajak masyarakat mengikuti cara Rasul kepada mengikuti manhaj selain para Rasul.

Seperti kisah pemuda kampung yang beriman di dalam Surah Yaasin.

SOFIA ALWANI ALI - HARAKAHDAILY 5/12/2018

PERKATAAN ujian bukan sesuatu yang asing dalam kehidupan kita selaku muslim. Ia sinonim dengan kalimah ibtila’ ataupun mehnah dalam khazanah Bahasa Arab.

Ahli iman dan para penyeru kebenaran pasti akan diuji dengan berat. Sama ada seseorang itu berdepan ujian jiwa dan jasadnya, atau pada keluarga dan hartanya.

Sebagai seorang hamba yang beriman, kita perlu memandang ujian sebagai sebuah peluang untuk membuktikan kesungguhan kita berpegang dengan agama. Cemerlang atau kecundangnya kita, boleh diukur berdasarkan reaksi kita terhadap musibah yang menimpa.

Firman Allah S.W.T:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ

Maksudnya:

"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu."

(Muhammad: 30)

Adapun golongan yang berpenyakit hati, mereka sering menganggap ujian Tuhan sebagai sebuah kesialan dan nasib malang. Seolah-olah Tuhan sengaja mahu menyusahkan mereka sedangkan setiap musibah pasti terselit didikan dan hikmah dari Allah S.W.T.

Kita diuji supaya kita dapat membuktikan kesabaran dan ketulenan iman kita kepada Allah. Sekalipun Allah S.W.T lebih mengetahui perihal iman dan kesabaran para hamba-Nya, Dia masih menguji kita kerana mahu memberikan ganjaran sesuai dengan amalan kita, bukan berdasarkan pengetahuan-Nya terhadap kita.

Firman Allah S.W.T:

أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جاهَدُوا مِنْكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ

Maksudnya,

"Apakah kalian mengira bahawa kalian akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kalian, dan belum nyata orang-orang yang sabar."

(ali-'Imran: 142)

Ujian adalah tanda keadilan Allah. Kita tidak terus dihukum begitu sahaja melainkan kita diberi peluang untuk kita saksikan sendiri sama ada kita layak beroleh balasan baik atau akibat buruk. Betapa Allah bersifat adil terhadap para hamba-Nya, lalu disediakan ruang kehidupan ini untuk kita perjuangkan cita-cita syurga yang diimpikan.

Seorang mukmin membenarkan dakwaan imannya melalui amal soleh dan komitmen terhadap Islam. Adapun golongan yang lalai akan mengabaikan peluang tersebut dan terus menzalimi diri mereka sendiri.

Kita tidak dipaksa hidup dengan sifat ahli neraka. Kita diberikan pilihan untuk menjadi hamba Allah yang patuh dan umat Nabi S.A.W yang setia.

SOFIA ALWANI ALI - HARAKAHDAILY 30/11/2018

MUHAMMAD Qutb dalam tulisannya menyebutkan:

"Sesungguhnya jahiliah itu tidak tertumpu hanya pada penyembahan berhala, membunuh anak perempuan, meminum arak, berjudi dan bermacam lagi gejala yang sering dikaitkan dengannya. Kesemua ini merupakan perilaku luaran (kesan) jahiliah di Semenanjung Tanah Arab sebelum kedatangan Islam.

"Adapun jahiliah itu sendiri yang menjadi punca utama yang melahirkan pelbagai kesan yang berbeza-beza mengikut tempat, situasi dan zaman yang boleh diperhatikan sepanjang zaman. Adapun punca, tetap akan menjadi punca dalam apa jua keadaan.

"Jahil terhadap hakikat sebenar ketuhanan dan mengikut selain yang ditetapkan Allah, itulah hakikat sebenar jahiliah yang melahirkan bermacam kesan sebagaimana yang disebutkan."

Ia akan melanda semua golongan yang Arab mahupun bukan Arab. Akal yang tidak mahu mengikut panduan Ilahi dan petunjuk Tuhan akan mencipta ideologi mereka sendiri sebagai protes terhadap Tuhan.

Begitulah yang selayaknya umat Islam perlu sedar. Sebagaimana yang disebutkan oleh al-Faruq (Saidina Umar R.A):

"Seseorang itu belum mengenal Islam apabila dia tidak mengenal jahiliah."

4 aspek Jahiliah Arab sebelum kedatangan Islam :

i.     Penyembahan berhala

ii.     Penyembahan perkauman atau qabilah

iii.     Bertuhan uruf dan adat nenek moyang

iv.     Bertuhan nafsu dan syahwat

Dan keempat-empat aspek inilah yang perlu diberikan penumpuan secara keseluruhannya, bukan hanya pada aspek penyembahan berhala kerana kesemuanya juga sedang melanda umat di abad ini! Bahkan, perlu juga untuk meneliti jahiliah yang melanda bangsa 'Ajam supaya penyelesaiannya hingga ke akar umbi.

Ditegaskan sekali lagi, punca utama jahiliah adalah kerana jahil terhadap hakikat Tuhan, dan mengikut sistem atau peraturan atau undang-undang selain yang telah ditetapkan oleh Allah:

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ

[al-Ma'idah 50]

MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN
16.11.18

Rujukan: 
- Kaifa Naktubu at-Tarikh oleh Muhammad Qutb - HARAKAHDAILY 16/11/2018 

FB IMG 1542333211940

APABILA membelek sirah Pembukaan Kota Makkah, ada satu kisah penting untuk diamati, iaitu pembocoran maklumat untuk umat Islam menyerang Kota Makkah. Ia bertitik tolak daripada pelanggaran Perjanjian Hudaibiah yang termeterai antara kedua pihak, Musyrikin Makkah dan umat Islam Madinah. Bani Bakar yang mendapat suaka politik daripada pemuka Makkah memerangi Bani Khuza'ah yang bernaung di bawah Rasulullah S.A.W. Diriwayatkan bahawa Naufal bin Muawiyah, salah seorang pemuka Bani Bakar bersama pengikutnya menyerang Qabilah Khuza'ah pada waktu malam.

Akibat pelanggaran ini, Baginda S.A.W bertekad untuk bertindak terhadap pemuka Makkah sekalipun diutus oleh mereka Abu Sufyan untuk merayu namun gagal dan berakhir dengan peng-Islaman Abu Sufyan bin al-Harb.

Merahsiakan sasaran perang

Sunnah Nabi S.A.W dalam berperang adalah menyembunyikan lokasi serangan. Ia bagi mengelakkan berlaku kebocoran maklumat dan mengelakkan perancangan diketahui musuh. Termasuklah Abu Bakar dan Aisyah sendiri tidak dimaklumkan sasarannya. Begitu juga Baginda S.A.W melakukan pergerakan yang mengelirukan musuh. Ini menjadi bukti bahawa menyusun strategi merupakan kewajipan yang dibuat oleh Baginda S.A.W, bukan sekadar berdoa dan bertawakkal.

Kesilapan orang yang baik

Walaupun perancangan yang teliti dan rahsia, Baginda S.A.W diberitahu oleh Allah bahawa berlaku kebocoran maklumat melalui Ahli Badar, Hatib bin Abi Balta'ah. Hatib mengupah seorang wanita Makkah melalui sepucuk surat yang dikirimkan padanya untuk memaklumkan kepada pemuka-pemuka Makkah akan persiapan Nabi S.A.W untuk menyerang Makkah.

Lalu Baginda S.A.W mengutus Ali bin Abi Talib dan Miqdad al-Aswad untuk menggagalkan usaha tersebut dengan mengejar wanita itu dan merampas surat tersebut.

Memberi maklumat kepada musuh

Apabila surat itu dibuka dan dibaca, ia menggemparkan para Sahabat apabila ia disampaikan oleh Hatib bin Abi Balta'ah yang membocorkan maklumat perancangan Nabi S.A.W. Proses pembuktian dibuat dengan memanggil Hatib, dan Hatib memberi penjelasan akan tindakannya. Akan tetapi alasan itu ditolak kerana membocorkan maklumat kepada musuh merupakan dosa besar dan layak dihukum bunuh.

Apabila disoal selidik, Hatib menjawab:

"Wahai Rasulallah! Janganlah gopoh bertindak menghukum saya, demi Allah! Saya tetap beriman kepada Allah dan Rasul. Saya tidak menyeleweng dan menukar agama, tetapi saya mempunyai hubungan dengan pemuka Quraisy. Saya bukan dari kalangan mereka, cuma anak dan keluarga saya berada di tempat mereka. Saya tidak mempunyai ahli keluarga yang dapat melindungi mereka. Saya melakukan demikian semata-mata untuk melindungi anak dan keluarga saya di sana!"

Maslahah yang membahayakan

Apabila mendengar ucapan Hatib, barangkali kita mengatakan Hatib berbuat demikian demi maslahah diri dan keluarganya. Namun begitu, ada mudharat yang lebih besar akibat daripada perbuatannya itu iaitu musuh sedar akan perancangan Nabi S.A.W. Sebab itu para ulamak meletakkan kaedah apabila berlaku pertembungan antara maslahah dan mafsadah, hendaklah didahulukan menghilangkan mafsadah daripada maslahah.

Walaupun Saidina Umar meminta izin untuk memancung Hatib, namun tidak diizinkan. Ia tidak bermaksud Hatib tidak bersalah, namun disebabkan kedudukan Ahli Badar yang tinggi di sisi Islam menyebabkan Hatib dimaafkan. Ini juga menjadi dalil bahawa para Sahabat tidak maksum, mereka melakukan kesilapan namun tidak menjatuhkan maruah mereka bahkan Hatib dijamin sebagai ahli syurga.

Peristiwa ini juga membuktikan Hatib tidak berwalakkan kepada musuh dan tidak juga munafiq, hanya kesilapan di atas kelemahan diri disebabkan kasih pada ahli keluarganya. Akan tetapi, mestilah mendahulukan iman berbanding perasaan semata-mata. Lalu turunlah ayat daripada surah Mumtahanah ayat 1 - 5.

Zhon VS Hazar

Ada dalam kalangan kita yang keliru terhadap beberapa istilah penting, antaranya zhon (sangkaan) dan hazar (berjaga-jaga). Tidak semua sangkaan itu buruk, bahkan ada sangkaan yang perlu direnteti dengan penjelasan untuk mendapatkan kepastian. Itulah yang disebut sebagai hazar. Maklumat yang diperolehi mestilah disahkan akan kebenarannya. Untuk mendapatkan jawapan mestilah dibuat beberapa tindakan termasuklah menyoal, memeriksa dan lain-lain mengikut kesesuaian. Adalah amat salah mengatakan ianya tajassus (mengintai) kerana mengintai yang dilarang adalah untuk memberi maklumat kepada musuh sebagaimana yang dibuat oleh Hatib.

Akhlak yang mulia

Meminta penjelasan dan tidak mempertahankan perkara yang salah merupakan akhlak Nabi S.A.W dan para Sahabat. Sekalipun alasan diberikan oleh Hatib, namun perkara yang jelas bercanggah dengan Islam tetap tidak boleh dibela. Pemimpin yang baik tidak akan berwenang menghukum kesalahan, begitu juga pemimpin yang berintegriti tidak akan mencipta seribu satu alasan demi membenarkan tindakannya yang salah.

Hanya dengan keimanan yang benar sahajalah yang menjadi kayu ukur dalam setiap tindakan kita tanpa mempunyai apa-apa kepentingan yang bercanggah dengan kehendak Islam.

Nyata Allah memuliakan Hatib bin Abi Balta'ah hingga ke hujung usianya. Istiqamahnya bersama Islam terbukti tanpa was-was dan tergolong dalam kalangan as-Sabiqun yang dijanjikan syurga. Beliau wafat di bumi Madinah.

MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN
02 November 2018

Rujukan :
Rahiqul Makhtum Sh Safiyur rahman Al Mubarakfuri
Feqh Harakah Tuan Guru Presiden - HARAKAHDAILY 2/11/2018

KEBANYAKAN penyakit yang dihidapi umat bersangkut paut dengan topik kepimpinan. Tidak dapat kita nafikan bahawa konsep kuasa dan pemerintahan kerap kali disalah guna dan penyalahgunaan tersebut telah berlaku secara meluas.

Kesilapan tersebut berpunca daripada salah faham terhadap konsep kepimpinan itu sendiri.

Amanah bukan kebanggaan

Salah faham yang pertama berlaku terhadap makna asas dan tujuan kepimpinan.

Jawatan dianggap lubuk membina pengaruh, mengukuhkan kedudukan dan mengaut keuntungan harta. Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan tersebut untuk membina pengikut, kemudian digunakan sebagai pelayan ego mereka.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا فعلت أمتي خمس عشرة خصلة حل بها البلاء فقيل وما هن يا رسول الله قال إذا كان المغنم دولا والأمانة مغنما..

"(Maksudnya) Apabila umatku melakukan 15 perkara, maka layaklah mereka ditimpa bala. Ditanyakan kepada Nabi, apakah perkara tersebut wahai Rasulullah? Sabda Nabi, "Apabila harta kekayaan dimonopoli, amanah dijadikan tempat mengumpul kemewahan.."

Islam mengajar umatnya bahawa urusan kepimpinan merupakan urusan penting yang tidak boleh dipandang enteng. Jawatan merupakan amanah terpelihara, bukan peluang mengkayakan diri.

Imam at-Tortushi al-Maliki rahimahullah pernah menulis sebuah pesanan kepada Ali bin Yusuf bin Tashfin (Amir kelima Daulah Murabitin, Andalus) yang berbunyi;

"Wahai Abu Ya'qub, sesungguhnya engkau telah diuji dengan urusan yang jika dipundakkan ke atas langit, nescaya ia akan terbelah. Jika dipikul oleh bintang, nescaya ia akan berguguran dan jika ditanggung oleh bumi dan gunung nescaya ia akan bergoncang. Engkau telah memikul amanah yang apabila ditawarkan kepada langit, bumi dan gunung-ganang, masing-masing tidak sanggup dan enggan menerimanya."

(Kisah ini dinukil oleh Abu Abdullah bin al-Azraq di dalam kitab beliau, Badai'u Salk fi Tobai'i Malik menurut catatan Syaikh Said Hawwa: Fusul fil Imrah wal Amir)

Memberi kesan tanpa mencengkam

Istilah kepimpinan yang berkesan seringkali disalah erti sebagai pemimpin yang mampu mempengaruhi dan menguasai pentadbiran secara memaksa dan angkuh. Seolah-olah kepimpinan yang kuat bererti ketua memiliki pengaruh yang mencengkam anak buah, pandangan ketua pula mesti diterima tanpa pertikaian. Mereka berkuasa dengan menundukkan orang bawahan tanpa kerelaan hati pengikutnya. Dalam aspek respon balas (feedback), idea dan pandangan pengikut pula mesti melalui tapisan ketat. Hanya respon yang positif dan bertepatan dengan kehendak ketua sahaja akan diterima. Sebaliknya, pandangan bersifat kritis dan berbeza dari ketua akan dibakul sampahkan.

Menelusuri ibrah kepimpinan Baginda Nabi S.A.W, kita akan dapati Baginda dinobatkan sebagai pemimpin yang efektif disebabkan interaksi Baginda yang santun terhadap para Sahabat. Di samping itu Baginda memiliki kekuatan hujah yang menggugat pihak lawan.

Kualiti seorang pemimpin

Sementara itu di pihak Barat, Amerika Syarikat menekankan bahawa kekuatan kepimpinan mesti difahami secara lebih mendalam dan meluas berbanding tanggapan kebiasaan masyarakat.

●     Santun, bukan berlagak VIP

Pemimpin kepada organisasi yang berjaya disifatkan mesti memiliki personaliti yang paling sopan, tidak meninggi diri dan tidak suka menonjolkan diri sebagai ketua yang gemar mengarah orang bawahan.

●     Inklusif

Mereka turut mengakui, sikap sesetengah ketua yang membolot maklumat tertentu bertujuan mengatasi orang bawahan, terlalu berahsia soal pengurusan (eksklusifiti), untuk berebut kuasa dan bersaing menagih pengaruh sememangnya dapat mengukuhkan kedudukan peribadi seorang pemimpin. Tetapi dalam masa yang sama, tabiat tersebut bakal melemahkan badan organisasi mereka akhirnya membawa kepada keruntuhan secara menyeluruh.

●     Dahagakan ilmu

Dalam perbincangan berkenaan kualiti yang mesti ada bagi seorang pemimpin unggul, Barat menyimpulkan bahawa karakter yang paling utama bagi seorang pemimpin ialah keinginan untuk terus belajar.

Stay hungry. Stay foolish.

     Keluar dari comfort zone

Pemimpin yang baik ialah mereka yang menunjukkan kesanggupan luar biasa dalam memaksa diri mereka keluar dari zon selesa, walaupun mereka telah mencatat rekod kejayaan.

     Berani mengambil risiko

Pemimpin yang hebat berani mengambil risiko, tidak sekadar statik dengan kaedah lama warisan turun-temurun.

"If you are not willing to risk the unusual, you will have to settle for the ordinary."

(John Rim)

     Tidak skeptik

Selain itu, sikap terbuka kepada idea dan pihak lain merupakan faktor yang menyumbang kepada pembentukan seorang pemimpin unggul. (Hesselbein, 1965)

Keseluruhan kriteria tersebut sebenarnya ada asasnya dalam Islam. Sikap kaum muslimin yang mengabaikan ajaran Islam ternyata merugikan diri sendiri lantas menyebabkan kita kekal di takuk lama. Sementara itu, musuh pula jauh meninggalkan kita.

Di sebalik jatuh bangun perniagaan Marks dan Spencer

Judi Bevan berkongsi dalam tulisan analisis beliau yang bertajuk The Rise and Fall of Marks And Spencer... And How It Rose Again pula menerangkan kemerosotan yang dialami perniagaan tersebut pada akhir 1990-an disebabkan oleh faktor utamanya kepimpinan yang tidak gemar mendengar pandangan yang berbeza. Keadaan diburukkan pula dengan budaya sycophantic followership, orang bawahan mengikut ketua membuta tuli. Ibarat zombie, mereka tidak berfikir, selesa dijadikan alat untuk menaikkan politikus. Mereka berpuas hati sekadar membawa watak tukang angguk dan pak turut demi menjaga kedudukan mereka. Sebahagian pengikut pula menganggap, sikap sedemikian memudahkan mereka mendaki tangga kuasa di masa hadapan.

Pengikut yang penakut, tidak yakin diri dan sentiasa teragak-agak dalam mengemukakan pendapat masing-masing ini tidak mampu memberikan cabaran argumentasi kepada pihak berautoriti dalam hierarki. Suasana ini apabila dibiar berlarutan, bukan sahaja membawa kepada kelemahan organisasi. Malah akan menumpulkan daya fikir pemimpin. Setiap pihak selesa bekerja tanpa wujudnya konfrontasi. Suasana yang kononnya harmoni tersebut sudah pasti merosakkan pentadbiran. Lama kelamaan organisasi mati mereput disebabkan kelemahan dalaman sendiri, tanpa perlu musuh luaran bersusah payah melancarkan serangan.

Budaya R&D

Suatu ketika dalam sebuah program bengkel kepimpinan, para majikan sama ada beraliran bisnes mahupun pendidikan diajukan senarai 15 bentuk sikap tidak kompeten yang menyumbang kepada ketidak upayaan organisasi mereka mempelajari perkara baharu, tidak mampu mencerap perubahan semasa (Senge, 1990). Lalu di antara pilihan sikap yang tertinggi dalam carta undi adalah sikap mereka yang:

     Tidak mampu meraih keuntungan berdasarkan pengalaman lalu. Buta sejarah.

     Tidak mahu mengambil peluang dari manfaat teknologi sedia ada, apatah lagi penerokaan taktik dan jalan baru.

     Keengganan melakukan survey atau culaan, ditambah pula dengan sikap skeptik terhadap badan pemikir secara intelijen.

●     Kecenderungan untuk meletakkan kesalahan ke atas bahu orang lain.

     Sangat mengutamakan tradisi dan aspek-aspek konservatisme.

●     Kurang daya kreativiti, penambahbaikan dan keterbukaan minda.

Tao mencabar pemimpin

Buku Tao yang dianggap kitab hikmah bagi masyarakat China pula melontarkan persoalan yang mencabar kekuatan sebenar seorang pemimpin:

1.     Mampukah anda memimpin tanpa ego anda?

2.     Mampukah anda memimpin orang bawahan anda tanpa dilihat terlalu mengawal mereka?

3.     Mampukah anda melakukan sesuatu tanpa pergantungan kepada kedudukan?

4.     Meraih pencapaian tanpa mengambil kredit?

(Tao, 10)

Bagi mereka yang bercita-cita menjadi pemimpin yang bijaksana Tao menukilkan pesanan;

Pertama,
Belajarlah memimpin dengan mengembangkan.

Kedua,
Belajarlah memimpin tanpa niat menguasai orang.

Ketiga,
Belajarlah memberi tanpa mengambil manfaat.

Keempat,
Belajarlah memimpin tanpa memaksa.

Kekuatan bagi seorang pemimpin adalah ketegasan berprinsip. Bukan kedegilan dan keras hati dalam menerima pandangan berbeza.

Disangka penjaga, sebenarnya penindas

Pemimpin yang bersikap diktator adakala mengalas kezaliman mereka dengan hujah mahu memelihara ahli dari kejahatan luar, tetapi dalam usaha tersebut mereka tidak sedar bahawa mereka telah menzalimi orang bawahan mereka.

Jahil psikologi

Dalam berhadapan dengan pesaing, sebahagian pemimpin kuno ini turut mewajarkan kekerasan mereka dalam bertindak balas terhadap ancaman. Kononnya demi kebaikan ahli dan mempertahankan status quo, akan tetapi tindakan tersebut membuktikan mereka jahil dalam memahami psikologi musuh dan ahli. Lantas pendekatan keras mereka mengakibatkan mereka tersingkir dari medan persaingan. Terus terkubur dan lenyap ditelan sejarah disebabkan gagal menyesuaikan diri dengan realiti semasa.

Kritis dan dinamik

Pendekatan subversif dalam menentang musuh hanya akan memalitkan imej kepimpinan dengan wajah radikal, gemar menimbulkan kekacauan, merombak keharmonian serta melanggar aturan.

Niat sekalipun baik, tidaklah dapat menghalalkan cara.

Sinergi ketua dan pengikut

Hidup di dalam dunia yang penuh dengan pembohongan, mitos rekaan dan pelbagai kontradiksi, tugas kepimpinan yang sebenarnya bukanlah untuk membentuk sebuah parallel world di mana ahli dan pengikut sentiasa berfikir satu hala tanpa percanggahan idea. Bukan juga dengan cara membina sebuah wilayah asing yang dipagari tembok, tidak disentuh kecelaruan dan cabaran ‘real' world. Bukan juga mengasingkan komuniti sendiri dari political spin demi menjaga diri. Akan tetapi sesebuah kepimpinan itu mesti mampu berkonfrontasi dengan kepalsuan dan penyelewengan tersebut dengan nilai kebenaran yang menjadi anutan mereka sendiri.

Kita sewajarnya merenung kembali episod perjuangan kita dari segenap sudut. Sikap dan tanggungjawab ketua, peranan pengikut serta strategi yang diguna pakai.

SOFIA ALWANI ALI - HARAKAHDAILY 24/10/2018 

FB IMG 1540388307587

SAYANG anak kecik dan muliakan orang tua

Jadi Allah Taala bagi istimewa kepada wanita dengan sebab-sebab demikian. Kemudian Nabi sebut dalam Hadis:

“Barangsiapa menggembirakan anak perempuan, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan diharamkan daripada menyentuh api neraka.”

Nabi sebut siapa-siapa menggembirakan anak perempuan, Nabi S.A.W bila jumpa anak kecik, Nabi akan usap kepala dia. Nabi ajar kita:

ليس منا من لم يرحم صغيرنا، ولم ويوقر كبيرنا

“Bukan golongan kami siapa-siapa tak sayang budak kecik, dan tidak muliakan orang tua.”

Asal sembahyang ini, asal sembahyang tak ada:

سمع الله لمن حمده

Asal sembahyang, semua pergerakan dipanggil Takbir Intiqalat, pindah satu rukun ke satu rukun itu dengan takbir, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. Bila mari (سمع الله لمن حمده) ini? (سمع الله لمن حمده) ini berlaku di Madinah dan berlaku waktu Subuh.

Subuh itu kebetulan Saidina Abu Bakar as-Siddiq R.A dia lambat sikit, dia lambat pergi masjid, dia lambat jaga. Bangun-bangun terus ambil air sembahyang, tukar pakaian, terus pergi. Berjalan lorat-lorat-lorat nak pergi masjid.

Kebetulan lorong nak pergi masjid itu daripada rumah dia lorong sempit saja. Lorong sempit, serupa rumah kitalah, celah-celah rumah, lalu ikut celah-celah atap rumah orang. Jadi Saidina Abu Bakar ini bila lorat-lorat ada orang tua. Orang tua ini berjalan koho (perlahan) dengan tongkat dia. Abu Bakar dia lambat. Serupa kitalah, bila nak cepat jumpa buldozerlah atas jalan, JCB rosaklah, orang bawa kereta lambatlah, kan? Bila kita lorat, jumpa macam-macam.

Dia ini orang tua jalan koho. Saidina Abu Bakar ini nak potong orang tua itu teringat Nabi oyak (beritahu), Nabi kata bukan golongan kami, bukan umat kami siapa tak hormat ke orang tua, dan tidak sayang budak-budak.

Abu Bakar pun ikut. Ikut orang tua ini. Sampai depan masjid, orang tua ini straight pergi. Abu Bakar kata hai pak cik, nak pergi mana? Marilah masuk sembahyang, Nabi tengah sembahyang ini. Jawab orang tua itu, sembahyang apa aku ini Yahudi. Rupanya orang tua itu orang Yahudi. Di Madinah masa itu ramai orang Yahudi. Tak kenal, dia pakai serban serupa kita juga, pakai jubah serupa kita juga, sama saja. Rupanya orang itu Yahudi.

Saidina Abu Bakar masuk, masuk-masuk sedang molek, Allahuakbar. Nabi tengah sembahyang, masbuklah, masbuk. Allahuakbar, Nabi pun rukuk. Lalu Saidina Abu Bakar pun terus rukuk. Dalam rukuk dia Saidina Abu Bakar kata apa dia? Alhamdulillah, alhamdulillah. Dia tak kata (سبحان ربي العظيم), tak, dia sebut alhamdulillah. Pasal apa alhamdulillah? Kerana dan (sempat) rukuk bersama Nabi dapat satu rakaat bersama dengan Nabi S.A.W.

Tiba-tiba sahaja Nabi jadi imam, Nabi iktidal, tiba-tiba kali pertama (سمع الله لمن حمده). Asal Allahuakbar. Lepas sembahyang, Sahabat tanya Nabi, ya Rasulullah, kami dengar mu kata (سمع الله لمن حمده). Nabi kata ya, tengah kita sembahyang tadi, Nabi beritahu kepada para Sahabat, tengah kita sembahyang tadi, masuklah seorang Sahabat di belakang, kerana dia dan (sempat) rukuk bersama-sama aku, kata Rasulullah, dalam rukuk dia menyebut alhamdulillah, aku dengar Allah jawab, (سمع الله لمن حمده).

Bermula Subuh itulah, sampai loni (sekarang) maka diucap (سمع الله لمن حمده). Ini kes dalil kerana hormat orang tua, maka mendapat kelebihan pujian daripada Allah S.W.T.

Abdullah ibnu Mas’ud R.A dibawa kepada Nabi S.A.W, Nabi usap kepala, Nabi kata siapa-siapa yang mengusap kepala budak kecik, Allah Taala akan ampun dosa dia sebanyak mana bilangan rambut budak itu. Lepas itu ustaz, kalau orang kepala botak guane (bagaimana) ustaz? Ini kiasan, kiasan. Sebanyak mana rambut atas kepala, kalau orang pakai tudung, pun tak apa, kita usap kepala. Nabi S.A.W usap kepala budak.

Dan kalau kita nak beramallah, nak ambil amalan, ambillah amalan ini. Budak ini kita jumpa dia, kita buat dua perkara, pertama usap kepala, yang kedua cium dahi dia. Anak kita keras hati ke, degil ke apa sebagainya, ambil amalan Nabi S.A.W.

Amalan Nabi ini, Nabi akan pun, Nabi akan cium dahi dia. Anak kita nak pergi sekolah pagi-pagi, mak nak pergi sekolah dah, mari-mari, salam. Ralit dah loni, zaman kita hari itu, zaman hamba kecik-kecik hari itu tak bersalam dengan ayah, bersalam raya saja. Itu pun kes nak duit. Tapi anak loni tak, anak loni nak pergi sekolah pun salam, nak pergi tubik (keluar) rumah pun salam, dan ralit. Kita buat begitu, salam, pergi salam, dia cium tangan kita, alhamdulillah. Dia tunai hak dia, apa hak kita kepada dia?

Anak dah tunai hak dia, salam, cium tangan kita. Kita? Kita ini usap kepala dia, cium dahi dia. Cuba buat. Kalau anak keras hati ke, degil ke, sebelum masuk tidur, hamba anak-anak nak tidur ini, dia mesti masuk bilik dulu. Salam, cium tangan, hamba cium dahi dia, masuk tidur. Anak ke, menantu ke nak balik, salam cium tangan, cium dahi dia, habis.

Orang putih dia amal. Amalan ini amalan Islam, tapi orang putih buat. Tengok filem-filem orang putih, filem orang putih masuk tidur bilik, masuk bilik anak dia nak tidur, dia cium pipi, apa semua, baru dia tidur. Kita tak, tidur, tidur, pukul 12 dah, tidur bila lagi? Kita perhambat anak tidur, itu anak tidur mimpi harimau, muka harimau serupa muka mak dia.

Dia teringat, dia. Rupanya betul, bila kita buat demikian, balik try-lah, nak tidur, kita masuk bilik anak usap kepala, cium dahi. Lima enam malam kita buat, kita nampak berubah. Berubah anak ini. Dia mula lembut hati dia, mula baik. Dia tak boleh keras lawan keras, tak boleh. Allah Taala buat anak ini:

إنما أموالكم وأولادكم فتنة

“Harta benda kamu, anak pinak kamu ini fitnah, (ujian besar Allah kepada kamu).”

Allah Taala jadikan Nabi Nuh isteri tak beriman. Allah jadikan Nabi Luth isteri dia tak nak beriman. Ada orang tak faham, dia kata lagu mana Nabi Nuh nikah dengan orang kafir? Tak, Nabi Nuh nikah dah dengan bini dia lama, sebelum jadi Rasul. Lepas Allah pilih jadi Rasul, isteri dia tak nak beriman. Maka pisahlah. Macam Saidina Abu Bakarlah, Abu Bakar nikah dengan bini dia, mak Aisyah, mak Asma’, tak beriman. Tak nak beriman.

Maka Abu Bakar ambil anak dia jaga Aisyah, Asma’, kemudian mak dia terus pisahlah sebab mak dia tak nak beriman. Satu hari mak Asma’ mari Madinah. Asma’ ini kesian mak dia mari. Dia tanya Nabi ya Rasulullah, bolehkah aku layan mak aku dan bolehkah aku bagi sesuatu kepada dia? Nabi kata layanlah mak kamu dengan sebaiknya dan berilah apa yang boleh kamu beri kepada dia. Makanan ke, hadiah ke, beri ke dia.

Islam mengajar kita mak tetap mak sampai kiamat. Sebab itu bila berlaku peristiwa-peristiwa begitu, kita tengok bagaimana Allah S.W.T menjadikan sesuatu itu dia ada effect, dia ada kesan. Betul, kita buat, kita usap kepala, cium, anak akan berubah. Tapi kalau nak berubah cepat, balik malam ini, cium dahi tok lelaki, malam itu juga berubah. Tak percaya try.

Kelebihan kepada wanita

Dan satu lagi, barangsiapa yang membawa hadiah makanan kepada keluarga dia, maka pahalanya diberi oleh Allah S.W.T pahala sedekah dan mendahulukan anak perempuan daripada anak laki-laki, dan barangsiapa menyukakan akan anak perempuan, seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

Ini kelebihan-kelebihan fadhilat. Dan banyaklah kalau kita tengok kelebihan yang Allah beri kepada wanita. Bahkan kalau kita tengok dalam apa pun, Allah Taala ini, kesukaan Nabi. Apakah kesukaan Rasulullah? Kesukaan Nabi pertama Nabi suka wangi-wangian. Nabi suka wangi-wangian. Yang kedua Nabi suka wanita. Nabi ini kalau jumpa orang perempuan, Nabi akan sangat menghormati orang perempuan. Dan kesukaan Rasulullah ialah meletakkan wanita, memuliakan wanita, hingga wanita ini mulia dengan Islam.

Sebelum Islam, wanita ini hina, jual pasar saja. Di zaman jahiliyah ada perkahwinan dipanggil perkahwinan, ada satu kaedah perkahwinan dia, bila tok lelaki (suami) dia mati, adik kepada tok lelaki itu akan pergi rumah, perkahwinan dengan warisan. Dia akan cabut baju dia, dia akan pekong baju itu pada mana-mana bini, bekas abang dia. Abang dia mati dah, dia pekong baju itu kena pada salah satu tubuh mana-mana isteri abang dia, semua bini abang dia .... Dia. Ini zaman jahiliyahlah.

Hat dia ada dah 20, tambah hat baru 20. 40, lepas itu? Juallah, jual pasarlah. Tiga sepuluh, empat sepuluh. Bila jadi mulia wanita ini? Mulia bila Allah Taala bangkitkan Nabi Muhammad S.A.W. Maka wajib laki-laki, wajib perempuan, orang lelaki wajib sembahyang, perempuan wajib sembahyang.

Orang laki-laki wajib puasa, perempuan wajib puasa. Orang laki-laki wajib zakat, sama dari segi tanggungjawab kepada Allah S.W.T. Dan diberi kelebihan-kelebihan yang banyak oleh Allah S.W.T ke atas wanita-wanita yang mentaati perintah Allah dan berjihad memperjuangkan ugama Allah S.W.T, tambah-tambah zaman kita.

Dan Nabi sebut, kepada cabaran besar umat Nabi Muhammad ini dua:

فاتقوا الدنيا واتقوا النساء

Ada riwayat mengatakan ini ucapan terakhir wasiat, antara wasiat akhir Rasulullah S.A.W:

فاتقوا الدنيا واتقوا النساء

“Takutlah kamu akan fitnah dunia, dan takutlah kamu akan fitnah wanita.”

Sesungguhnya Bani Israil dilaknat oleh Allah melalui pintu perempuan. Musuh-musuh Islam nak rosakkan Islam, rosakkan melalui wanita mereka. Ada satu tulisan berhubung dengan gerakan Zionis. Kan ada 20 Protokol Zionis. Dalam strategi Zionis merosakkan generasi umat Islam, dia kata apa dia? Hantarlah wanita-wanita, anak-anak perempuan kamu untuk ditiduri oleh laki-laki Islam supaya rosak akhlak mereka. Itu.

Menggunakan wanita ini sebagai ejen untuk merosakkan. Banyak pun negara dunia ini persaingan kuasa besar dunia menggunakan wanita sebagai senjata. Senjata untuk dapat rahsia, senjata untuk menguasai. Dan kita harus tengok bagaimana wanita yang soleh, yang beriman dengan Allah menjadi ejen kepada perubahan Islam, membangunkan Islam, membangkitkan Islam.

Bisikannya didengari Allah

Pernah satu hari Saidina Umar al-Khattab R.A berjalan ke Madinah, tiba-tiba seorang perempuan mak cik tua mari, pegang jubah Saidina Umar tarik. Tarik jubah Saidina Umar, tarik, ya Umar, Allah, mu Ya Umar, aku kenalmu sejak kecik lagi Umar. Dulu mu orang tak panggil Umar, orang panggil Umair. Waktu Makkah, waktu kecik-kecik dulu, di Makkah dulu mu ini nakal ya Umar. Bila mu muda, orang takut ke mu. Mu masuk ke pasar, mu boleh ambil saja gapo (apa benda) mu nak, orang tak berani lawanmu.

Bila mu kemudian jadi orang yang paling hebat lawan Islam, hingga perit Islam nak bangkit di Makkah. Tiba-tiba Allah Taala beri hidayah kepadamu ya Umar. Mu masuk Islam. Bila mu masuk Islam ya Umar, Allah muliakan kamu dengan Islam ya Umar hingga orang Islam boleh sembahyang tepi Kaabah masa itu setelah kamu masuk Islam ya Umar.

Kemudian waktu hijrah, orang lain semua takut nak hijrah, tapi mu hijrah seorang diri, berani. Mu isytihar depan Kaabah nak hijrah ke Madinah. Hari ini, mu jadi Khalifah ya Umar. Hari ini mu jadi Khalifah ya Umar. Ittaqullah. Takutlah kamu kepada Allah ya Umar.

Mak cik ini pesan ke Saidina Umar, Ittaqullah, takutlah kepada Allah ya Umar. Bila dengar mak cik kata begitu, Kalau zaman sekarang panggil body guardlah, pengiring Saidina Umar ini heret mak cik perlahan-lahan, heret ke tepi. Lalu kata pengawal dia, mak cik, mak cik tahu tak mak cik kecek dengan siapa itu? Mak cik kecek dengan siapa itu? Umar dengar, Umar dengar pengawal dia tanya mak cik itu, mak cik kenal tak Umar? Bila Umar dengar dia kata, sebelum mu tanya mak cik ini kenal tak aku, aku nak tanya mu, mu kenal tak mak cik ini siapa? Mu tanya mak cik ini kenal tak aku, aku nak tanya mu, mu kenal tak mak cik ini siapa?

Kata pengawal dia, tak kenal. Lalu kata Umar, inilah mak cik yang bisikannya pun didengar oleh Allah S.W.T. Allah turun ayat Quran khas berhubung dengan masalah Zihar kerana mak cik ini. Inilah wanita yang bisikannya didengar oleh Allah S.W.T. Turun ayat Quran kerana perempuan ini. Dan dalam sejarah Islam, kita jumpa banyak kisah-kisah yang hebat berlaku daripada wanita-wanita yang hebat.

Cabaran pemikiran Liberal

Zaman sekarang kita berdepan dengan cabaran munculnya golongan pemikiran Liberal dalam masyarakat. Di Malaysia ini, bila bertukar kerajaan, nampak kumpulan Liberal lebih berani.

Banyak kenyataan-kenyataan dia buat secara terbuka, dan mula menghidupkan pemikiran Liberal. Pemikiran Liberal ini pemikiran yang bebas, pemikiran yang tak terikat dengan panduan ugama, tak terikat dengan al-Quran, tak terikat dengan Hadis Nabi S.A.W. Aliran pemikiran ini meletakkan manusia sama taraf. Dan kumpulan ini mula ditaja oleh kuasa besar dan mula hidup di Malaysia. Dah lama dah hidup di Indonesia, ada rangkaian dia, ada dana dia. Kumpulan inilah yang azan sembahyang Jumaat orang betina (perempuan) jadi imam, orang betina baca khutbah, campur aduk laki-laki perempuan, kita boleh tengok dalam Youtube.

Bang (azan) pun orang betina bang, dia kata kalau orang jantan (lelaki) boleh bang, apa salah orang betina bang? Kan Islam ini ugama yang adil. Dia bawa pemikiran dia kata, bagi kita sangka. Dulu zaman Nabi tak apalah, sebab orang jantan kerja orang betina tak kerja. Maka orang jantan dapat dua bahagian, orang betina satu bahagian sebab orang betina tak kerja zaman dulu. Ini dia bawa logik akal.

Dia kata zaman loni orang betina kerja. Maka bila orang betina kerja, harta pusaka kena bahagi sama banyak, dua sama dua. Se (satu) sama se. Na’uzubillah. Puak-puak ini dia mari guna logik akal membawa fikiran Liberal dalam masyarakat, akhirnya budak-budak muda, anak-anak kita terpengaruh. Anak-anak terpengaruh.

Sebab dia bagi logik akal. Kita kena faham kaedah syarak, kaedah Islam ajar kita, gapo pun akal kita tak letakkan lebih mengatasi Quranul Karim. Quran wahyu Allah, takkan hebat ilmu kita mengatasi Quran? Sebab itu cara kita memikir kena letak Quran itu depan. Akal kita kena ikut Quran. Jangan Quran letak belakang, Quran kena ikut akal kita, tak boleh.

Contoh, Israk Mikraj, logik ke tak logik? Tak logik, tak munasabah. Baik, kalau tak munasabah, berlaku ke tak? Quran sebut berlaku. Ini cara puak-puak itu memikir. Dalam Quran Allah sebut, ada Surah Israk. Makna Israk Mikraj berlaku. Tapi munasabah ke tak satu malam pergi sampai Makkah, lepas itu Masjid Aqsa, Mikraj ke langit, tak berlaku. Mustahil. Kalau pergi itu, tubuh ini hancur. Kalau kita berjalan selaju itu, hancur tubuh. Baik.

Lepas itu guane Israk Mikraj? Israk Mikraj ini berlaku dengan roh sahaja, bukan dengan jasad. Ini cara otak dia memikir. Roh sahaja, Nabi tidur, maka Nabi kita pun mimpi. Mimpilah, mimpi bawa pergi Israk Mikraj, kemudian mimpi. Tapi mimpi Nabi-lah. Tengok, tengok cara dia ajar.

Kalau mimpi, sebab apa ada orang tak percaya? Zaman Nabi sebab apa ada orang tak percaya? Sebab Israk Mikraj ini berlaku dengan roh dan jasad, bukan roh sahaja. Kalau roh sahaja, tak timbul ada orang tak percaya. Abu Lahab tak percaya, Abu Jahal tak percaya, ramai orang tak percaya masa itu. Sama juga dengan cerita Ashabul Fil:

تَرْمِيهِمْ بِحِجَارَةٍ مِنْ سِجِّيلٍ

(al-Fil: 4)

Burung Ababil bawa batu, lontar batu, hancur. Dia kata tak, yang dia bawa (طَيْرًا ) ini (طَيْرًا ) benda barang terbang. Dia kata maksud ini lalat, lalat bawa penyakit, penyakit Taun, kuman Taun menyebabkan tentera Abrahah mati kena kuman Taun. Ini cara dia merosakkan akal fikiran.

Rapat dengan anak

Yang kedua kita di kalangan Muslimat ini, kita kena, kita rapat dengan anak. Jangan jauh. Sebab itu Saidina Ali kata, bila anak itu umur 7 hingga 14, kita kena ajar adab. Adab masuk bilik air, adab jumpa cikgu, adab hormat guru, adab baca Quran, adab kecek dengan mak, adab kecek dengan ayah, adab kita sembahyang, adab kita berdoa, adab kita pegang Quran. Ajar kepada dia adab.

Bila umur dia masuk 14 hingga 21, kata Saidina Ali, mu jadikan anakmu sebagai saeng (kawan) mu, jadi sahabat. Buat pesaeng, boleh gurau, boleh duduk sekali, biar anak kita ada masalah cerita ke kita. Jangan dia ada masalah dia cerita ke saeng dia. Kalau kena saeng tak molek, punah. Kalau kena saeng juruh (baik), tak apalah, lagu mana kita nak kenal saeng anak kita? Saya tak tahu Ustaz, anak saya saeng dengan siapa. Saya kata tak akan tak kenal? Tak kenal Ustaz. Lagu mana nak buat?

Senang saja, sempena hari ulang tahun anak, buat majlis, royak ke anak, minggu depan hari lahir kakak, kita buat kenduri sikit, mak beli kek, masak sikit, panggil saeng-saeng. Suruh dia panggil saeng dia. Tujuannya kita nak kenal siapa saeng dia. Kita buat kenduri sempena hari lahir dia, biar dia potong kek. Sukalah, dia panggil saeng-saeng dia hat rapat dengan dia.

Lalu situlah kita kenal siapa saeng-saeng dengan anak kita. Kalau dia saeng dengan puak-puak LGBT, saeng dengan puak Liberal ini, punah. Ini loni ada hat teruk lagi, kumpulan Black Metal. Orang Kelantan kata Balik Meta. Kumpulan ini pijak Quran, kencing atas Quran, berzina atas Quran. Kumpulan ini dia bakar, bakar Bible, bakar Quran, dia anti ugama. Slogan dia, tuhan dah mati, Syaitan itu tuhan kita, ini puak-puak ini.

Sebab itu kalau kita tengok, ada seorang Sahabat Nabi, waktu berlaku perang dengan Rom, di zaman Saidina Umar al-Khattab, dia tertarik dengan wanita Rom. Kan wanita Rom terkenal dengan comel dia. Wanita ini pujuk dia, bercintalah, akhirnya murtad, keluar daripada Islam. Nikah dengan perempuan ini, keluar daripada Islam. Padahal dia hafal Quran.

Hingga setelah dia murtad, nauzubillah, maka dipujukkan oleh Sahabat-sahabat lain, pujuk dia untuk masuk Islam semula. Pujuk-pujuk, dia tak mahu dah. Dia terus dalam keadaan Kristian, hingga dilupus semua ayat yang dia baca, kecuali satu ayat. Ayat berhubung dengan Allah Taala larang:

"Jangan kamu kahwin wanita yang Musyrik walaupun kamu takjub kepada kecantikan dia."

(al-Baqarah: 221)

Hat ini dia ingat, hat lain dia tak ingat. Sebab itu anak-anak kita, anak-anak yang terlibat nauzubillah, yang terlibat dengan puak-puak dengan Black Metal ini, kes-kes murtad ini bukan kes yang kita anggap, eh dia. Banyak kes kalau kita baca dalam sejarah negara kita, Lina Joy, sebagai contoh. Ada seorang itu hat yang lepas iTM itu, hafal Surah Yasin, bercinta dengan perempuan, dengan laki-laki bukan Islam, akhirnya dipujuk-pujuk berjumpa-berjumpa-berjumpa, akhir nauzubillah mereka melakukan hubungan.

Bila mengandung, janji nak kahwin. Bila sampai empat bulan lebih, tak boleh nak kahwin. Maka mak dia, dia kata kalau nak juga bersama, masuk Kristian. Akhirnya murtad. Banyak gejala murtad berpunca daripada jatuh cinta dengan laki-laki, laki-laki bukan Islam. Sebab itu kalau kita baca gerakan-gerakan musuh Islam hingga dia sanggup buat apa sahaja untuk melemahkan kekuatan umat Islam.

Perlunya Muslimat berpolitik

Hari ini untuk penutup, hamba nak sebut bahawa perlunya Muslimat memahami bukan hanya reti dapur tapi reti juga tentang politik, faham juga suasana negara yang berlaku. Isu-isu yang berlaku dalam masyarakat, supaya kita tidak ditipu dengan suasana yang berlaku ini. InsyaAllah kita nak melahirkan Muslimat yang solehah, yang Mukminah, yang bertakwa kepada Allah Taala dan mampu menjadi perubah kepada....... masyarakat.

Bayangkan kalau kita boleh melahirkan, ikut statistik kadar kelahiran orang Melayu di Malaysia bagus, alhamdulillah. Lima orang, enam orang anak berbanding kaum lain.

Baru ini ada satu artikel, orang Cina mula melahirkan kebimbangan kerana orang Cina lambat kahwin. Kalau kahwin pun dia tak suka ada anak. Paling ramai pun dua orang anak. Orang Melayu ada lagi lima enam. Hamba tak ramai, lapan.

Kita bukan nak ramai, Nabi bangga dengan umat yang ramai, tapi Nabi kita nak supaya mereka kita didik lahirkan generasi-generasi yang soleh, yang bertakwa kepada Allah S.W.T.

Dalam konteks demokrasi, undi orang laki-laki se sama dengan undi orang betina se juga. Dan di Malaysia, jumlah pengundi laki-laki dengan perempuan ini hampir-hampir sama banyak saja. Maka kerana itu kelemahan tempat-tempat lain kerana kelemahan duduk pada pendedahan maklumat pada di kalangan wanita.

Dulu kan orang betina ini duduk kartun tv saja. Duduk tengok Hindustan juga sampai jerit. Filem habis dah, jerit lagi. Loni, masing-masing ada handphone, hingga ada isteri, hingga ada suami dia kata, seronoknya kalau saya jadi handphone, awak pegang saya sokmo. Tapi tak apalah, apa pun kepada kita insyaAllah kita doa mudah-mudahan kelebihan yang tuhan beri kepada kita, kita guna ke tempat untuk mentaati perintah Allah dan memperjuangkan ugama Allah S.W.T insyaAllah. Sekadar itulah dulu untuk kali ini.

Tiga amalan

Untuk akhirnya nak tinggal sikit amalan. Almarhum Tok Guru Nik Aziz ini waktu jumpa hamba, dia kata pergi mana-mana ceramah, biar orang mari dengar ini boleh tiga perkara. Jadi hamba duduk pegang, dia kata biar orang mari dengar ceramah ini boleh tiga perkara, pertama boleh ilmu, yang kedua boleh faham benda-benda semasa, yang ketiga boleh bawa balik bekalan. Bekalan ini amalan.

Balik ini lepas dengar ceramah ini, ada bekal, kita boleh bawa balik, boleh makan bekal, boleh buat amalan. Jadi untuk akhirnya hamba nak sebut amalan yang boleh buat. Yang pertama, yang pertama tadi, cuba amallah, jumpa anak ke gapo, banyakkan sentuh tubuh. Anak kita ini kena banyak sentuh, kena banyak bersentuhan, body contact.

Kita ini anak kita bila koho besar, kita jarang sentuh dia, koho besar koho jarang sentuh dia. Bila besar itu jadi .... Tambah-tambah orang jantan. Orang jantan ini kalau kecek dengan anak sikit, masa kecik-kecik dulu main dah. Bila dah besar sikit dia arah, ambil kasut aku sikit. Ambil baju aku sikit, pergi basuh kasut, mengaji ke tak? Ayah askar, mak polis. Jadi arah-arah-arah, jadi jangan. Ada benda tempat puji kena puji. Ada benda kena marah, marah. Yang sentuhan kena banyak.

Yang kedua Surah Thaha. Surah Thaha ayat satu hingga ayat enam ini Surah melembutkan hati yang keras. Surah Thaha ayat satu hingga ayat enam. Surah ini Surah melembutkan hati yang keras. Baca pada air, kita beri minum. Kita minum sekali tak apa, bukan nak jadi tok bomoh, tertib kena jagalah. Apa-apa hajat kita dengan tuhan pertama-tama kita kena minta ampun dulu. Istighfar. Lepas itu selawat ke Nabi, sebaik-baik Selawat Syifa’:

اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها

Kalau tak ingat hat itu pun, ambil Selawat Tafrijiyah, selawat dalam tahiyat akhir sembahyang. Kalau jangka panjang juga, ambil separuh:

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Tak boleh juga? Minumlah air itu.

Lepas itu yang ketiga, Fatihah. Yang keempat, tiga Kul:

Cuma setiap kali habis Surah ini, tiup pada air. Baca Surah Thaha, ayat satu hingga ayat enam, tiup pada air, lepas itu doa. Yang paling penting sekali dalam doa kena sebut nama anak. Dalam doa kena sebut nama dia. Tutup dengan selawat, pakat letak, minum. Masak air kita minum pun tak apa.

Surah Thaha ini kalau tok lelaki (suami) keras hati sangat, degil sangat, baca, dia tengah tidur, tiup atas tekak dia:

طه (١) مَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَىٰ (٢) إِلَّا تَذْكِرَةً لِمَنْ يَخْشَىٰ (٣) تَنْزِيلًا مِمَّنْ خَلَقَ الْأَرْضَ وَالسَّمَاوَاتِ الْعُلَى (٤) الرَّحْمَٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىٰ (٥) لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَىٰ (٦)

Habis itu (hembus) tiup pun ada cara dia. Jangan (hembus laju). Tiup sampai habis nafas. Jangan tiup sampai habis nyawa, sampai habis nafas saja. Dan dia sebenarnya, dia begini, dia kita nak benda dengan tuhan ini kita kena:

حضور القلب

Hati itu kena mari sekali. Jangan hati duduk lain. Serupa kita dengan anaklah. Maafkan anak dia dulu, maafkan anak kita dulu, baru doa ke dia. Kalau mak tak maaf, tak usah duduk doalah, tuhan tak terima. Doa ini, maaf ini .... Air ini, air ini kalau selagi kita tutup tudung (penutup botol air) dia, tak usah curah, tak akan masuk, tak akan tubik. Setitik pun tak tubik. Pasal apa? Ada penutup. Penutup itulah marah mak kepada anak. Bila mak itu maaf, baru terbuka tudung, barulah air itu boleh tubik.

Kemudian yang ketiga amalan. Nabi S.A.W suka kita dengan anak ini ada masa-masa kita kena minta anak doa. Ajar anak doa. Doa, doa, mak sakit, doa. Serupa kita nak beri benda, nak beri benda, kita suruh anak kita beri. Nak masuk derma, sedekah, derma. Anak kita ikut, beri tangan dia suruh dia masuk tabung. Nak latih dia supaya dia beri, jangan kita bubuh. Kita bubuh ini tak apa juga, tapi kita latih dia suruh dia beri.

Sebagaimana juga melatih anak ini beza. Sesetengah mak ayah itu dia suka beli baju serupa. Kalau baju raya serupa belaka. Sama, baju anak dengan tingkap dengan mana-mana serupa belaka. Dengan langsir serupa. Ajar perbezaan. Jangan latih persamaan. Ajar perbezaan. Kalau kita latih benda sama, sama, dia tak boleh terima perbezaan. Ajar perbezaan.

Bila kita beli ais krim, abang besar sepotong kita beri, adik kecik sepotong. Kita rasa sama. Abang ini dua kali ngap habis dah. Dia ambil hat adik dia pula sebab adik tak habis-habis. Ajar perbezaan, jangan biasakan persamaan, kerana persamaan menyebabkan dia tak boleh nak terima bila ada perubahan.

(Bahagian pertama soal jawab)

Beri pilihan, jangan larang

Nabi tengah khutbah Nabi berhenti, Nabi ambil cucu dia tadi. Di sini para ulamak membahaskan hukum. Ini hukum ini pada khatib ya, bukan hukum pada makmum. Makmum tak boleh kecek kalau khatib tengah khutbah, itu ada Hadis.

Siapa-siapa yang kecek, maka dia

......

Batal pahala Jumaat dia.

Makna dia, tok khatib khutbah, dia duduk borak-borak riuh, itu batal pahala Jumaat dia. Tapi hukum bagi khatib, boleh tak khatib berhenti khutbah dan turun dan sambung semula khutbah? Jawapannya boleh. Contohnya khatib tengah khutbah, tiba-tiba dia batal air sembahyang, maka batal air sembahyang, dia turun ambil air sembahyang semula, dia naik, dia sambung semula khutbah, boleh. Berdasarkan Hadis ini, Nabi turun khutbah, Nabi angkat cucu dia, Nabi naik, Nabi sambung khutbah. Berdasarkan Hadis ini, hukum tok imam, tok khatib kalau sekiranya batal, boleh berhenti, ambil air sembahyang, boleh sambung semula khutbah.

Khutbah dia tidak macam sembahyang, sembahyang bila batal kena start semula, khutbah boleh sambung terus. Soalan dia di sini dia kata lagu mana bila anak-anak dia main, kadang-kadang kita tegur, tegur anak-anak ini, duduk diam ke apa sebagainya, mak dia kata, tak apalah budak-budak.

Dia begini, membawa budak-budak ke masjid ini tak apa. Saya kalau saya pergi satu masjid, tak ada budak, saya mula bimbang. Dia kata ada satu penyelesaian yang baik, dia kata kalau kamu pergi ke satu masjid, mu dapati anak-anak ramai, syukur banyaklah kepada Allah akan lahir generasi yang dia hati dia boleh cinta kepada masjid.

Tapi kalau kita pergi masjid itu tak ada budak, budak tak ada, orang tua-tua belaka, kita kena bimbang sebab bila budak ini waktu dia suka mari masjid, kita tak bawa, waktu dia tak suka baru kita nak bawa, dia tak jadi. Bawalah anak waktu dia suka mari masjid. Tak apa, letak saja budak-budak ini. Cumanya kita nak nasihat dia, tegur dia ini budak-budak ini kadang-kadang kita letak dekat kita, jangan letak dia sama saeng-saeng dia. Letak sama saeng dia, dia duduk mainlah, riuh main belakang itu.

Tapi kalau kita letak sama kita masa nak sembahyang, dia duduk sembahyang, ada saff dia bagi budak, saff belakang, masa dengar kuliah, kita panggil anak kita duduk dekat kita, sebenarnya itu lebih baiklah. Dan cuma budak-budak ini kadang-kadang kita bila kita tegur dia, mak ayah ataupun orang lain kata, tak apalah budak-budak, memang budak-budak begitu.

Betul, kerana ada Hadis Nabi S.A.W, walaupun Hadis ini berguna Hari Raya. Satu hari Saidina Umar al-Khattab masuk dalam rumah Nabi S.A.W, bila Saidina Umar masuk ke rumah Nabi, maka pada waktu itu Saidina Umar tengok budak-budak itu tengah menyanyi, tengah menyanyi, tengah berjogetlah, budak-budak kecik. Maka Saidina Umar marah dia, Umar tengking budak ini kata, apakah suara Syaitan ada dalam rumah Rasulullah? Apakah suara Syaitan rumah Nabi? Maka budak itu senyap. Senyap kerana takut dengan Saidina Umar.

Tiba-tiba Nabi bangun, rupa-rupanya Nabi ada, Nabi duduk dengan budak itu, Nabi ambil kain, Nabi tutup kelapa dia. Nabi tutup kepala dia, bila dengar Saidina Umar marah, Nabi buka, Nabi kata, kata Nabi, Ya Umar, biarlah budak-budak ini, dia suka kerana hari ini hari suka, Hari Raya ini hari gembira. Biar dia bersuka, dia gembira, tak apa.

Maka berdasarkan dalil tersebut, anak-anak ini ada waktu dia suka, dia suka berlari, suka bermain. Hamba kalau pergi satu rumah, anak-anak dia main, berlari, dinding conteng, bagus budak ini, creative. Hamba bimbangnya kalau budak kecik pergi rumah dia, senyap saja duduk, bangun bangun, duduk duduk. Sakit budak ini ini. Sebab budak ini memang dia besar dengan main. Budak ini besar dia berlari sana berlari sini, itu budak..... Budak. Kalau budak duduk buat perangai begitu pun, dia hilang zaman budak dia. Zaman budak kena rai zaman budak dia main.

Cuma kita kadang-kadang kita larang, jangan berhunggas, duduk. Dia duduk mata, hunggas pula. Budak ini, duduk, jangan hunggas. Dia tak boleh budak ini sebab memang budak itu besar dengan berhunggas. Dah tua-tua macam ini suruh berhunggas pun takse (tak mahu) dah ini. Jadi anak kita ukas pohon kayu, jangan ukas, turun. Sebenarnya kita tak bagi dia ukas itu kira gapo? Takut jatuh? Kalau takut jatuh, ajar cara ukas betul, cara turun betul. Jangan sekat. Kita menyekat, kita menyekat naluri dia, tak betul.

Anak kita, kita duduk rumah dua tingkat, ada tangga. Kita sekat tak kasi dia nak naik, takut jatuh. Kalau takut anak jatuh, ajar cara naik betul cara turun betul. Anak kita naik tangga boleh, turun tak boleh, duduk bertempik atas. Bang-bang, sebab apa? Tak boleh turun. Jadi, ajar. Ada orang kata, ajar cara turun dulu sebelum ajar cara naik. Sebab ajar naik ini dia reti sendiri, turun tak reti, kata begitulah orang politik dah naik takse turun-turun.

Jadi kalau kita takse beri dia main, serupa kita suruh dia berhunggas, berhunggas, jangan berhunggas sana, bahaya, berhunggas sini. Dia manusia ini kita kena bagi pilihan. Kalau tak boleh begini, bolehnya lagu mana? Hiburan tak boleh. Kalau kita tak boleh hiburan, hiburan naluri manusia. Ayam berkokok pun ada lagu. Tak akan orang tak ada lagu? Jadi hat tak boleh lagu mana, hat boleh lagu mana.

Jadi kita zaman sekarang ini anak-anak kita takse dengar tak boleh, dia dengar kalau tak boleh hat begini, hat boleh lagu mana? Nyanyi, hat boleh lagu mana? Seni kata yang baik, memuji Allah Taala, memuji para malaikat Allah, tidak bergaul, tidak mendedah aurat dan sebagainya. Hat ini hat boleh. Maka kita galakkan benda yang boleh.

Dalam konteks ini kita anak-anak duduk main dan sebagainya, dia kena rai dan sebagainya. Cuma kadang-kadang lagu mana kita nak didik ini biar bentuk suasana dialah.

Saya seringkali sebut pada orang tua-tua, pergilah masjid. Orang pergi masjid ini dia tak akan hilang saeng. Sebab pertama dia jumpa saeng hat tua daripada dia, hat sebaya dengan dia, hat muda dengan dia, hat lebih anak daripada dia. Kalau kita pergi pejabat, kita jumpa orang sembahyang kita saja. Hat tua-tua pencen belaka dah. Hat budak-budak tak boleh kerja. Masjid ini kita jumpa hat tua daripada kita, hat sebaya kita, hat muda, anak kecik. Jadi itu kebahagian.

Ibu tiri juga adalah ibumu

Mak tiri sebagaimana mak. Ibu tiri sebagaimana mak kita sendiri. Dari segi kelayakan, dari segi aurat, dari segi hukum syarak, begitulah. Cuma bila timbul cerita Bawang Putih Bawang Merah, dah orang Melayu ini dia duduk tanam kebencian kepada mak tiri, kononnya mak tiri ini dia rampas ayah dia. Kita kena ingat sebab apa dalam bab rukun iman Allah Taala letak rukun iman yang keenam itu beriman kepada Qada’ dan Qadar? Tidak nombor satu, nombor enam? Nombor satu beriman kepada Allah dulu, beriman dengan malaikat, beriman dengan kitab, dengan Rasul, beriman dengan, sampai beriman dengan Qada’ Qadar. Qada’ Qadar ini keenam.

Orang beriman ini kenapa dia tenang? Kata Nabi S.A.W kerana dia tahu semua yang berlaku:

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ

(at-Taghabun: 11)

Waktunya roh kita dalam perut mak, Allah tiup roh, empat bulan, 10 bulan, Allah tiup roh, hidup. Bila Allah tiup roh, Allah tulis belaka dah rezeki dia, jodoh dia, ajal dia, maut dia, apa dia, semua-semua. Jadi apa yang berlaku ini menyempurnakan apa ditaqdir oleh Allah Taala.

Kalau kita beriman dengan Allah begitu, tak timbul soal tok lelaki dia rampas hat bini dia, orang ini rampas tok lelaki dia. Tak timbul, pasal apa? Benda yang berlaku di atas apa yang Allah taqdirkan telah berlaku.

Baik sehubungan dengan itu, Nabi sendiri pun, para Sahabat sendiri pun, dia ada ibu tiri, ibu tiri, mak tiri ini jangan kita berbalah sampai kadang-kadang sampai tak bertegur dengan mak tiri, sebab mak tiri dari segi syaraknya dia ada hak syar’ie ke atas tubuh dia dengan kita. Maka kita kena jaga. Walaupun benda ini dari segi emosinya, Allah Taala jadikan dua perkara.

Dalam satu Hadis, Allah jadikan benda yang orang jantan tak suka tapi Allah wajibkan, Allah jadikan benda orang betina tak suka, tapi Allah halalkan. Allah Taala jadikan jihad, perang yang orang jantan (lelaki) tak suka, tapi Allah wajibkan perang. Allah jadikan poligami yang orang betina (perempuan) tak suka, tapi Allah halalkan.

Maka di antara kedua ini, orang beriman dengan Allah dia letak tuhan itu nombor satu. Adapun soal hubungan jaga baik ini kita kena jangan tanam kebencian ini. Ana fikir begini saja, dia sejarah zaman-zaman Nabi Ibrahim, Nabi Yusuf A.S, pasal apa Nabi Yusuf dicampak dalam perigi? Kerana adik-adik tiri dia cemburu pada Nabi Yusuf kerana Nabi Yusuf ini adik tiri. Dan dia ini ada kebencian. Demikian juga bila Nabi Ibrahim A.S kahwin dengan Sarah, tak dapat anak. Lalu Allah perintahkan Nabi Ibrahim kahwin dengan Hajar. Hajar itu orang gaji Nabi Ibrahim, kerja di rumah dia.

Allah perintahkan kahwin dengan Hajar. Maka Nabi kahwin dengan Hajar, tak lama lepas kahwin, Hajar mengandung. Menyebabkan Sarah rasa, orang perempuan, dia rasa hatilah, dia rasa hati. Maka Allah perintahkan Nabi Ibrahim A.S bawa Hajar dan Ismail ini ke Makkah, bawa ke Makkah. Maka Hajar pergi ke Makkah.

Sampai di Makkah, masa itu Kaabah tak ada, orang tak ada, tak ada apa, tak ada. Duduk situ selama tiga malam. Setengah ulamak mengatakan dua malam tiga hari. Duduk situ. Hari ketiga Ibrahim beritahu Hajar aku nak balik ke Palestin. Aku nak balik ke Palestin. Hajar tanya, mu nak tinggal aku dengan anak kecik sini? Kata Nabi Ibrahim ya, ya aku akan tinggalkan kamu dengan Ismail di sini.

Hajar tanya satu saja, apakah ini perintah Allah? Allah ke suruh ini? Jawab Nabi Ibrahim ya, Allah suruh. Bila Hajar dengar Allah yang suruh, dia kata tak apa, pergi. Kalau Allah suruh, Allah tak akan biar. Allah tak akan buat aniaya. Sama juga apa-apa hukum bila Allah yang suruh, tak akan kita rasa kita lebih alim daripada tuhan? Lebih hebat daripada tuhan? Rasa tak puas hati kita dengan tuhan?

Walaupun tak puas hati dengan mak tiri, tapi hakikat sebenar tak puas hati, pasal apa tuhan buat mak kita ini, pak kita ini nikah dua? Ya Allah ya tuhanku, pasal apa jadi begini ya Allah? Jadi bila kita letak Allah Taala depan, maka kita kena terima. Semua yang berlaku dia berlaku dengan kehendak Allah S.W.T.

Dan yang penting kepada kita hubungan dengan anak-anak, hubungan dengan mak ini kita kena jaga, kita kena jaga. Walaupun nak sama dengan mak kandung kita memang tak bolehlah, sampai kiamat pun tak akan boleh. Sebab mengalir darah dalam tubuh kita ini darah daripada mak dan ayah kita. Jadi, cuma sentiasalah anak tiri tak akan puas hati dengan mak tiri dia. Tapi kalau sekiranya kita muliakan, kita bual, bila mari perasaan itu, Allah Taala ajar kita, bila mari benda-benda lintas benda tak baik:

فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ

Minta lindung cepat-cepat:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Mari rasa saja:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Syaitan ini dia akan cuba merosakkan.

Suara wanita

Perbahasan ulamak masalah suara, apakah semua suara wanita itu aurat? Tidak. Kalau suara wanita semua aurat, maka tidak ada Hadis daripada Aisyah R.A. Kan ada beratus Hadis daripada Aisyah, bermakna Sahabat Nabi bila ada masalah, mari tanya Aisyah jawab. Maka kalau suara wanita semua aurat, baik Allah tak buat suara wanita.

Maka bukan semua suara wanita itu aurat. Yang dikatakan suara aurat itu ialah suara yang dia mendayu-dayukan, melemah lembut gemalaikan, merangsang nafsu orang yang mendengar dia. Suara yang tidak menceritakan ketegasan dia. Itu suara yang macam itu jadi haram. Assalamualaikum, waalaikumussalam (mendayu-dayu).

Itu. Ada wanita yang memang tuhan buat suara dia merdu, lembut suara dia. Memang ada orang begitu. Ada yang tuhan buat suara dia tegas. Jadi orang yang suara merdu, memang tuhan buat suara dia begitu, dia tak boleh mendayu-dayukan suara dia. Hingga merangsang nafsu orang laki-laki yang jahat, dan menimbulkan fitnah ke atas diri dia.

Adapun mengajar biasa, kita mengajar biasa, menyampaikan Hadis biasa, cerita biasa, orang laki-laki dengar, apakah itu aurat? Tidak, tidak. Kerana itu ada pengajian-pengajian Sahabat-sahabat. Habsah juga menyampaikan Hadis Nabi, Aisyah juga menyampaikan Hadis Nabi S.A.W. Dan Sahabat dari segi Sahabat-sahabat Nabi sentiasa menjadi rujukan para Sahabat-sahabat yang lain. Maka itu dalil bahawa bukanlah aurat itu semua suara wanita itu aurat, tidak demikian.

Suara yang disengaja untuk menimbulkan rangsangan, mendayu-dayu dan sebagainya. Maka kerana itulah kita harus bezakan suara yang maksiat dan suara untuk mentaati perintah Allah S.W.T.

(Bahagian kedua soal jawab)

Tanggungjawab suami

Allah S.W.T meletakkan tanggungjawab ini tanggungjawab nafkah kepada suami, bukan isteri. Apakah kewajipan tanggungjawab suami? Tanggungjawab ada dua. Satu tanggungjawab zahir, satu lagi tanggungjawab batin.

Tanggungjawab zahir ialah memastikan isteri itu ada tempat tinggal, pakaian. Pakaian dua helai setahun. Suami wajib beri pakaian kepada isteri dua helai setahun. Jadi siapa-siapa dah lebih itu suami kira baiklah. Patut dua helai saja. Ini 50 helai setahun. 48 helai itu ihsan suami. Yang ketiga makan apa yang dia makan. Apa yang suami makan, itulah makanan diberi kepada isteri dia. Itu tanggungjawab zahir.

Adapun tanggungjawab batin selain daripada soal tidur ialah soal bermesra, bermanis muka, menghormati isteri dan melayannya dengan sesuai sebagai isteri, bukan hamba, bukan orang gaji, bukan kuli. Isteri ialah dilayan sebagai seorang isteri. Maka kerana itu dia bukan hanya soal nafkah zahir sahaja. Termasuklah bait-bait, manis muka dengan isteri.

Dan kata Nabi S.A.W, bahawa siapa-siapa dikurniakan tiga perkara oleh Allah, dia mendapat kebahagiaan dunia. Yang pertama isteri yang soleh. Bila tanya apakah makna isteri yang soleh? Isteri yang menggembirakan kamu bila kamu balik melihatnya dan menjaga harta kamu bila dia tak ada bersama kamu. Bila suami kita balik, kita gembirakan dia, kita gembirakan dia. Bila dia tak ada rumah, kita jaga harta, jaga anak-anak dia dengan baik. Maka itu nafkah.

Jangan suami balik saja tengok kita ini, dahlah dia letih, balik tengok, hmm, minah, daripada tengok baik dah tak tengok. Biar dia tengok menggembirakan.

Fatimah R.A cerita masyhur, mungkin semua kita dah dengar. Bila Fatimah tanya Nabi, Nabi sebut tentang siapakah wanita pertama syurga ya Rasulullah? Nabi kata wanita pertama masuk syurga ialah seorang wanita rumahnya di hujung kampung ini. Fatimah terkejut, dia sangka isteri yang pertama syurga ialah dia ataupun isteri Nabi yang lain.

Tapi Nabi kata tak, wanita pertama masuk syurga bukan Fatimah, dan bukan isteri Nabi lain, seorang wanita yang rumah dia hujung kampung. Dia akan masuk syurga dulu, kenapa? Kerana dia membawa tali unta mengheret unta sedangkan Fatimah berada di atas belakang unta. Tentulah yang bawa tali unta masuk dulu syurga yang duduk atas belakang unta.

Macam kita naik baslah. Kalau naik bas, nak sampai awal, duduk depan, depan daripada driver. Kan bas dua tingkat kan? Driver bawah, kita atas, kita sampai dulu daripada driver. Itu kira hebat. Dah yang duduk belakang? Sampai lambat.

Lalu Fatimah pergi rumah wanita ini. Sampai-sampai beri salam, beri salam, dia keluar. Lalu dia kata, wahai Fatimah, maafkan aku, aku tak benarkan ... Sebab suami dia tak ada rumah. Suami dia tak ada rumah. Kalau nak masuk rumah, datang besok saya akan minta izin pada suami. Fatimah kata tak apalah, esok aku datang. Besok Fatimah datang bersama anak dia Saidina Hussein, Saidina Hussein ataupun Saidina Hassan. Dia tengok, Allah ya Fatimah, aku minta izin kamu seorang, aku tak minta izin kamu dua. Aku tak tahu kamu nak mari berdua. Boleh kamu datang besok pula? Aku akan minta izin daripada suamiku untuk benarkan kamu bersama anak kamu.

Kita ini tak, suami tak ada rumah, suami balik-balik tengok orang lelaki masuk rumah. Orang jual kain, dah buka dah kain dia jual, bukan kain pakai. Bang, tiga saja bang, tiga saja. Jangan benarkan laki-laki lain masuk rumah tanpa izin suami.

Kemudian dia tengok, Fatimah perhati dia, duduk tengah borak, dia kata tunggu sekejap. Suami aku nak balik. Maka Fatimah tengok dia. Rupanya dia masuk bersiap. Dia masuk, dia bersiap, dia mandi, dia pakai pakaian yang menarik perhatian suami dia. Kemudian disediakan segelas air, dan satu rotan. Nanti balik ini cuba buat.

Bila suami dia masuk beri salam, pertama dia bagi air, suami dia duduk, dia bagi air. Lepas suami dia minum air, dia bagi rotan. Suami dia ambil rotan letak tepi. Maka ditanya (kepada) Fatimah, kenapa engkau buat macam ini? Dia kata pertama aku pakai macam ini supaya pandangan suami aku pada aku lebih tertarik daripada dia pandang wanita di luar rumah.

Kita ingat ya, orang laki-laki ini wanita luar rumah teruk, dahlah muka lawa-lawa, muda-muda, suara lemah gemalai, cantik daripada kita. Jadi kalau dia balik tengok isteri tak menarik, di luar menarik, itu bahaya. Suami masuk kedai, makan bang. Balik rumah, nak makan gapo? Ambil sendiri. Itu dia pergi kedai itu sedap, pergi kedai duduk. Baru tak dan (sempat) panas duduk ini, mari dah nak makan apa bang? Kerbau guling ke?

Yang kedua dia kata. Sebab itu satu hari saya, cerita sayalah. Satu hari saya balik rumah, balik masa saya jadi pensyarah. Anak saya buat air. Mak dia panggil. Nah! Bawa air, hantar ke ayah. Anak dia, abah, mak kirim. Ana kata hantar semula ke mak, royak ke mak, abah takse pakai posmen, nak suruh dia hantar sendiri. Anak ini bawa balik. Ayah kata dia takse pakai posmen, nak suruh hantar sendiri. Bini saya bawa, guanelah buang tabiat hari ini. Tak, tuhan nak beri pahala ke dia, buat apa beri ke orang lain.

Yang kedua pasal apa beri rotan? Dia kata kalau dia nampak salah aku, dia boleh betul aku dengan rotan tersebut. Kita nak buat setara itu? Ya Allah, tak usahlah, rotan itu tak payah bawa tak apa, tapi air itu bawalah. Dari segi ini, tanggungjawab. Termasuk tanggungjawab dia kepada anak-anak ialah pendidikan. Isteri ini, suami kena ajar. Fardhu Ain wajib suami ajar kalau isteri tak reti.

Kalau suami tak boleh ajar, wajib bagi dia cari tok guru mengajar isteri dia, anak-anak dia. Kalau dia tak mampu nak cari tok guru, dia kena suruh bini dia pergi belajar. Fardhu Ain. Dan boleh seorang isteri dalam kitab, apa nama kitab itu? Allahumma solli ala Muhammad, kitab .... Dia boleh bagi isteri (pergi belajar jika) suami tak reti, tak cari tok guru mengajar, tak suruh mengajar, boleh isteri pergi belajar walau tanpa izin suami dalam bab Fardhu Ain sahaja. Fardhu Ain tak apa.

Belajar menjahit tak boleh, (kena) minta izin suami. Belajar memasak kena minta izin. Adapun Fardhu Ain, soal sah batal sembahyang, sah batal puasa ini, ini Fardhu Ain. Kalau tok lelaki tak boleh ajar, beritahu dia, hukumnya boleh tak kalau saya pergi tak minta izin? Boleh, tetapi saya tak galak. Boleh ustaz, tapi kalau pergi balik siaplah ustaz. Jadi kita tak usah cari masalah. Tanggungjawab, tanggungjawab dia.

Kalau hukum dia tanya bagaimana kalau sekiranya tok lelaki tadi tidak laksanakan tanggungjawab? Maka berdosa bagi dia. Berdosalah ke atas suami itu. Tapi saya suka dalam bab rumah tangga ini, hukum satu bab. Mengurus rumah tangga bab lain. Kadang-kadang bab mengurus rumah tangga ini kita jaga hukum halal haram dosa pahala ini tapi kita jaga. Sebab ada benda yang kadang-kadang redha suami itu penting.

Orang perempuan tertib dia, kita kena faham, tertib orang laki-laki, pertama Allah, yang kedua Rasul, yang ketiga mak dia, mak mertua dia. Yang keempat ayah dia, ayah mertua dia. Yang kelima isteri dia. Isteri duduk nombor lima.

Adapun orang perempuan, yang pertama Allah, yang kedua Rasul, yang ketiga suami. Suami duduk nombor tiga. Yang keempat emak, emak kita, mak mertua kita. Yang kelima ayah kita, ayah mertua kita. Jangan letak mak kita bawah daripada suami kita, tak boleh. Sebab isteri ini bila suami dia redha, syurgalah dia. Orang laki-laki kalau mak ayah dia redha ke dia, kaki kiri dia dalam syurga, kaki kanan dia duduk luar syurga.

Tapi orang betina, kalau suami dia redha ke dia, kaki kanan dia duduk dalam syurga dah. Tinggal kaki kiri, kaki apa dia? Sembahyang hat dia kena buat, puasa hat kena buat, tutup aurat hat dia kena buat, hat suami dia tak boleh buatlah. Sebab itu penting kita memahami struktur tersebut. Dan sebab itu kalau suami tak bertanggungjawab, maka berdosa itu tertanggung kepada dia.

Satu hari, Saidina Umar al-Khattab, orang tua mari jumpa Saidina Umar. Ya Umar, aku mari mengadu kepadamu ya Umar, anak aku degil, keras hati, tak dengar kecek, nasihat tak dengar. Suka bantah kepada aku, suka melawan kata-kata aku. Umar kata beginilah pak cik, pak cik balik panggil anak pak cik itu mari jumpa saya. Lalu budak, orang tua ini balik jumpa anak dia, Umar nak jumpa mu.

Maka budak ini mari jumpa Saidina Umar. Saidina Umar al-Khattab menasihati budak ini, kamu jangan jadi derhaka, jangan jadi anak yang derhaka, jangan lawan cakap mak, nasihat-nasihat, mu tak dengar. Habis. Lalu budak itu tanya, ya Umar, mu minta aku taat kepada mak ayah aku, pada mak ayah aku boleh, tak ada masalah ya Umar, cuma aku nak tanya, ada tak kewajipan ayah kepada anak? Ada tak? Mu suruh aku taat ayah, boleh. Tapi aku nak tanya ada tak kewajipan ayah kepada anak?

Kata Saidina Umar al-Khattab ada, Nabi sebut tiga, aku nak tambah satu. Nabi sebut tiga:

.........

“(Kata Nabi S.A.W) Kewajipan ayah kepada anak tiga. Pertama hendaklah dia bubuh nama yang comel, yang molek kepada anak dia bila anak dia lahir. Yang kedua, dia ajar anak dia bila anak dia mula ada akal. Yang ketiga, mengahwinkan anak dia bila anak dia nampak nak kahwin.”

Itu Hadis Nabi. Dan kata Umar al-Khattab, aku nak tambah satu. Apa dia? Kalau dia seorang ayah nak anak yang baik, hendaklah dia mencari isteri yang soleh. Kalau dia nak anak yang juruh, yang soleh, hendaklah dia mencari seorang isteri yang soleh.

Bila Umar kata demikian, budak ini kata ya Umar, kalau empat ini tanggungjawab ayah kepada aku, aku dapati ayah aku satu pun tak buat ya Umar. Ayah aku tak buat satu pun ya Umar. Nama aku buruk. Ayah aku bubuh nama aku nama yang buruk makna dia. Saya tak ingat nama dia, tapi nama yang buruk.

Yang kedua ayah aku tak pernah ajar pun aku ya Umar, sembahyang, puasa, tak pernah ajar. Yang ketiga ayah aku tak kisah aku nak nikah ke tak nikah, tak ambil kisah langsung. Yang keempat, ibuku seorang yang ditemui di kelab malam ya Umar. Ayah aku mengahwini ibuku seorang pekerja kelab malam.

Umar panggil orang tua itu. Umar kata kalau betul apa yang anak kamu beritahu aku, aku dapati kamu dulu derhaka kepada anak kamu, sebelum anak kamu derhaka kepada kamu.

Berapa ramai bekas isteri derhaka kepada suami. Berapa ramai suami derhaka dulu kepada isteri sebelum isteri itu derhaka kepada suami. Berapa ramai seorang ayah derhaka kepada anak sebelum anak itu derhaka kepada mak ayah dia.

Jadi dalam konteks ini, kita jangan letak soal nak bincang kesalahan, kalau kita bab mu salah, mu salah, tak selesai masalah. Tapi kita ikhtiar cari balik, ikhtiar cari kebaikan, kalau kita tahu kelemahan, kita suami kita tak ajar anak, kitalah ajar anak kita, kita suruh anak kita pergi mengaji.

Ayah mak ayah kita ini tidak ada peluang belajar ...kita. Kita ada peluang loni, kita ajar anak kita pergi belajar sana, belajar sini, belajar ilmu ugama, biar tapak ini betul-betul dulu, lepas itu nak naik lagu mana bangunan pun tak apalah. Tapak ini kena perbetul.

Kelmarin Zainuddin Maidin keluar kenyataan minta Menteri Pelajaran tutup semua Maahad Tahfiz seluruh Malaysia. Kenyataan puak-puak Liberal ini minta kerajaan, Jakim jangan beri bantuan kepada sekolah tahfiz.

Duduk marah ke sekolah ugama, tak marah ke sekolah kelas muzik, kelas sukan apa itu, duduk marah ke sekolah ugama. Ini pemikiran yang ada hari ini dalam negara kita yang kita alhamdulillah Kelantan ini Allah Taala kekalkan kita menang, kita susun tarbiyah kita susun. Di tengah budak muda lain punah, insyaAllah kita bina anak-anak kita jadi anak yang soleh. InsyaAllah.

Ayah atau ibu minta nikah

Kadang-kadang mak kita mati, tinggal ayah seorang. Ada anak tak beri ayah nikah. Kata ayah, tak kesian ke mak, ayah tak ingat ke mak, ayah tak. Dia begini, bila kita anak, kita duduk rumah kita, kita mengaji, kita belajar. Tinggal ayah kita seorang, siapa nak jaga dia?

Ada anak duduk rumah, tak sama ada isteri, tak sama. Dia ada isteri tak sama walaupun anak duduk beri makan dia, makan minum dia. Betul satu bab. Tapi jiwa seorang laki-laki, jiwa seorang perempuan, dia kena ada pasangan dia. Naluri tuhan buat demikian. Maka kalau benda yang itu tidak bercanggah, maka kita jangan sekat benda molek.

Yang kedua kita kena bina, jangan kita anggap bila orang itu meninggal dunia, kalau bukan soal dia tak ingat orang mati, ingat lagu mana pun kawan itu mati dah. Kawan itu mati dah. Sebab itu di antara doa orang mati, doa sembahyang mayat, sebab apa doa orang sembahyang mayat bila bab orang betina, kita tak minta ya Allah, gantikan bagi wanita ini suami yang lain. Tak minta begitu. Kerana di akhirat, Allah Taala bangkitkan laki-laki, perempuan-perempuan di syurga. Maka Allah Taala bahagikan isteri dia dunia, menjadi isterinya di akhirat.

Lagu mana kalau sekiranya seorang perempuan kahwin dua tiga? Kahwin seorang suami, meninggal dunia. Kahwin yang kedua meninggal dunia. Kahwin yang ketiga meninggal dunia. Siapa nikah dengan dia mati belaka. Lagu mana? Siapa suami dia di akhirat? Kata Nabi S.A.W dalam Hadis, Nabi kata:

"Allah Taala bagi dia pilih, dalam empat lima bekas-bekas suami dia, mana yang paling soleh, mana yang paling baik itulah jadi suaminya dalam syurga."

Maka oleh kerana itu, dalam kes ini, kalau ayah kita dia kata teringin nak kahwin, dia tanya kita pandangan kita. Kita beri pandangan yang betullah, nasihat yang betul. Ayah nak kahwin tak apalah, ayah pun tua kita anak-anak duduk luar, siapa nak jaga.

Ada satu kes berlaku pada satu hamba Allah. Anak-anak dia belajar sampai ke Mesir, mengaji tinggi. Ayah dia, mak dia nak kahwin. Dia tak beri. Mak dia, ayah dia mati, mak dia nak kahwin lain. Anak-anak tak beri. Anak-anak nasihat mak, tak usah menikah lain. Mak dia nak kahwin, orang tua dah, bukan kerana nafsu, tapi orang tua. Dia kena ada saeng berborak.

Nak saeng duduk berborak saja. Tua sama tua ini nak gapo dah? Baik tengok cicak, kan? Tapi dia kena ada orang berborak. Nak duduk berborak sekali. Begitu saja. Jadi bila anak-anak dia ini tak suka, jadi ada seorang hamba Allah nasihatkan anak dia, dia kata demo tak beri mak nikah ini, tak apalah, tapi hat ini duduk Kuala Lumpur, hat ini duduk Perak, hat ini duduk Kedah, tinggal mak seorang di rumah? Tak boleh begitu.

Dan kalau anak duduk keliling rumah sekalipun, duduk serumah dengan mak sekalipun, sama dah ada tok lelaki? Tak sama. Maka kerana itu dalam bab-bab macam ini, fitrah manusia dirai dalam perkara yang tidak bercanggah dengan syarak.

Penjagaan anak bagi wanita bekerja

Walaupun saya baca satu tulisan daripada yang meninggal dah, Muammar Gaddafi, The Green Book. Ada satu Muammar Ghaddafi dulu dia waktu dia naik Presiden Libya, dia tulis satu buku, buku hijau.

Buku itu diterjemah seluruh dunia. Dan buku ini dia sangat anti wanita bekerja. Dia Sosialis. Bagi saya begini saja, kita nak tinggal anak kepada pengasuh sebagainya tak apa selagi mana kita sempurnakan hak anak. Anak perlu dibesarkan dengan suasana dia yang sebaik-baiknya ialah kita, termasuklah susu kita, kita bekalkan. Penjagaan dia.

Sehari dua ini banyak kes-kes penjaga ini, pengasuh ini buat kerja macam-macam. Hat baru ini mati bubuh dalam peti sejuk. Meninggal dunia. Banyak kes-keslah, yang kadang-kadang rakaman cctv, kadang-kadang pengasuh-pengasuh ini hat jenis, hat jenis ini tak molek akhlak ini, anak jerit, dia hulur ibu jari dia. Jadi budak itu duduk hisap ibu jari kaki pengasuh.

Dia malas, malas buat susu budak ini, budak itu duduk jerit, dia main handphone, dia hulur ibu jari. Jadi budak ini duduk sedut, hisap jari kaki dia. Macam-macam cerita. Walau bagaimanapun, saya setuju bahawa perlunya jabatan-jabatan menyediakan Pusat Taska, Pusat Asuhan Kanak-kanak ini di pejabat-pejabat supaya waktu rehat, mak ayah boleh, mak, ayah tak pergi tak apa, mak boleh pergi untuk menyusukan anak waktu tersebut.

Dan kita Kelantan ini antara negeri yang kita buat peraturan supaya kita cuti dua hari, satu hari hari Jumaat hari ilmu, hari Sabtu hari keluarga supaya kita rapat dengan anak-anak dan sebagainya.

Suasana loni ekonomi, bebanan kos hidup yang meningkat menyebabkan satu orang suami sahaja kerja tak cukup, tak cukup. Terpaksa dua-dua kerja. Bila dua kerja, anak kita terpaksa tinggal. Tapi saya suka bahawa kalau boleh tidak terlalu lama sebab, sebab anak ini kalau kita tinggal lama, dia lagi dekat dengan kita, lagi baik waktu dia membesar.

Tapi suasana yang ada ini tak apa, dengan syarat kita letak dia di tempat yang baik, pengasuh yang baik, dan kita sentiasa menjaga tanggungjawab kita dengan anak-anak kitalah insyaAllah. 

(Teks transkrip dari ucapan dan jawapan Timbalan Presiden PAS dalam Kuliah Bulanan Wanita (Wanita Anugerah Terindah) di Dewan Besar Balai Islam Lundang pada 9 Julai 2018 yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR) - HARAKAHDAILY 13/7/2018

PERJALANAN hidup ini adalah jalan sehala. Kita tidak boleh u-turn. Yang boleh kita lakukan ialah merubah diri sebelum sampai garisan penamat.

Cuba kenangkan balik. Bukankah masih baru terasanya zaman kanak-kanak kita? Terasa semalam saat seronok kita di alam remaja. Kini kita telah menggantikan tempat orang-orang tua yang sudah tiada. Jangan buang masa lagi berfikir macam kanak-kanak dan remaja. Berfikirlah seperti orang yang sudah semakin dekat waktunya meninggalkan dunia ini. Mana bekalan diri? Mana dia kebajikan yang akan ditinggalkan? Apa persiapan diri dengan Allah?

Dunia itu ada tiga wajah. Wajah pertama ialah tempat bersedap-sedap, iaitu dunia pada pandangan orang-orang kafir. Wajah kedua, dunia adalah perhiasan hidup yang dibanggakan, iaitu dunia pada pandangan munafiq. Wajah ketiga ialah tempat mengumpul bekalan, iaitu dunia pada pandangan orang mukmin.

UMS
Alor Setar, Kedah
21 Jun 2018 – HARAKAHDAILY 21/6/2018

SESUNGGUHNYA Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada Malam Al-Qadar (Lailatul Qadar)” [Q:S. Al-Qadr: 1]

“Malam Al-Qadar lebih baik daripada 1,000 bulan.” [Q:S. Al-Qadr : 3]

“Pada malam itu, turun malaikat dengan izin Tuhan mereka, membawa segala perkara (yang ditaqdirkan berlakunya pada tahun yang berikut).” [Q:S. Al-Qadr : 4]

“Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” [Q:S. Al-Qadr : 5]

Kira-kira berbaki 5 malam lagi untuk kita isikan dengan beribadah, istighfar, membaca Al-Quran dan segala macam amalan untuk meraih nikmat Lailatul Qadar.

Di awal Ramadan, sudah barang pasti kita telah mempersiapkan diri dari sudut fizikal dan rohani untuk memasuki fasa-fasa ibadah yang menjadi benteng bagi 11 bulan berikutnya sebagaimana telah disebut dalam sebuah hadis, bermaksud: “Barangsiapa berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada Allah, akan diampuni dosanya yang telah lalu” [HR Bukhari No. 38 dan Muslim No. 760]

Dalam satu hadis lain juga ada mengingatkan kepada kita, bermaksud: “Sungguh sangat terhina dan rendah seseorang yang datang kepadanya Ramadan, kemudian Ramadan pergi sebelum diampuni dosanya” [HR Tirmidzi]

Justeru, di kesempatan yang berbaki ini, pasakkan azam dalam diri untuk sentiasa melaksanakan ibadah dengan sebaiknya.

Antara amalan yang ringkas dan boleh diaksanakan oleh semua ialah iktikaf di masjid, ataupun bagi wanita yang mempunyai kekangan bolehlah beriktikaf di suatu sudut dalam rumah khusus untuk ibadah.

Selain itu, sebagaimana dalam satu riwayat menyebut bahawa Saidatina Aisyah r.a memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w pada malam Ramadannya melakukan 3 perkara berikut:

Menghidupkan sepanjang malam
Memastikan seluruh isi rumah juga bangkit menghidupkan malam
Iktikaf di masjid

Untuk menghidupkan malam-malam Ramadan ini, kita juga digalakkan untuk:

Tahajjud (bangun malam)
Melakukan solat-solat sunat
Banyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah S.W.T
Banyakkan berdoa dengan doa اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Banyakkan membaca Al-Quran
Teruskan memburu Lailatul Qadar, jangan sesekali kita mensia-siakan 10 malam terakhir ini, hidupkan malamnya dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada Allah S.W.T.

Di akhirnya, letakkan Ikhlas sebagai kunci kepada setiap amal ibadah kita. Mudah-mudahan kita bukan sekadar berkobar-kobar untuk beramal di bulan Ramadan sehingga menjadi hamba Ramadan, tetapi biarlah amal kita itu istiqamah dalam sebelas bulan yang lain kerana kita hamba Allah S.W.T yang sentiasa perlukan Dia.

Semoga amalan kita diterima oleh Allah S.W.T dan dinilai dengan kebaikan, bukan hanya amal yang sia-sia sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.” [Q:S. Al Furqan : 23]

Dikeluarkan oleh:
SekretariatDewan M uslimat PAS Malaysia
8 Jun 2018 bersamaan 23 Ramadan 1439 – HARAKAHDAILY 8/6/2018

الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

"Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami (Allah) berikan kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat, memberi zakat, mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." (Al-Haj: 41)

Isi kemenangan lebih payah dari mencapai kemenangan.

Walaupun kita kuasai negeri Terengganu, tetapi kita tidak kuasai negara. Namun, kuasa yang terbatas itu tetap mesti diisi.

Untuk menjadi sebuah negeri, ada lima syarat - tanah, rakyat, pemimpin, perlembagaan, kedaulatan.

Tahap kita sekarang ialah menguasai kerajaan negeri, di bawah konsep persekutuan (federalisme), terhad, tapi ada perkara yang kita boleh buat, tanpa merencatkan perjuangan dan matlamatnya.

Menurut kaedah fiqh:

ما لا يدرك كله، لا يترك جله

'Perkara yang tidak didapati semuanya, tidak ditinggalkan sebahagiannya'

Allah berfirman:

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ

"Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah semampu kamu." (At-Taghabun: 16)

Justeru, kita masukkan ciri-ciri kemenangan Islam dalam negeri yang kita kuasai. Pada tahun 1999, kita letakkan Qur'an, Hadis, Ijmak, Qias sebagai Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu.

Dalam ayat pertama tadi, Allah sebut, pertamanya dirikan solat.

Kerajaan yang dibentuk mesti ada hubungan dengan Allah atau disebut kerajaan Rabbaniyah. Sheikh Ali An-Nadawi, seorang tokoh ulama menyebut sebagai negara hidayah (mendapat petunjuk), bukan jibayah (memungut hasil cukai), tanpa menafikan hasil untuk negara penting.

Inilah rahsianya Allah mulakan Islam lahir di Mekah, lembah tanpa tanaman. Islam meletakkan jadual yang diatur oleh Allah, bermula dengan pembangunan manusia dahulu. Perkara ini tiada dalam agama yang lain. Allah turunkan Quran di Mekah, prosesnya berterusan hingga tegak negara Islam di Madinah.

Solat, bukan sahaja ketika mahu mengerjakan solat, tetapi mengaitkan dengan seluruh hidup manusia. Solat dikaitkan dengan Allah, ada perkara dosa pahala, termasuk dalam pentadbiran, termasuk dalam ucapan kita:

الحمد لله رب العالمين

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Perkaitan inilah yang menjadikan sebuah negara itu mendapat berkat dari Allah.

Allah berfirman:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

"Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami (Allah) akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan." (Al-A'raf: 96)

Istilah berkat tiada dalam agama lain, hanya ada dalam Islam.

Kita perintah Kelantan selama 28 tahun. Kita dapat tangani isu rakyat, di mana sifat iman dan taqwa ditanam walaupun hasil negeri kurang, sehingga Kelantan dapat dipertahan. Terengganu masih belum sampai ke tahap seperti Kelantan.

Diisebut dalam ayat itu: iqamatussolati (mendirikan solat), bukan mendirikan masjid sahaja. Allah berfirman:

انَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

"Hanyasanya yang layak memakmurkan masjid-masjid Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk." (At-Taubah: 18)

Tanggungjawab kita ialah memakmurkan masjid. Nabi dirikan masjid yang menjadi institusi mengilmukan insan. Apabila manusia ada ilmu yang memimpin mereka, maka tarbiah melalui masjid akan diberi keberkatan.

Perkara kedua ialah zakat. Ia mengajar konsep ekonomi dalam Islam, di antaranya harta tidak beredar di kalangan orang kaya sahaja.

تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ وَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ

Zakat diambil dari orang kaya di kalangan mereka dan dikembalikan kepada orang miskin di kalangan mereka. (Riwayat Bukhari)

Konsep nisab (kadar tertentu) berlaku dalam aspek ekonomi secara umum. Hasil lain juga boleh dikenakan zakat menurut pendapat ulama dalam mazhab yang lebih luas.

Konsep cukai di kalangan bukan Islam seperti jizyah (cukai kepala), kharaj dan usyur juga boleh dikenakan. Apabila bentuk ini dibuat, maka tiada (cukai yang zalim seperti) GST, tol, atau bentuk penswastaan.

Kerajaan tidak boleh berniaga dengan rakyat. Apa yang berlaku, kerajaan juga berniaga dengan rakyat. Berlakulah inflasi. Kita juga diperkenalkan dengan welfare state (negara kebajikan). Islam bukan sahaja kebajikan, tetapi berkebajikan.

Perkara berikutnya dalam ayat di atas ialah amar makruf (suruh yang baik). iaitu dakwah ilassolah, mengajak kepada keharmonian, dengan ucapan, tulisan, amalan. Begitu juga dengan cegah mungkar. Ini melibatkan bidangkuasa kerajaan negeri, melibatkan kerajaan dan rakyat juga berperanan.

Nabi SAW bersabda:

من رأى منكم منكرًا، فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه، وذلك أضعف الإيمان

Sesiapa di kalangan kamu melihat satu perkara mungkar, hendaklah dia mengubahnya dengan tangan. Jika tidak mampu, maka dengan lidahnya. Jika tidak mampu, maka dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim)

Rakyat diajar untuk mencegah mungkar. Kita didik rakyat supaya bersama dengan kerajaan dalam menjalankan tugas ini.

Di akhir ayat itu Allah menyebut: "Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan."

Ini menunjukkan adanya muhasabah di sisi Allah. Kita meyakini bahawa pemerintah yang adil berada di bawah naungan Arasy Allah. Ia disebut sebagai golongan pertama dari 7 golongan dalam sebuah hadis, yang mendapat naungan Allah.

Cabaran luaran pula ialah kita menghadapi golongan Ahzab (Pakatan kumpulan yang berbeza). PAS menang di Kelantan dan Terengganu bersendirian (walaupun berada dalam Gagasan Sejahtera). Ujian Ahzab, di mana semua kumpulan yang tidak setuju dengan Islam menghadapi kita. Kepungan ini menambahkan iman kita kepada Allah.

Kuasa dunia tidak bersama dengan Islam. Parti Islam, Masyumi, pernah menang di Indonesia, namun dikalahkan. Parti Islam di Algeria pernah menang, juga dijatuhkan. Begitu juga Mesir (yang melihat kebobrokan rejim tentera yang sangat zalim, menjatuhkan Mursi).

Kita tidak gopoh dalam pemerintahan, menjadikan kita boleh berterusan dengan Islam. Pemerintahan kita bukan seperti cara Taliban atau ISIS. Kita perintah ikut jadual, kita berjaya Insya Allah.

Intisari ucapan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Tamrin Qiadi PAS Terengganu.

Catatan:
Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek
Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulamak PAS Terengganu.
Jumaat 25 Mei 2018, Kuala Terengganu - HARAKAHDAILY 26/5/2018

KITA berada di bulan Ramadhan. Puasa sepatutnya membentuk taqwa dalam diri. Taqwa adalah rumusan dari menjunjung perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Perintah dan larangan pula sangat banyak. Di antara larangan itu ialah fitnah, menuduh tanpa bukti dan mengada-adakan cerita yang tidak benar.

Pilihan raya sudah berlalu. Namun fitnah pemimpin PAS menerima RM90 juta dari Umno masih dimainkan. Ia tersebar dan disebar di alam maya. Senarai nama pemimpin besar PAS terpampang lagi.

Presiden PAS telah mengambil tindakan mahkamah di London bagi membersihkan nama dari fitnah ini. Sebahagian dari prosesnya memberi kelebihan kepada Presiden PAS. Bakinya menunggu masa.

Ada yang sangat rajin memuatnaik artikel, keratan akhbar dan gambar yang diambil separuh, diedit dan ditokok-tambah di Facebook, WhatsApp dan lain-lain media sosial. Fitnah menjadi makanan harian mereka. Barangkali setiap malam sebelum tidur, orang ini akan meletakkan tangannya di dahi, berfikir, apa agaknya yang akan aku muatnaik dalam media sosial ini untuk terus memfitnah pemimpin PAS ini. Isu GST? Isu RM90 juta? Isu UG dengan Umno?

Nabi SAW pernah bertanya kepada para sahabat tentang orang yang muflis. Para sahabat menjawab orang muflis itu yang tiada dinar dan dirham. Nabi membetulkan kefahaman para sahabat dengan mengatakan orang muflis itu ialah yang datang di akhirat dengan pelbagai taat-solat, puasa, sedekah dan lain-lain, tetapi dalam masa yang sama memfitnah orang itu, mencela orang ini, menzalimi orang lain. Hujungnya ialah tiada amal soleh untuk dibayar, melainkan kejahatan orang itu pula dicampak di atas bahunya dan ia dihumban dalam api neraka.

Bukankah lagi baik kalau ia duduk diam, membaca Al-Quran di bulan Ramadhan, dari menulis fitnah-fitnah di FB nya?

Kesian orang ini. Perutnya lapar di bulan Ramadhan, tekaknya haus, tetapi tiada pahala puasa untuknya kerana qaul azzur (perkataan bohong yang direka). Lebih dahsyat, apabila dia menjadi orang muflis di akhirat dengan sebab tulisannya di dunia yang menyebabkan dia akan menjadi bahan bakar api neraka. Nauzubillah.

Kata pembaca TV, Dunia Jam 10: 'Fikir-fikirkanlah' - HARAKAHDAILY 22/5/2018

Penulis ialah Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulamak PAS Terengganu dan Timbalan YDP PAS Kemaman.