Ibu tua bersila tepi jalan dalam hujan

Fikrah
Typography

KETIKA ada pihak mendapat sumber bawah laut Pangkor, kononnya PAS mahu berganding dengan Umno, puluhan ribu penyokong PAS bermukim di Pantai Tok Jembal malam tadi.

Tanpa menghiraukan panas, hujan, petir mereka melangkah gagah mengharungi lautan manusia. Ramai terpaksa berjalan di bawah titisan hujan awal pagi.

Ada ibu tua bersila di tepi jalan tanpa menghiraukan hujan. Dia dan anaknya menunggu kereta yang diparkir jauh. Ketika itu jam hampir 1 pagi.

Ramai lagi yang mengharung hujan dingin mencari kereta yang diletak di penjuru kampung.

Pengalaman seperti juga pernah dilalui pemimpin PAS yang kini bertenggek di bahtera PAN.

Suka duka yang hanya ditimba dalam gerakan Islam, tiada lagi sekarang. Mereka memilih teras sosialis dengan meminggir kerangka Islam. Banyak gerak kerja dan kenyataan mereka menjadi bukti.

Masa belum terlambat untuk mereka ‘u turn’, meneruskan perjuangan lama yang sudah serasi. Tidak mampu untuk mereka mendabik dada berketuakan Tun Dr Mahathir, yang sudah diketahui sejarahnya.

Bagi pengasas sekolah agama rakyat, mereka masih ingat siapa yang menarik balik bantuan perkapita. Orang yang sama juga mendakwa sekolah agama terjebak dengan militan.

Senarainya begitu panjang. Biar pun bukan lagi memiliki kuasa, jalur pemikiran Islamnya nampak tidak berubah. Mesejnya sejak keluar Umno hanya hendak tumbangkan Datuk Seri Najib Razak.

Ia tidak mampu disembunyikan lagi. Pentaksub PAN sepatutnya membelek akhbar-akhbar lama. Sejarah tidak pernah berbohong.

Ada baiknya ketika ramai tokoh ternama mulai mendekati PAS, rakan-rakan lama merenungi dengan jiwa terbuka. Masa semakin singkat.

Malam ini sejarah akan mencatat sekali lagi, Gagasan Sejatera yang dibawa PAS mulai menampakkan auranya. Intailah di celah pokok rhu siapa tokoh ternama itu bakal menggegar Fastaqim 2.0. – HARAKAHDAILY 30/9/2017

Fasmlm 2

Fasmlm 3