MASALAH urus tadbir; Islam menyediakan model model pentadbir di dalam al Quran, seperti Nabi Yusuf A.S (contoh terdapat dalam Surah Yusuf) dan Nabi Sulaiman A.S. Begitu juga model kepimpinan Rasulullah S.A.W dan Khulafa ar-Rasyidin. Cadangan rujukan kitab seperti Ahkam Sultaniah dan Siyasah Syariyyah.

Masalah Pendidikan, Islam menyediakan sistem pendidikan Islam (contoh ayat kedua Surah al Jumu'ah) dan juga pentarbiahan di zaman Rasulullah S.A.W sebagai model rujukan (era Makkiyyah dan Madaniah). Pembiayaan kos pendidikan pula, Islam menawarkan konsep waqaf.

Masalah ekonomi, Islam menyediakan penyelesaian melalui sistem zakat, waqaf dan sistem cukai yang tidak menzalimi. Islam mengharamkan monopoli, rasuah, larangan membazir dan cukai yang dikenakan kepada semua orang. Huraian tambahan dimuatkan dalam bahagian muamalat dalam kitab fekah.

Masalah kesihatan, Islam menyediakan kaedah kaedah perubatan melalui Sunnah Nabi S.A.W, kaedah-kaedah umum iaitu pencegahan lebih baik daripada mengubati atau kaedah kemudaratan itu dihapuskan.

Masalah keselamatan, Islam menyediakan undang undang jenayah (seperti hudud, takzir, qisas) dan juga sistem hisbah (penguatkuasaan). Islam juga menyediakan model Rasulullah S.A.W dalam memelihara keselamatan negara seperti sistem kerahsiaan (peristiwa Hatib bin Abi Baltaah)

Masalah Pertanian, Islam menyediakan konsep pertanian cara Islam, antaranya konsep membuka tanah, dan memperkasakan pengeluaran tempatan (mengurangkan import). Pertanian juga dikenakan zakat bagi mewujudkan keseimbangan.

Masalah sosiobudaya, Islam menyediakan cara komunikasi yang baik sesama masyarakat seperti Surah al-Hujurat ayat 13 dan lain lain. Kehidupan Rasulullah S.A.W bersama kepelbagaian masyarakat di Madinah juga dijadikan model rujukan penting.

Masalah alam sekitar, Islam menyediakan kaedah yang rapi dalam menguruskan aset negara (tanah) bagi memastikan ekosistem dipelihara. Antaranya Surah al-Araf 56 mengikut Tafsiran ad-Dhohhak iaitu tidak menebang pokok sembarangan dan juga gangguan air.

Masalah prasarana, Islam menyediakan penyelesaian dari sudut meletakkan keutamaan terhadap kemudahan semua, bukan kesenangan individu, bersumberkan hasil negeri atau negara. Selain itu Islam menawarkan konsep waqaf prasarana, dan juga mengharuskan duit kotor dialirkan untuk pembuatan longkang, jalan raya dan tandas.

Kesimpulan

Islam menyediakan tawaran dan penyelesaian yang menyeluruh dalam segenap aspek masalah yang ada di dunia. Tulisan ini terlalu ringkas untuk menghuraikan kesemuanya. Di sana banyak lagi penyelesaian penyelesaian yang terperinci, yang disediakan di dalam al Quran, hadis Nabi S.A.W dan juga model-model para ulama selepas itu.

Disebabkan itulah, PAS yang bergerak di atas dasar Islam memperkenalkan WINS51 dan juga Dokumen Hijau secara terbuka untuk diteliti dan dikaji oleh sesiapa pun, termasuk kerajaan yang sedang memerintah hari ini.-HARAKAHDAILY 8/2/2018

Islam memimpin umat

Kejayaan Baginda S.A.W membawa mesej Islam ke bumi Madinah tidak terhenti setakat ditikar solat, bahkan Baginda menterjemahkannya ke dalam masyarakat melalui sistem pemerintahan Islam yang menawarkan keadilan sosial buat semua penduduk. Sebab itu Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sering menegaskan, Islam ini bukan diterjemahkan mengikut fahaman Barat iaitu religion, (agama yang sempit pemahamannya) tetapi ia adalah suatu cara hidup yang meliputi segenap aspek.

Untuk membentuk kesepakatan sebuah negara yang unggul, Baginda S.A.W memperkenalkan perjanjian yang melibatkan semua pihak, Muhajirin dan Ansar dari kalangan umat Islam, qabilah Bani Nadhir, Qainuqa' dan Quraizah yang mewakili masyarakat bukan Islam (Yahudi) bahkan golongan Munafiq juga turut dibenarkan menyertainya. Persefahaman ini dipanggil Piagam Madinah yang kita sebut pada hari ini sebagai Perlembagaan.

Asas utama bagi piagam ini berdasarkan frasa perjanjian: 

- وانه ما كان من بين هذه اهل الصحيفة من حدث او استجار يخاب فساده فمرده الى الله والى رسول الله.

"Dan apa-apa perkara yang menjadi pertelingkahan di kalangan mereka yang terlibat dengan perjanjian ini sama ada daripada orang Islam ataupun bukan Islam, yang dibimbangi merosakkannya, hendaklah dikembalikan kepada Allah ( Al Quran) dan kepada Nabi S.A.W (Hadith)."

Ini menunjukkan asas utama bagi sebuah Negara Islam adalah meletakkan Al Quran dan Hadith sebagai rujukan utamanya. Apa-apa yang bercanggah dengan keduanya dikira terbatal, sama ada di pihak pemutus ataupun pelaksana.

Jaminan keadilan sosial

Tidak disangkal lagi bahawa dasar keadilan sosial adalah asas tertegaknya negara Islam. Berikut disebutkan beberapa prinsip kandungan piagam yang membela dan memberikan keluasan untuk orang bukan Islam.

Prinsip kelapan: Orang bukan Islam mempunyai hak dalam agama dan harta mereka. Mereka tidak boleh dipaksa memeluk agama Islam dan harta mereka tidak boleh dirampas.

Prinsip kedua belas: Kerajaan mestilah membantu orang bukan Islam yang dizalimi sebagaimana kerajaan melindungi orang Islam yang diganggu.

Prinsip keempat belas: Sekiranya kemaslahatan umat terletak pada kedamaian, semua rakyat wajib menerima perdamaian samada Islam mahupun bukan Islam.

Prinsip kelima belas: Seseorang tidak dihukum dengan sebab dosa atau kesalahan orang lain. Seorang penjenayah sebenarnya melakukan jenayah terhadap diri dan keluarganya sendiri.

Prinsip keenam belas: Kebebasan bergerak dalam negara dan kebebasan untuk keluar negara adalah terpelihara di bawah perlindungan negara.

Prinsip kelapan belas: Masyarakat ditegakkan diatas dasar kerjasama dalam kebajikan dan takwa, bukan dalam perbuatan dosa dan permusuhan.

Kesemua prinsip ini dipelihara dengan dua kekuatan iaitu kekuatan spiritual (pengawasan Allah) dan kekuatan material (keadilan, kerjasama, kebenaran, kebajikan)

Kebimbangan tiada asas

Daripada prinsip di atas sangat jelas bahawa tidak ada satu sebab pun orang bukan Islam perlu bimbang mereka ditindas mahupun di zalimi. Bahkan inilah sistem keadilan sosial tidak ada tandingnya yang wajar diterima oleh bukan Islam berbanding sistem pada hari ini.

Allah berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."
(al-Mā'idah: 8)

Prinsip-prinsip ini amat bertepatan dan seiring dengan perkembangan pemikiran manusia berkenaan dengan definisi sebuah negara. Untuk menaungi seluruh manusia boleh dikatakan inilah prinsip yang paling sempurna, kerana Madinah bukan hanya diduduki oleh umat Islam, bahkan ia model kerajaan masyarakat majmuk yang amat berjaya.

Sebab itu kebimbangan yang timbul, bukan kerana Islam tidak mampu memerintah, tetapi jarum Islamophobia yang keterlaluan dan kebencian untuk melihat Islam dipratikkan secara menyeluruh.

Andai hari ini PAS dengan kesungguhannya mahu mengulangi keunggulan piagam Madinah di Malaysia, ia wajar disambut orang bukan Islam dengan lapang dada. Sudah tiba masanya sistem yang 'baru' mentadbir bumi Malaysia. Tanah air kita semakin tenat, bukan semata-mata diperintah oleh individu yang rosak, bahkan sistemnya juga adalah sistem yang gagal. Fitrah manusia mestilah kembali pada yang menciptakannya, bermaksud bersedia untuk mengikut aturan Tuhan.

"Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah"."

(az-Zumar: 38)

Lalu, bagaimana untuk mengembalikan keberkatan di bumi?

"Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan."
(al-'A`rāf: 96)

Rujukan:
* Durus Wa Ibar min Sirah Nabawiyah Mustafa Sibaie
* Kuliah Tuan Guru Hj Hadi Piagam Madinah

MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN
7 Februari 2018
-HARAKAHDAILY 7/2/2018

PADA makan selesai Fastaqim 2.0 Selangor di Shah Alam 21 Januari, saya duduk semeja sebelah Sehak. Di sebelahnya Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Selalunya bila Tuan Guru Abdul Hadi hadir di majlis parti di Selangor Sehak ada sama.

Masa makan itu kami tidak bercakap politik, tapi bercakap tentang masa muda semasa bujang dulu.

Seminggu kemudian Sehak mengumumkan dia akan tolong PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-14 di Selangor tapi tidak masuk PAS.

Itulah Tan Sri Khalid Ibrahim, bekas Menteri Besar pertama Pakatan Selangor yang masa muda saya mengenalinya Sehak. Ayahnya Haji Ibrahim, pesara polis, bondanya, neneknya, kakaknya membahasakan Khalid itu Sehak dengan saya.

Saya tahu dia Khalid bila dia kahwin dan saya jadi pengapitnya. Selepas kakaknya wartawan Siti Zaharah mati awal 1970-an kami putus hubungan. Bertemu semula dengannya bila dia masuk PKR.

Saya tanya macam mana dia masuk politik? Dia tidak minat politik. Diapun tidak tahu macam mana boleh jadi PKR. Kira-kira katanya jika dia hendak berpolitik, dia masuk PAS.

Agaknya semasa dia dalam PKR dan jadi Menteri Besar, dia tidak berpolitik sangat. Agaknya jika dia berpolitik, dia ikut saja apa yang partinya mahu, dia selamat. Macam Dato' Seri Shahidan Kassim. Apa saja yang Dato' Seri (Tun) Dr Mahathir Mohamad kata dulu, dia ikut saja. Dan sekarang, apa yang Mahathir kata dia tidak ikut lagi. Dia ikut apa saja yang Dato' Seri Mohd Najib Razak kata.

Sekarang Khalid Ibrahim belum mahu berpolitik lagi. Agaknya cukuplah denan pengalaman singkatnya dalam politik dengan PKR dulu. Mungkin payahnya dengan pengalaman yang singkat itu jauh lebih payah dari kepayahan sepanjang dalam PNB dulu.

Tetapi dipercayai dia suka PAS. Kalau dia masuk PAS dia berpolitik lagi. Maka dia putuskan setakat ini tidak masuk PAS, sebaliknya dia hendak menolong PAS. Dia suka PAS menang dan hendak melihat PAS menang baik di Selangor mahupun di Persekutuan.

Jika Selangor dapat dikuasai, itulah yang sama disukainya. Bukan justeru hendak memadankan muka Dato' Seri Mohamed Azmin Ali tetapi boleh menolong PAS menyambung kerja-kerja yang tidak selesai dulu.

Sejak bersara dari MB dia selalu bersama dalam majlis PAS dan tidak diketahui dia ada menolong PAS. Dalam PRU nanti, dia berjanji untuk menolong PAS.

Menolong PAS itu samalah seperti menyokong PAS, bahkan menolong itu adalah lebih baik dari menyokong. Penyokong PAS itu adalah pada umumnya kekuatan yang kedua bagi parti itu. Kekuatan peertamanya adalah orang PAS yang menjadi ahlinya. Dan kedua adalah penyokongnya yang tidak menjadi ahlinya.

Penyokong itu memang berperanan. Kadang-kadang ia memberi lebih banyak sumbangan daripada orang PAS sendiri. Selama ini yang merancakkan kempen dan perjuangan PAS antaranya adalah peranan penyokong. Macam-macam kerja yang penyokong buat, kadang-kadang mereka lebih rancak berbanding petugas PAS.

Semasa saya bertanding dengan Mahathir dalam PRU1999 di Kubang Pasu, antara datang menyumbang yang saya tidak kenali adalah seorang dari Kuala Lumpur. Saya tanya dia berkhidmat di mana? Jawabnya di PNB. Jangan-jangan sumbangannya dari Sehak.

Sekalipun Sehak dan Khalid itu adalah orang yang sama, tapi Sehak lebih dekat dengan saya kerana saya adalah 'family friend'nya.
 
Khalid tidak mahu masuk PAS tetapi dia mahu jadi penolong PAS. Penolong adalah ke depan dari penyokong. Penyokong ada sumbangan tetapi tidak semua penyokong memberi sumbangan. Selama ini penyokong banyak memberi sumbangan wang ringgit, tenaga dan semangat. Tapi ada juga penyokong memberi semangat saja.

Semangat dan pandangan adalah sumbangan juga. Mungkin tiada yang lain dapat diberinya. Sebagai penyokong dia tidak beri undinya pada orang lain dan dia pesan pada anak-anak dan adik-beradiknya beri undi pada PAS. 

Akan tetapi Khalid sudah berjanji mahu menolong PAS. Menjadi penolong adalah lebih ke depan daripada menjadi penyokong. Penyokong memberi sumbangan yang besar tetapi penolong memberi lebih besar dalam serba serbi. 

Di luar PAS penyumbang PAS itu penolong, kemudian penyokong, lepas itu atas pagar boleh menyokong dan boleh tidak menyokong. Menyokong bersebab. Jika idak bersebab dia tidak menyokong sebaliknya memberi undi pada orang lain. Atas pagar yang terbaik ialah tidak menentang PAS dan tidak menyokong parti lawan. 

Risiko orang atas pagar atau yang tidak ke mana-mana ini ialah dia menunggu siapa boleh beri lebih banyak kepadanya. Dari kanan dia terima dan dari kiri dia terima.

Sekalipun dia sudah terima dari satu pihak, jika datang tawaran yang lebih baik, dia terima yang lebih baik dan tidak pula pulangkan pemberian yang kurang itu. Dia makan keliling.

Mereka tidak anti-PAS tetapi tidak mengundi PAS kerana PAS tidak dapat beri apa-apa padanya. Mereka adalah sama saja dengan yang menentang PAS atau anti-PAS.

Orang seperti Khalid ini ramai. Dalam musim pilihan raya mereka memenuhi markaz, seusai pilihan raya mereka hilang. Bila ada pilihan raya mereka datang semula. Tetapi ramainya tidak mengumumkan mereka menolong PAS. Yang berani mengaku menolong PAS masa ini ialah Khalid.

Khalid bolehlah dikira rakan kongsi PAS dan sekalipun tidak menjadi ahli PAS tetapi dengan mengumumannya menyokong PAS seolah-olah dia sudah memutuskan hubungannya dengan satu pihak lagi, yang tidak mungkin lagi dapat apa-apa daripada Khalid sekurang-kurangnya dalam pilihan raya yang dekat ini.

Apa pertolongan yang Khalid hendak beri tidak usah ditanya dan dikorek. Apa yang dia beri terima sajalah. Dia bukan seorang saja menjadi rakan PAS. Ramai lagi yang sepertinya tetapi tidak menyatakan sepertinya. Dan dia mungkin menjadi contoh kepada lain-lain yang mahu melihat PAS berjaya dan bergaya dalam pilihan raya.

Dan kita mungkin tidak tahu orang duduk di sebelah kita dan solat di masjid sebelah kita adalah seorang penolong PAS seperti Khalid tetapi tidak menyatakan dirinya.

Khalid dipercayai tidak menolong sekadar PRU ini saja. Dia akan menjadi kawan selepas PRU dan selama-lamanya. Tidak kira PAS berkuasa atau tidak seleps PRU ini. Jika PAS berkuasa, dia akan menjadi penolong yang sedia menunggu untuk apa-apa kerja saja dalam kerajaan pro-Islam. Pertolongannya itu dalam apa bidang jua sedang menunggu.

Dengan imejnya yang baik, orang yang menunggu-nunggu apa dasar ekonomi dan pembangunan PAS setelah berkuasa nanti boleh berpegang kepada ketokohannya dalam ekonomi, pembangunan, kewangan dan lain-lain.

Amerika, Eropah, Jepun, China dan lain-lain telah tahu lama dengan keuppayaannya. Bila dia mengumumkan menolong PAS, maka dia telah memberitahu dunia seluruhnya tentang hala tuju PAS yang berkuasa nanti.

Kuasa PAS nanti tidak rasuah. Tugas awal kuasa PAS nanti ialah unuk menyelesaikan hutang yang bertimbun, skandal yang banyak sebelum dan sesudah Najib. Kerja itu besar. Khalid jadi penolong PAS menangani wilayah yang hampir runtuh ini. -HARAKAHDAILY 7/2/2018

ALLAH SWT memerintahkan Bani Israel pengikut Nabi Musa A.S berjihad membuka Kota Palestin. Taklifan yang jika dilaksanakan, akan meninggikan martabat Bani Israel. Daripada kaum yang ditindas Firaun menjadi kuasa pemerintah Palestin.

Manfaat jihad untuk umat

''Hai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestin) yang telah ditentukan Allah bagimu, dan janganlah kamu lari ke belakang (kerana takut kepada musuh), maka kamu menjadi orang-orang yang merugi.''

Apabila umat Islam diarahkan berjihad, Allah S.W.T menjamin kemenangan jika kita beriman dan bersabar.

Sebaliknya apabila umat ini meninggalkan kewajipan jihad, kita akan menjadi rugi dan terhina.

Kun fayakun

Allah S.W.T boleh memberikan kemenangan secara percuma kepada Bani Israel. Perkara tersebut telah pun berlaku ketika Bani Israel diburu Firaun dan bala tenteranya. Bani Israel selamat menyeberangi laut, sebaliknya Firaun dan khadam-khadamnya tenggelam lemas di tengah lautan.

Tetapi Allah memerintahkan mereka berjihad membuka Palestin. Ketika itu Palestin dikuasai Kerajaan Jabbarin yang besar dan gagah.

Biadap dan ragu janji kemenangan

Pelbagai peristiwa ajaib telah berlaku sebagai pertolongan Allah kepada mereka. Mereka juga menyaksikan pelbagai mukjizat Nabi Musa A.S. 

Akan tetapi, perkara tersebut tidak menambah keimanan dan tawakkal mereka kepada Allah S.W.T. 

Bukan sahaja ingkar terhadap perintah jihad, bahkan mereka menyuruh Nabi Musa A.S sahaja yang berjihad dengan bantuan Allah. Sebaliknya mereka hanya mahu duduk berehat, menunggu kemenangan tersebut berlaku. Seolah-olah menyindir janji kemenangan dan pertolongan Allah.

Istiqamah natijah dari iman

"Berkatalah dua orang di antara orang-orang yang takut (kepada Allah) yang Allah telah memberi nikmat atas keduanya: 'Serbulah mereka dengan melalui pintu gerbang (kota) itu, maka bila kamu memasukinya pasti kamu akan menang. Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal, jika kamu benar-benar orang yang beriman'."

Pengikut Nabi Musa A.S yang istiqamah pada masa tersebut hanyalah dua orang. Bilangan yang sangat sedikit.

Kunci istiqamah mereka bersama perjuangan Nabi Musa A.S adalah iman dan takwa kepada Allah. Untuk membina iman yang kukuh, manusia mesti dididik dengan ilmu dan tarbiyah. Kerana iman tersebut akan berdepan ujian dan godaan yang menggugat keyakinan mereka terhadap Islam.

Kerana degil dan malas berjihad

Berkata Musa: "Ya Tuhanku, aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku. Sebab itu pisahkanlah antara kami dengan orang-orang yang fasik itu." 

Sebagai hukuman ke atas maksiat kedegilan mereka, Allah S.W.T menghukum mereka dengan disesatkan selama empat puluh tahun di padang pasir Sinai.

Dalam tempoh tersebut, wafat Nabi Harun dan Nabi Musa A.S.

Generasi tua yang pengecut juga mati dan digantikan Allah dengan generasi baru dan beriman.

Contohi akhlak Sahabat

Perangai hodoh Bani Israel tersebut dirakamkan di dalam al-Quran supaya menjadi sempadan bagi kita.

Sikap mereka berbeza dengan sahabat Nabi Muhammad S.A.W.

Dalam menghadapi Perang Badar yang serba kekurangan tenaga dan kelengkapan persenjataan, mereka tetap bersama-sama perjuangan Nabi S.A.W

Al-Miqdad berkata, "Wahai Rasulullah, teruskan saja sebagaimana yang diperlihatkan oleh Allah kepada engkau, kami akan tetap bersamamu. Demi Allah, kami tidak akan berkata kepada engkau sebagaimana Bani Israil berkata kepada Musa, tetapi kami katakan: "Pergilah engkau berperang bersama Tuhanmu, kami akan turut berperang bersama." Demi Dzat yang mengutusmu dengan kebenaran, jika engkau berjalan dengan kami ke arah pasukan berpedang, tentu kami akan tetap menyerang dengan pedang bersamamu melawan mereka, sehingga engkau dapat menyampaikan dakwah kepada mereka."

Sa’ad bin Mu’adz pula berkata: “Kami telah beriman kepada engkau dan membenarkan engkau. Kami bersaksi bahwa apa yang engkau bawa adalah benar. Kami berikan kepada engkau janji kami untuk selalu taat kepada engkau. Oleh kerana itu, teruslah wahai Rasulullah dengan apa yang engkau kehendaki, kami akan tetap bersamamu. Demi Zat yang mengutusmu dengan kebenaran, jika engkau bentangkan lautan di hadapan kami, lalu engkau mengharunginya, tentu kami akan turut mengharunginya bersamamu dan tidak satu pun dari kami yang tertinggal. Sesungguhnya kami akan bersabar dalam peperangan dan jujur dalam pertemuan. Semoga Allah memperlihatkan kepada engkau apa-apa yang menggembirakan dari kami."

Di sinilah terletaknya kemuliaan umat Nabi Muhammad S.A.W. "Sanggup pergi ke mana sahaja, kerana kami bukan seperti Bani Israel."

Kejujuran dalam beriman.-HARAKAHDAILY 6/2/2019

Fenomena apologetik PAS
 
Tidak dinafikan suara-suara sinis sentiasa kedengaran sepanjang PAS menggunakan pendekatan matang dan sejahtera (BPMS). BPMS sengaja dipotretkan dalam bingkaian bergabung dengan Umno walaupun acap kali PAS menafikan. Sejak 2014 suara-suara menuduh ada pemimpin PAS cuba membawa parti untuk membentuk pakatan dengan Umno. Sehingga ke tahun 2018, tiada apa yang berlaku tetapi tuduhan terus dimainkan.
 
Kerana hebatnya ratib PAS mahu bergabung dengan Umno, sebahagian orang PAS mula menyalahkan pendekatan BPMS. Mereka jadi takut kalau-kalau dituduh bersama Umno. Sampaikan bila nampak pemimpin PAS berdakap atau minum sekali dengan Umno sudah gelabah. Kalau tak serang Umno, rasa macam bersalah sangat. Bersungguh nak buktikan kita tiada apa-apa dengan Umno!
 
Strategi musuh Islam berjaya
 
Dengan rasa tidak senang itu, sebenarnya kita sudah termakan dakyah musuh. Mereka memang sahaja mahu PAS menjauhi Umno. Mereka mahu kita sentiasa mencemuh dan berbencian dengan Umno. Kerana mereka sangat takut dua parti terbesar ini bekerjasama. Mereka akan habis! Sejak zaman penjajahan, mereka hanya hidup dengan perpecahan orang Islam dan orang Melayu.
 
Pernahkah kalian dengar strategi pecah dan perintah? Sudahkah kalian baca tentang agenda Balkanization? Mereka tak akan suruh umat Islam berlawan. Itu hanya akan buat kita semakin bersatu. Sebaliknya mereka bina kebencian menggunung terhadap satu pihak, supaya kita jijik untuk mendekati.
 
PAS di arena negara
 
PAS memiliki misi yang sangat penting bagi ummah bukan sahaja di peringkat nasional, malah regional dan internasional. Kalau sekadar bergerak sebagai sebuah parti pembangkang, PAS tidak boleh pergi jauh. PAS akan terus kekal sebagai parti kampungan dan kedai kopi. PAS akan berada di takuk 60-an.
 
PAS memiliki wawasan khusus (WINS2051) untuk membina semula negara yang sedang dilanda masalah. PAS punya solusi untuk menangani masalah kos sara hidup dan sistem ekonomi negara yang pincang (Dokumen Hijau). Untuk melaksanakan semua ini, PAS perlukan kuasa yang lebih dari sekadar yang ada pada parti pembangkang.
 
Untuk masuk ke ruang-ruang yang sering didominasi parti pemerintah seperti di dalam komuniti penjawat awam dan rangkaian media arus perdana, PAS perlu mengubah pendekatan. Untuk menerobos ke gelanggang yang belum pernah ditembusi, strategi Blue Ocean perlu diambil. Anjakan paradigma perlu berlaku untuk mengubah kedudukan yang masih di takuk lama.
 
Dengan BPMS yang diperkenalkan, siapa sangka PAS akan diberi penghormatan mengepalai program mega di lubuk penjawat awam, Putrajaya? Siapa sangka presiden parti bukan kerajaan boleh duduk sama tinggi dengan ketua kerajaan Malaysia? Siapa sangka, liputan agenda PAS semakin diulas dengan jujur?
 
Berfikirlah sebagai seorang negarawan. Jangan selama-lamanya rasa diri sebagai pembangkang. Bimbang terkeliru menjadi 'pembangang'.
 
PAS di persada antarabangsa
 
Untuk terlibat dengan lebih berkesan di peringkat internasional, PAS perlu kerjasama dari entiti politik antarabangsa yang rasmi iaitu kerajaan. Seandainya mengambil sikap berpatah arang dengan pemimpin kerajaan, agenda PAS tidak akan ke mana. Sekadar bergerak atas nama NGO atau parti, tidak akan memberi apa-apa kesan. Justeru PAS memerlukan platform kerajaan sebagai wadah.
 
Siapa sangka dengan BPMS, PAS berjaya melobi kerajaan sehingga rekod misi kemanusiaan terbesar di Asia iaitu Food Flotilla For Myanmar berjaya dibuat? Siapa sangka hasil desakan persidangan tergempar Negara Asean yang diuruskan oleh proksi PAS berjaya menghentikan misi ketenteraan Myanmar di Arakan?
 
Berfikirlah untuk jaga ummah. Jangan sekadar fikir nak jaga hati seorang dua di sekeliling sahaja.
 
Dunia perlukan PAS
 
Peranan PAS di peringkat regional dan global sangat diperlukan. Disaat orang arab yang dikagumi dunia Islam sudah tidak mampu mengawal nasib diri mereka, umat Islam mula menoleh kepada Presiden PAS. Dahulu semasa Arab Spring, Presiden PAS sendirian menegur Arab agar berhati-hati dengan kebangkitan yang tidak terkawal ini. Tetapi Arab yang ego dengan kedudukan mereka menolak mentah nasihat ajam. Akhirnya dihanyutkan dengan Arab Spring yang dicipta musuh.
 
Sudah terhantuk, baru mereka teringat akan nasihat Presiden PAS dahulu. Kerana itu kini beliau sering dikunjungi berbagai pihak antarabangsa meminta nasihat dan bimbingan. Keadaan dirinya tidak mengizinkan untuk bergerak jauh seperti dahulu, menyebabkan pemimpin masyarakat dan entiti Islam bukan sahaja Arab, tetapi dari serata benua sanggup terbang ke Malaysia.
 
PAS sudah terlibat menangani konflik umat sejak Perang Teluk Pertama lagi. Kini Tuan Guru Ayah Chik sahaja yang masih tinggal dalam PAS di kalangan generasinya. Beliau juga antara yang paling senior di barisan pemimpin gerakan Islam serata dunia. Maka tidak hairanlah, beliau dipilih sebagai satu-satunya ajam berada di barisan tertinggi Kesatuan Ulama Islam Sedunia. Masyarakat Islam nusantara ini turut menumpang bangga dengan wakil rumpun mereka di peringkat global itu.
 
BPMS di landasan yang tepat
 
Jadi usah terlalu defensif mempertahankan diri bila diserang konon PAS sudah bergabung Umno. Jangan bersikap apologetik sehingga hilang keyakinan terhadap jalan yang sedang PAS usahakan. Jangan terlalu paranoid untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam hal yang memberi manfaat buat masyarakat. Jangan bimbang untuk menampakkan diri mesra kerajaan, kerana kita ada prospek tersendiri yang ingin disasarkan.
 
Kita sudah jauh di depan dengan BPMS. Pedulikan sahaja suara-suara sumbang yang sengaja mahu melihat PAS tidak pergi jauh. Suara-suara itu sebenarnya hanya 2 peratus dari rakyat Malaysia. Kebanyakan mereka diupah dan diarah untuk membentuk suasana sedemikian. Mereka pandai manipulasi media sosial, menampakkan diri kononnya mewakili gerakan massa.
 
Tidak perlu takut kepada persepsi yang dibuat-buat. Kalau apa yang kita buat adalah benar dan memberi manfaat untuk ummah, untuk apa mengelak? Perlu yakin bahawa politik damai dan diplomasi ini amat sesuai dengan jiwa lembut orang Melayu dan tingkah santun rakyat Malaysia. Politik berasaskan fakta bukan persepsi adalah dambaan golongan intelek. Politik rasional dan profesional adalah keterujaan buat masyarakat moden.
 
✳ Menilai persepsi yang dicanang PH
 
Persepsi yang mereka bawa tidak mesti betul. Bahkan sudah banyak yang menyimpang. Dulu mereka menyalahkan PAS sebagai punca perpecahan. Sampai ada kalangan kita yang bersikap apologetik masih mahu menyambung hubungan yang telah terputus secara hukum. Takut digelar macam-macam. Tapi hakikatnya tanpa PAS, mereka terus berantakan. Di Selangor, PKR gaduh dengan PAN. Di Terengganu, PAN gaduh dengan PPBM. Di Negeri Sembilan, PPBM lawan pembahagian PH. DAP juga bertepuk tangan. Siapa sebenarnya punca perpecahan?
 
Dulu PAS mereka gambarkan Mahathir bakal bawa 'impak maksima' untuk PH. Ada orang kita terpesona dengan nista tersebut, sampai cuha heret PAS untuk bersekongkol. Tapi hakikatnya, pengundi Cina mula menjauhi diri dari PH. Ada yang mencetuskan kempen "UndiRosak". Sekarang merebak kepada SAMM pula. PSM bertekad untuk lawan PH dalam PRU14 kali ini.
 
Sudah-sudahlah percaya persepsi yang jauh dari realiti. Jangan beralasan konon persepsi harus diurus dengan baik. Sebenarnya apa yang kita namakan persepsi itu tidak wujud pun! Tertipu dengan bayang-bayang sendiri.
 
BPMS politik Sunnah
 
Teruskan dengan BPMS. BPMS adalah politik sunnah. Politik berlandaskan  syarak. Pilih jalan untuk menuju redha tuhan walau zahirnya manusia tampak memurkai. Bila Allah redha, lambat laun manusia juga akan redha. Sabda Rasulullah S.A.W:
 
مَنِ الْتَمَسَ رِضَى اللَّهِ بِسَخَطِ النَّاسِ ، رَضِيَ الله عَنْهُ ، وَأَرْضَى النَّاسَ عَنْهُ ، وَمَنِ الْتَمَسَ رِضَا النَّاسِ بِسَخَطِ اللَّهِ ، سَخَطَ اللَّهُ عَلَيْهِ ، وَأَسْخَطَ عليه الناس
"Barangsiapa mencari redha Allah dengan menanggung kemurkaan manusia, maka Allah meredhainya dan manusia akhirnya akan redha kepadanya.
Barangsiapa pula yang mencari keredhaan manusia dengan menanggung kemurkaan Allah, maka Allah memurkainya, dan manusia kelak akan memurkainya jua."
[HR Ibn Hibban]
 
Sepatutnya orang kata kita nak bergabung dengan Umno. Jawab balik dengan tenang kepada mereka, "Kalau ya, apa salahnya? Jika ini memberi kesan positif untuk ummah?"
 
Kalau tak jawab lagi bagus. Diam dan terus melangkah. Bukan semua benda boleh dijawab dengan lisan dan tulisan.
 
Biarkan sahaja. mereka meroyan. Sebarkan kebaikan. Lambat laun orang akan nampak peranan PAS yang sebenar.
 
17 Jumadal Ula 1439
3 Februari 2018
 
ALANG IBN SHUKRIMUN - HARAKAHDAILY 3/2/2018
 

AMAT hebat dan tepat pukulan Datuk Husam Musa ke batang hidung Perdana Menteri Najib yang membangkitkan betapa gaji kaki tangan Kerajaan Kelantan bergantung atas bantuan Kerajaan Persekutuan.

Husam bukan lagi sebahagian dari Kerajaan Kelantan, bahkan bukan lagi parti yang memerintah Kelantan iaitu PAS, atas sifatsnya rakyat Kelantan tidak dapat membiarkan apabila Kelantan ditempelak oleh Perdana Menteri Najib sedemikan.

Kerajaan Pusat yang tanggungjawabnya di bawah konsep persekutuan/federalisma, memayungi negeri dan kerajaan negeri termasuk Kelantan wajar menampung sebarang kekurangan yang terdapat di negeri-negeri.

Tanggungjawab dan beban Kerajaan Pusat itu bukanlah atas permintaan Kelantan, tetapi Kerajaan Pusat sendiri ketika menandatangani perjanjiian memasukkan Kelantan dalam gagasan persekutuan bersetuju untuk menerima tanggungjawab melindungi negeri-nengeri dan kerajaan yang bersekutu dengannya.

Dan jika Kerajaan Pusat berhalangan untuk memikul tanggungjawab itu, maka ia boleh keluarkan Kelantan dari Malaysia atau pada pembentukan Kerajaan Persekutuan dulu, ia boleh tolak Kelantan menyertainya.

Apabila seorang anak jantan bersedia kahwin dengan mana-mana anak dara, maka dia mesti bersedia menanggung nafkah lahir dan batin isterinya. Tidak sekadar nikah tetapi nafkahnya tangungjawab bapa dan ibu mertua. Jika Kerajaan Pusat hendak menjadi bapa yang memayungi Kelanan, maka ia jangan takwil kekurangan yang ada di Kelantan.

Husam telah ajar Perdana Menteri Najib dalam facebooknya atas tempelak Najib itu sekalipun Najib bergurau. Husam telah beri jawapan yang tepat seperti yang PAS patut buat. Jika PAS beri reaksi atas kenyataan tidak senonoh PM itu memang PAS dan Kerajaan Kelantan wajar nyatakan reaksinya. Dan Husam telah ambil peranan yang tepat dan hebat pukul batang hidung Perdana Menteri.

Tempelak Najib itu menghina kedaulatan Kelantan dan rakyatnya, yang Husam dipercayai sebagai rakyat tersinggung. Bukan rakyat yang bersama PAS dan Husam saja rasa tersinggung, Datuk Mustafa Mohamad yang hendak sangat jadi Menteri Besar Kelantan selepas PRU14 ini juga patut terhina dengan ungkit Najib itu.

Jika Mustapa ada rasa bangga sebagai rakyat Kelantan, dia patut jawab seperti yang Husam buat jika dia bukan seorang yang tidak pemalu.

Pada saya Husam buat sepatutnya dan PAS patut suka dengan apa yang dia kata itu. Sepatutnya Husam tidak perlu keluarkan dirinya dari PAS dalam politik di negeri itu.

Dia adalah antara orang berfikiran bergeliga pernah ada dalam PAS tetapi dia memilih jalan untuk tidak bersama PAS, suatu kejadian yang saya amat pilu.

Dan agak saya reaksi Husam sedemikian sebagai usahanya supaya PAS tidak campur BN dalam PRU nanti. Dan yang bimbangkan PAS hendak bersama BN/Umno itu satu sangkaan.

Adapun gaji kaki tangan kerajaan Kelantan itu dipercayai boleh Kerajaan Kelantan tangani jika Kerajaan Pusat tidak curi royalti petrol dan gas yang Petronas kendali. Jika pusat tidak amalkan pencurian, Kelantan mungkin sudah lama berdikari.

Bahkan Najib telah gunakan sebahagian dari hasil yang dicukai dari Kelantan dan royaltinya untuk tampung sebahagian dari keperluan Kerajaan Pusat.

Jika Pusat tidak mahu ambil lagi tanggungjawab atas Kelantan, merdekakan ia seperti ia pernah memerdekakan Singapura, dan dengan minyak diperairannya, biar Kelantan sendiri terokai.

Dan yang bongkar Pusat curi minyak Kelantan itu adalah Husam juga. Yang elok padanya wajar dihargai. Dia suruh PAS keluarkan dia, yang tidak eloknya.

SAYA ingin ajak kepada semua Muslim, warganegara Malaysia khususnya dari apa jua latarbelakang anda untuk berdaftar sebagai pengundi. Ia bukan sahaja tanggungjawab setiap rakyat, tapi juga kewajipan setiap Muslim.

Kenapa saya berkata begitu? Kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi dalam menentukan pemimpin negara. Di tangan pemimpin terletaknya keputusan untuk melakukan apa sahaja terhadap negara ini sama ada yang halal atau yang haram. Demokrasi memberi hak kepada setiap rakyat memilih pemimpin yang mereka mahu. Caranya ialah mengundi pada pilihan raya.

Benar. Demokrasi adalah ciptaan Barat (walaupun ideanya diambil dari Tamadun Islam). Kita tidak sekali-kali beriman bahawa demokrasi adalah sistem Islam. Namun sekiranya kita umat Islam mengambil langkah boikot demokrasi dan boikot pilihan raya, ia akan didominasi oleh pihak lain dalam negara ini.

Sedarlah negara kita hanya memiliki sekitar 60 peratus Muslim. Bermakna non-Muslim 40 peratus. Jika kita boikot, mungkin peratus Muslim akan berkurang hingga ke 30-20 peratus. Sedangkan penganut agama lain komited berdaftar sebagai pengundi. Tidak mustahil dengan kelekaan mengundi ini menyebabkan pemimpin negara akan datang adalah pilihan orang bukan Islam.

Justeru saya mohon mana-mana jemaah Islam yang menolak demokrasi dan memboikot pilihan raya supaya berfikir dua kali. Kalaupun berpendapat demokrasi ini haram dan tidak syar'ie, fikirkan semula ia sebagai darurat yang diharuskan kerana menolak mafsadah yang sangat besar; bimbang negara jatuh ke tangan musuh Islam.

Walaupun ada pengalaman lepas menunjukkan demokrasi tidak memberikan kemenangan kepada Islam, tetapi sekurangnya kita berusaha. Jadikan faktor-faktor penggulingan FIS di Algeria dan IM di Mesir sebagai panduan untuk kita berjaga-jaga.

Kepada jemaah-jemaah Islam lain. Jalankanlah operasi jemaah anda seperti biasa. Kami tidak menghalang. Bahkan dalam perkara yang baik dan tidak bercanggah, pasti kami sokong. Cuma minta sedikit kompromi, benarkanlah ahli anda mengundi. Mintalah mereka berdaftar.

Urusan melantik pemimpin bukan sekadar urusan dunia. Ia bakal dipersoal di hari akhirat kelak. Jika ditakdirkan dengan sebab kita tidak mengundi, maka kemenangan berpihak kepada musuh Islam, lalu dasar-dasar negara yang menjamin urusan agama ini dihapuskan olehnya, maka menjawablah kita di hadapan Allah nanti. Sesungguhnya tiada satu pun perkara yang akan terlepas dari hisab Allah walau sebesar zarah.

Allah berfirman kepada semua orang beriman:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang layak menerimanya)."
[An-Nisa:58]

Wajib menjalankan perintah tuhan melantik pemimpin yang akan menggalas amanah kepada yang benar-benar layak. Jika wajib, maka apa hukum meninggalkannya? Apakah amanah terbesar selain dari kuasa pemerintahan.

Yang mahu meneruskan agenda dakwah fardi, teruskan. Ia amat baik sekali. Yang berjuang menegakkan khilafah, teruskan. Kami juga berkongsi cita-cita yang sama. Yang mengambil pendekatan zikir dan pembersihan jiwa, tafaddol. Anda memiliki peranan tersendiri. Namun tolonglah hanya untuk sekali seumur hidup berdaftar sebagai pengundi dan sekali untuk setiap 4-5 tahun untuk keluar mengundi. Kerja-kerja politik selain itu serahkan sahaja pada kami.

Menolak politik dan pemerintahan bakal menyebabkan agama kita makin lemah. Sabda Rasulullah S.A.W:

لتنقضن عرى الإسلام عروة عروة، فكلما انتقضت عروة تشبث الناس بالتي تليها، فأولهن نقضاً الحكم، وآخرهن الصلاة
"Akan terurai sedikit demi sedikit ikatan Islam. Setiapkali terungkai, manusia akan berpaut pada ikatan yang seterusnya. Maka perkara pertama yang akan terurai adalah pemerintahan, dan yang terakhir adalah sembahyang."
(HR Ahmad)

Saya merayu.

ALANG IBN SHUKRIMUN
-HARAKAHDAILY 2/2/2018

PELUANG PAS untuk meraih sokongan yang disasarkan semakin cerah setelah faktor penolakan terhadap Mahathir semakin kuat di dalam PH. Kalangan yang terpengaruh dengan kempen "UndiRosak" antara prospek penting yang perlu didekati bagi menawarkan mereka alternatif PAS. Ramai mereka adalah anak muda. Tidak terbelenggu dengan kepentingan yang banyak. Mudah menerima jika dijelaskan dengan baik.
 
Kerajaan yang ada pula semakin dilihat lemah untuk mempertahankan agama sendiri. Keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes pengislaman keluarga berbangsa India semakin menyerlahkan kelemahan tersebut. Bakal menyebabkan pengundi Umno sebelum ini yang masih pedulikan agama, beralih kepada PAS. mereka sebelum ini tidak memilih PAS kerana bersama DAP yang dilihat sangat anti-Islam.
 
Negara kita majoriti Islam dan kesedaran Islam semakin tinggi. Kebencian dan ancaman terhadap Islam pula di peringkat antarabangsa pula semakin meningkat. Menyebabkan orang yang berjiwa luhur semakin peduli dengan nasib agama. Sesiapa yang dilihat menjuarai umat Islam bakal menjadi pilihan. Sesiapa yang dilihat mengancam Islam pula akan ditolak.
 
Kini PAS tidak perlu lagi banyak menyerang pihak itu dan pihak ini. BN sudah terlalu banyak serang PH. PH juga sudah buat kerja menyerang BN. Serang menyerang memang prinsip mereka berpolitik sejak dulu. Biarkan mereka menyerang sesama sendiri. 
 
Peluang begini bukan selalu datang. Perlu pandai manfaatkan keadaan. Politik perlu bersifat oportunisitik dalam kerangka yang tidak bercanggah dengan syarak. Pertembungan lebih dari dua penjuru banyak juga manfaatnya. Antaranya menjimatkan tenaga kita. Memberi ruang untuk kita fokus agenda yang lebih penting untuk rakyat dan negara.
 
Ayuh fokus kepada menerang agenda dan produk yang ada kepada rakyat. Olah WINS, Dokumen Hijau, Kerajaan Teknokrat dan manifesto dengan pelbagai bentuk kreatif agar dapat sampai ke semua pihak daripada kalangan urban di kota metropolitan, hingga ke rural di hulu desa. Jelaskan apa itu King-Maker dan BPMS dengan berbagai medium supaya difahami berbagai peringkat umur.
 
Biarkan BN dan PH main peranan meruntuhkan sesama mereka. Biar kita fokus untuk membina semula atas tapak runtuhan mereka. Dengan solusi ajaran Islam.
 
Biarkan mereka kekal dengan politik kebencian. Biar kita bawa masyarakat ke arah politik yang matang. Dengan politik ajaran Islam.
 
15 Jumadal Ula 1439
1 Februari 2018
 
ALANG IBN SHUKRIMUN - HARAKAHDAILY 1/2/2018

PADA detik ulangtahun pemergian Tuan Guru Dato' Harun Taib 25 Januari ini, terbayang-bayang kenangan berada di bawah pimpinan beliau. Bukan mengenang sosok tubuhnya, tapi mengenang 1001 mutiara dari pemikiran dan tindakannya yang belum sempat diwarisi, namun telah pergi bersama jasadnya buat selamanya.

Tuan Guru Harun Taib adalah arkitek tarbiyah yang sangat berjasa. Beliau sangat tegas dari sudut pemikiran dan akidah perjuangan. Panduannya kejap bersama al-Quran dan Sunnah, mendahului semua pandangan manusia.

Dengan dua sumber nas ini, beliau membina kader-kader Islam. Bukan sekadar bergimik dan beretorik, tidak memerlukan pelancaran demi pelancaran, bergerak secara low profil tanpa liputan dan populariti, tetapi gigih tanpa erti penat letih.

Arena mahasiswa seringkali menjadi sasaran pertembungan fikrah. Yang tidak bergelumang dengan dunia mahasiswa, atau tidak terlibat dengan organisasi pelajar mungkin tidak merasai, tetapi bagi yang berkecimpung, tentu mengetahui bagaimana teruknya pertembungan antara jemaah-jemaah atas nama Islam.

Mendakwa Islam, tetapi berusaha menjatuhkan antara satu sama lain. Berebut kader, mencipta tuduhan, hi-jack program, sehingga ke tahap membunuh karektor, semuanya pernah berlaku di alam siswa.

Di sinilah letaknya kepakaran Tuan Guru Harun Taib. Beliau boleh dianggap pahlawan dalam mempertahankan PAS dari dirosakkan fikrah yang bertentangan. Sejak pulang dari Mesir, universiti dan kampus-kampus menjadi rumah kedua beliau. Berulang alik ke Jordan, Mesir, UK, Amerika, dan di mana sahaja pusat pengajian pelajar Malaysia adalah menjadi rutin beliau. Membawa mesej perjuangan dan vaksin mujarab bagi menangkis kecelaruan fikrah.

Oleh kerana PAS adalah gerakan paling berpengaruh di tanahair, memiliki ahli dan penyokong melebihi angka juta kini, maka ia menjadi sasaran utama semua jemaah lain sejak dahulu untuk menumpang kelebihan yang ada.

Sukar untuk dicerita, kerana yang tidak faham pasti menyangka PAS tidak meraikan kepelbagaian. Namun padah apabila terlalu merai adalah episod-episod krisis jemaah yang baru sahaja berakhir pasca muktamar lepas.

Tuan Guru Harun Taib adalah orang yang tegas menentang kemasukan Saari Sungib ke dalam PAS. Namun mengalah dengan keputusan majoriti yang bersangka baik. Pandangan beliau dianggap kolot pada waktunya, tetapi lama selepas pemergiannya, dan Saari menjadi duri dalam daging mengucar-kacirkan PAS dari dalam, barulah orang mula kenangkan apa yang dikata al-marhum.

Walaupun orang menganggap cara Tuan Guru Harun Taib terlalu rigid, tetapi rigid itulah yang melahirkan maestro dakwah, siasah dan dakwah seantero Malaysia hari ini, yang membawa PAS ke tahap terbaik kini sejak ia ditubuhkan. Dalam isu perkaderan, beliau langsung tidak berkompromi denga Abim, Jim, IRC, Ikram atau mana-mana jemaah sekalipun hatta yang mendakwa sebagai Ikhwanul Muslimin.

Saya masih menyimpan rapi pesanan al-marhum ketika berusrah dengannya di hujung usia beliau:

"PAS bukan Ikhwanul Muslimin. PAS bukan PKS. PAS bukan Hamas. PAS adalah PAS"

Kini, rigid itu kembali dirindu. Entah siapa yang boleh mewarisi wataknya sekarang. Isu mahasiswa dan perkaderan tidak pernah habis. Pertembungan fikrah Islam juga terus berlaku. Namun hero itu telahpun pergi.

Kini, atas nama BPMS yang disalah erti, pertembungan itu seolah dihalalkan dan diraikan hingga ke peringkat yang tidak sepatutnya. Keaslian perjuangan Islam ditabrak dengan kekaguman terhadap tokoh-tokoh penghafal kitab tertentu, yang tidak pernah kenal apa itu perjuangan Islam.

Pada tarikh penuh nostalgia ini, cuma satu yang diharap hati. Semoga lahir ramai lagi jelmaan Harun Taib. Jemaah ini semakin kehausan sentuhannya. -HARAKAHDAILY 1/2/2018

KETIKA Bani Israel berada di bawah kezaliman Firaun, mereka masih boleh bertahan dengan ujian itu. Lalu Allah S.W.T beri kemenangan kepada mereka dengan menyelamatkan mereka dalam peristiwa terbelahnya laut.
 
Peristiwa ini jelas berlaku depan mata mereka menjadi bukti kekuasaan Allah.
 
Ketika Bani Israel berjalan di padang pasir yang tandus, tiada sebarang makanan, mereka masih boleh bertahan dengan ujian itu.
 
Lalu Allah S.W.T beri kemenangan kepada mereka dengan turunnya makanan daripada syurga.
 
Peristiwa ini jelas berlaku depan mata mereka menjadi bukti kekuasaan Allah.
 
Ketika Bani Israel sampai di kaki Bukit Sinai, Nabi Musa A.S. minta mereka tunggu sementara Nabi Musa naik menghadap Allah selama sebulan, menunggu arahan seterusnya. 
 
Apabila diminta untuk bertahan dengan kemenangan yang tertangguh ini, Bani Israel mula tidak tahan dengan ujian ini.
 
Apabila Allah S.W.T tangguhkan kemenangan ini selama 10 hari tambahan (menjadi 40 hari), muncullah munafiq dalam kelompok itu. 
 
Mereka tidak mampu menahan ujian ditangguhkan kemenangan, dan akhirnya pada hari ke 40 mereka sudah pun terpesong dari prinsip perjuangan apabila menyembah patung anak lembu.
 
Muhasabah, ramai orang yang mampu bertahan dengan ujian kezaliman, kepayahan dan kelaparan. 
 
Namun, tidak ramai yang mampu bertahan dengan ujian ditangguhkan kemenangan. Para munafik sekalipun boleh bertahan sepanjang kesusahan, namun apabila kemenangan itu ditangguhkan, mereka pasti kalah dengan ujian itu. -HARAKAHDAILY 31/1/2018

TAHNIAH Malaysia! Satu pendekatan yang baik diambil apabila menjadi tuan rumah kepada persidangan ulama Islam dalam menyelesaikan isu al-Aqsa. Satu pendekatan baharu dan baik untuk masa depan Islam. Sebelum ini, persidangan yang dianjurkan hanyalah di perbatasan pemimpin politik sahaja. Walaubagaimanapun, hasilnya sangat mengecewakan.
 
Ulama sebagai Ulil Amri
 
Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada 'Ulil-Amri' dari kalangan kamu."
 
Menerusi ayat ini, Allah menekankan pihak ketiga yang perlu ditaati adalah Ulil Amri. Namun ketaatan kepada mereka tidak mutlak, tetapi terikat dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Mengenai Ulil Amri, para ulama menafsirkan mereka adalah pengganti peranan Rasul, terdiri dua golongan iaitu Ulama dan Umara. Umara adalah pemimpin politik manakala Ulama adalah pemimpin spiritual. Kedudukan kedua-dua mereka sepatutnya sama tinggi dan bersifat check and balance. Kedua-duanya mesti memimpin umat dengan berpandukan syariat Islam.
 
Umara tidak boleh diharap
 
Hari ini kita melihat kepincangan Umara dalam menyelesaikan isu Palestin. OIC lesu tanpa mampu berbuat apa-apa. Begitu juga Liga Arab. Paling menyedihkan, ketika Riyadh Summit yang diadakan di Saudi tahun lepas bersama 57 pemimpin negara Islam bersama Presiden US Donald Trump, kesemuanya membahaskan masalah umat Islam dari pandangan US iaitu ancaman Iran. Tidak ada satu pun perbahasan mengenai ancaman Zionis Yahudi.
 
Saudi membawa suara US dalam menawarkan wilayah Abu Dis kepada penduduk Palestin sebagai ganti kepada Baitulmaqdis yang akan dijadikan ibu negara Israel. Mesir pula didedahkan ada mencadang Ramallah sebagai ganti Baitulmaqdis. Negara-negara lain walaupun tidak bersetuju, tetapi tidak memiliki apa-apa tindakan politik terhadap Israel. Malah Turki yang mengugut untuk memutuskan hubungan dengan Israel jika Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis milik Israel, kini senyap seribu bahasa.
 
Al-Quds Aulawiyatul 'Asr
 
Umara sudah tidak boleh diharapkan. Kini umat perlu berpaut pada institusi Ulama dalam menguruskan isu Palestin. Ulama juga perlu berperanan pro-aktif dan berani. Mereka mesti meletakkan aulawiyat menyatukan umat dalam isu al-Quds, bukan memecah belahkan dengan isu-isu khilafiah yang tidak berkesudahan.
 
Isu al-Quds adalah isu yang disepakati semua Ulama Islam baik Timur dan Barat. Kerana paksi isu ini adalah al-Quran dan Sunnah. Justeru ia wajar menjadi perkara utama yang ditumpukan oleh semua Ulama tanpa mengira aliran. Kisah Rasulullah S.A.W mengimami solat seluruh Nabi dan Rasul di Masjidil Aqsa memberi isyarat bahawa al-Aqsa adalah lambang penyatuan.
 
Alihkan ke tepi dahulu percanggahan aliran. Musuh sedang bersatu menghancurkan Islam tanpa mengira mazhab, aliran atau bangsa. Yang ekstrim, yang bidaah, yang tasaahul, semuanya diletakkan dalam bakul bernama Islam. Lalu kenapa kita tidak boleh bersatu atas tujuan yang sama? Kenapa perlu berpaut dengan kuffar kiri dan kanan, dan menjadikan sesama Islam sebagai musuh yang perlu diperangi?
 
Ulama wajib ditaati
 
Peranan ini perlu dimainkan Ulama. Tidak ada orang lain yang lebih layak. Tidak ada orang yang lebih bertanggungjawab. Himpunan MyAqsa adalah satu langkah awal yang baik. Tetapi tidak boleh terhenti setakat ini. Bukan sekadar suara kecaman terhadap US dan Zionis yang mahu didengar. Tapi langkah susulan yang lebih strategik sehingga dapat menyelamatkan al-Aqsa.
 
Umat Islam pula perlu menyedari kewajipan mereka taat kepada Ulama adalah sama sebagaimana kewajipan mereka taat kepada Umara. Walaupun Ulama tidak ada sebarang jawatan tinggi, suara mereka tetap perlu dipatuhi. Malah jika Umara berpandangan bercanggah dengan nas dan Ulama pula berpandangan selari dengan nas, wajib umat Islam menentang Umara dan bersama dengan Ulama!
 
Yang menjadi masalah kepada umat Islam adalah ulama sendiri yang tidak bersatu. Ada ulama yang tidak mahu bersama aspirasi ulama lain, menjadikan pengikut turut berpecah. Sebilangan Ulama menjadi punca perpecahan!
 
Ulama agen penyatu
 
Dalam saat-saat genting ini, Ulama seharusnya mengenepikan ego dan merujuk kembali aulawiyat semasa. Aliran pondok, aliran Timur Tengah, aliran Universiti Tempatan, aliran salaf mahupun khalaf, bahkan aliran sunni serta syiah perlu meletakkan ditepi perbezaan kerana kita ada misi yang sangat besar untuk ditangani.
 
Ikuti resam bagaimana Salahuddin al-Ayyubi menyatukan umat sebelum membebaskan al-Quds. Beliau menyatukan dahulu antara Abbasiyah dan Fatimiyyah. Isu-isu perbezaan antara umat Islam dari sudut perbezaan Sunni dan Syiah tidak ditangani secara perang, sebaliknya secara perbahasan ilmu. Akhirnya, Baitumaqdis berjaya dibebaskan dan ajaran sesat Syiah tenggelam dengan harmoni di Mesir dan Afrika Utara.
 
Insafi Firman Allah S.W.T yang menyempurnakan perintah mentaati Ulil Amri dalam ayat terdahulu:
فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
"Dan jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."
[An-Nisa':59]
 
Perpecahan punca kekalahan
 
Kenapa hari ini Islam berada di pihak yang kalah? Allah telah menjawab persoalan ini sejak lama dahulu. Puncanya adalah sikap kita yang melayan perpecahan. Firman Allah S.W.T:
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
"Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu akan kalah dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."
[Al-Anfal:46]
 
11 Jumadal Ula 1439
28 Januari 2018
 
ALANG IBN SHUKRIMUN - HARAKAHDAILY 28/1/2018

APABILA diutarakan topik sejarah, pasti muncul rasa bosan dan mengantuk di dalam benak fikiran kebanyakkan orang. Subjek ilmu yang cukup penting dan menyegarkan itu telah melalui proses 'pembosanan' yang jumud menyebabkan ia menjadi mangsa diskriminasi ilmu.

Mesej yang berat diolah menjadi ringan

Al-Quran merupakan kitab yang membawa mesej yang kritikal. Topik-topik di dalamnya menyentuh realiti dunia dan akhirat. Allah berfirman:

إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلًا
"Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat"

(al-Muzammil: 5)

Namun bagaimanakah Allah mempersembahkan mesej yang serba berat itu diolah kepada persembahan yang pantas difahami oleh fikiran manusia? Maka topik-topik berat itu dikemukakan dengan penceritaan kisah-kisah sejarah yang menyegarkan. Nisbah satu perenam dari isi kandungan al-Quran merupakan pengajaran-pengajaran sejarah. Membuktikan betapa pentingnya ilmu tersebut.

Kisah Iblis yang liberal, cerita kecerdikan Firaun si politikus, sejarah pengkhianatan ilmu oleh golongan terpelajar ahli kitab, naratif Bani Israel mewakili atau merupakan orang Islam terdahulu; sebagai cerminan umat Islam hari ini dan banyak lagi cerita-cerita al-Quran di mana mengandungi mesej sangat kritikal, tetapi dengan olahan menarik dan berobjektif.

Manhaj sejarah menurut al-Quran

Mengapakah sejarah yang kita pelajari hari ini kerap dirasakan bosan? Ia disebabkan pembelajaran sejarah hari ini hanya tertumpu sebagai ilmu hafalan, bukan ilmu pengajaran. Akhirnya otak kita keletihan kerana hanya menghafal fakta dan info sejarah, kemudian dibiarkannya terbengkalai tanpa pengajaran yang berkait dengan realiti.

Maka lahirlah 'sejarawan' yang berhabuk memuntahkan fakta-fakta sejarah tetapi malang, tidak menekankan pengajaran di sebalik sejarah yang diceritakan. Sedangkan pengajaran itulah merupakan ruh sebenar ilmu sejarah.

Adapun al-Quran, mengemukakan kisah-kisah sejarah yang cukup berobjektif. Mendedahkan tiga perkara penting:

Watak utama: Tidak meleret menceritakan biodata terperinci. Bahkan terkadang al-Quran tidak menyatakan pun nama watak yang diceritakan.

Perbuatan dan sikap: Samada perbuatan dan sikap yang benar atau salah, dijelaskan dengan terang.

Akibat: Ia dijadikan sebagai kesimpulan penuh pengajaran. Akibat berupa ditimpa kecelakaan, hina dan dimasukkan ke neraka merupakan cara al-Quran menyatakan objektif sesebuah kisah sejarah berkenaan golongan yang gagal menuruti ajaran Islam.

Justeru dengan tiga penekanan ini, metodologi ilmu sejarah yang dipersembahkan oleh al-Quran jelas berobjektif. Kita pun tidak ditinggalkan teraba-raba bingung memikirkan apakah pengajaran di sebalik sejarah yang diceritakan oleh al-Quran.

Dengan manhaj inilah, sejarah al-Quran kekal segar. Boleh diproses oleh minda kanak-kanak yang sedang membesar hinggalah menjadi pedoman buat orang-orang tua.

Matang dengan sejarah

Mengapakah para Sahabat R.A dahulu jauh lebih matang berbanding kita? Cara mereka berfikir mendahului usia mereka. Ini kerana Nabi tekun membudayakan ilmu sejarah di kalangan para sahabat. Ya, Nabi suka bercerita dan para sahabat tekun menikmati cerita-cerita sejarah yang disampaikan oleh Nabi.

Dari budaya tersebut, menyebabkan para Sahabat menguasai pengalaman generasi terdahulu lantas dijadikannya sebagai panduan hidup. Allah berfirman betapa kisah-kisah sejarah di dalam al-Quran cukup merangsang minda kita agar matang berfikir:

فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
"Maka ceritakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) berkenaan kisah-kisah (al-Quran) mudah-mudahan mereka berfikir"

(al-A'raf: 176)

Sementara kita hari ini lebih disajikan dengan cerita dongeng dan fantasi yang tersiar di televisyen. Disebabkan itulah generasi hari ini berfikiran pendek, kerana terperangkap dalam dunia fantasi yang melalaikan. Orang tua hari ini pun berfikir seperti kanak-kanak.

Komentar Said Qutb

Al-Syahid Said Qutb telah menjelaskan fungsi ilmu sejarah di dalam bukunya yang berjudul 'Fi al-Tarikh, Fikrah Wa Minhaj'.

Sejarah bukan semata-mata naratif peristiwa. Sebaliknya ia merupakan tafsiran kepada peristiwa yang berlaku. Dengan ilmu sejarah, manusia boleh menafsirkan realiti yang berlaku. Lantas dikaitkan apa yang sedang berlaku di hadapan mata dengan sejarah yang telah terjadi ke atas generasi terdahulu.

Apabila ilmu sejarah telah dicabut ruhnya dengan tidak dijadikan sebagai bahan berfikir serta hilang deria sensitif terhadap sejarah, maka sudah pasti seseorang akan gagal berinteraksi dengan realiti sungguhpun peristiwa yang berlaku hanyalah ulang-ulangan.

Manhaj Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Kerap kali kita mendapati pandangan-pandangan Tuan Guru Abdul Hadi amat jauh terkehadapan melangkaui zaman. Seolah-olah menjadi perkara biasa, pandangan beliau memerlukan masa untuk disaksikan kebenarannya lalu diterima ramai.

Jika dikaji, kekuatan pandangan-pandangan Tuan Guru bersendikan al-Quran, Hadith serta disulam dengan pengajaran sejarah. Ia amat konsisten terlihat dalam setiap ucapan dan penulisan beliau. Lalu dari tiga sendi utama tersebut dibuat kesimpulan yang cukup matang untuk cabaran realiti hari ini.

Ilmu sejarah adalah hikmah tercicir

Ramai orang berkata bahawa sejarah pasti berulang. Namun lain pula yang diperkatakan oleh Ustaz Fadli Ghani, pakar sejarah gerakan Islam Malaysia, bahawa yang berulang itu bukanlah sejarah. Sebaliknya yang berulang itu adalah kesilapan yang dilakukan oleh golongan yang buta sejarah. Akibat dari buta sejarah, menyebabkan mereka hanya mengulangi kesilapan generasi terdahulu. Malang.

ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
26 Januari 2018 - HARAKAHDAILY 26/1/2018