Fastaqim: Jawapan tak mampu gambar suasana sebenar

Fikrah
Typography

PROGRAM parti kena hadir walau sekarang ni dah ada teknologi live fb.

Aura berada dalam program tak sama dengan orang yang ikuti program depan skrin di atas katil. Kecuali kalau ada halangan yang tak dapat dielakkan, ikutilah perjalanan program parti melalui alam maya. Ia lebih baik dari terlepas terus. Kena pergi masjid untuk solat berjemaah walau sekarang dah ada siaran langsung solat dari masjid.

Kecanggihan teknologi boleh membantu dan memudahkan tapi jangan membentuk sikap ambil mudah dalam kalangan kita pendukung gerakan Islam. Memudah dengan sikap ambil mudah tak sama dan tak serupa.

Soalan seperti "lagu mana keadaan di tapak Fastaqim sekarang?" boleh kita jawab tapi jawapan tetap tak mampu menggambarkan suasana sebenar yang mampu mengetuk serta menyentuh hati para hadirin yang berada bersama di lokasi.

Teknologi boleh mendekatkan yang jauh. Tapi yang dekat jangan pula buat-buat jauh. Malu kalau kawan-kawan sekitar Terengganu hanya tanya khabar kot WhatsApp saja sedangkan ada sahabat yang naik motor Honda EX5 mari dari Pulau PInang.

Lepas program jumpa dengan kita sambil malu-malu mengaku, "rugi ambo dok gi program Fastaqim." Nak wat guane. Program sebegini entah bila akan berulang lagi.

Dr Azman Ibrahim
2 Oktober 2017 – HARAKAHDAILY 2/10/2017