KEGILAAN Penasihat DAP merangkap Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, mengeluarkan kenyataan media sudah menjadi seperti satu legenda dalam dunia politik Malaysia ini di mana, sepanjang ingatan saya, tiada lagi mana-mana ahli politik Malaysia yang serajin beliau di dalam berbuat demikian walaupun kenyataan media beliau kerap tidak mendapat maklum balas daripada pihak yang diseru.

Malah, Ketua Staf Ibu Pejabat DAP, Foo Yueh Chuan, dalam satu laporan portal berita DAP, Roket Kini, bertajuk “Jawatan ‘Setiausaha Politik Lim Kit Siang’ bukan lantikan biasa-biasa” pada 25 Ogos 2017 menyebut mengenai bagaimana “Lim Kit Siang menulis dan mengeluarkan kenyataan medianya sendiri setiap hari, sehingga mencecah tiga atau empat kenyataan dalam satu hari”.

Perkara ini memang tidak dapat dinafikan lagi jika dilihat kepada rekod kenyataan media yang Lim Kit Siang keluarkan selama ini yang dicatatkan secara rapi di dalam blog beliau, di mana contoh yang paling jelas sekali ialah kenyataan media yang beliau keluarkan dalam 9 hari pertama di bulan Oktober 2017 yang berjumlah sebanyak 21, atau purata sebanyak 2.3 kenyataan media setiap hari.
Senarai 21 kenyataan media yang Lim Kit Siang keluarkan dalam 9 hari pertama di bulan Oktober 2017 adalah seperti berikut:

1. 1 October 2017, 7:25 am: “Tomorrow, a third “Believe It or Not” event in two years involving the Prime Minister will take place when Najib declares open the new glittering MACC headquarters in Putrajaya”

2. 1 October 2017, 4:17 pm: “Challenge to MACC chief, Dzulkifli to declare whether he dare to recommend that Najib is not a suitable candidate for the next general election because of involvement in the 1MDB scandal?”

3. 2 October 2017, 9:01 am: “Call on all Opposition political parties in Sabah to unite on a common platform to topple Najib, UMNO and Barisan National at both the federal and Sabah levels in the 14GE and not to allow any differences among them to deflect them from this common objective”

4. 3 October 2017, 10:09 am: “Salleh and Abdul Rahman are stooges because they are not only Najib’s court jesters, they also fit the other meaning of ‘stooge’ in blindly defending Najib’s lies and falsehoods”

5. 3 October 2017, 3:08 pm: “MACC should return RM5 million to Yayasan Prihatin SPRM from Najib because of “conflict-of-interest” and ask for a budget provision of RM300 million for 2018 to combat corruption against “sharks” of corruption”

6. 3 October 2017, 5:44 pm: “A government which has lost the ability to differentiate between right and wrong has forfeited the right to be the government of Malaysia”

7. 4 October 2017, 2:08 pm: “Challenge to Najib to deny that he had not created an instant billionaire (in Malaysian ringgit) by approving RM1.8 billion commissions to Leissner or 9% of the three 1MDB bonds totally US$6.5 billion in 2012/3 – which is several times the industry average for underwriting risky bonds”

8. 4 October 2017, 3:46 pm: “Were there “fireworks” in the Cabinet this morning with Education Minister Mahdzir demanding public apology from Adnan for leading students astray or was there Ministerial camaraderie laughing at the “great fun” at the Putrajaya school?”

9. 4 October 2017, 5:59 pm: “Lawyers directed to take out a test case to sue the media which printed lies and defamatory material about me, like receiving RM1 billion bribe from Mahathir, just by quoting some “Tom, Dick and Harry””

10. 5 October 2017, 6:31 am: “Call on the civil service chiefs to resist the political pressures by Prime Minister and the UMNO/BN leadership to co-opt civil service to campaign for UMNO/BN in the run-up to 14GE”

11. 5 October 2017, 11:50 am: “Syed Saddiq should be a model for young Malays and young Malaysians to be true to our Malaysian Dream for the country to be show-case to the world of an united, successful, progressive, prosperous, plural nation of diverse races, religions, languages and cultures”

12. 5 October 2017, 5:09 pm: “Is Dzulkifli emulating Najib in refusing to have any media conference because he is afraid like the Prime Minister that his boasts and bombasts may be pricked by journalists’ sharp questioning?”

13. 6 October 2017, 8:25 am: ““H” is Najib’s propaganda “war general””

14. 6 October 2017, 3:02 pm: “Further proof that the rot has set in and only a government and political change in Putrajaya can bring a new hope to Malaysians with a new sense of responsibility by the nation’s leaders”

15. 7 October 2017, 7:20 am: “If there is any truth in the lies about Mahathir’s RM1 billion bribe to me, and MACC knows nothing about it, then MACC Chief Commissioner Dzulkifli Ahmad should resign in disgrace because of utter incompetence”

16. 7 October 2017, 2:48 pm: “There is a plot to get MACC to arrest and parade me in handcuffs in orange-coloured MACC lock-up uniform to counter kleptocratic allegations against Najib over 1MDB scandal”

17. 7 October 2017, 6:15 pm: “Still waiting for Dzulkifli of MACC to accept invitation personally explain at the “Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptocrasi” rally in PJ on Oct. 14 what he had done to defend Malaysia’s reputation against being regarded worldwide as global kleptocracy as a result of 1MDB scandal”

18. 8 October 2017, 6:58 am: “I have been in politics for 52 years and the thought of becoming Prime Minister of Malaysia had never entered my mind”

19. 8 October 2017, 2:22 pm: “Call on all Malaysians regardless of race, religion or politics to attend the Pakatan Harapan rally “Sayangi Malaysia, Hapuskan kleptocrasi” in PJ to send a clear and unmistaken message to Najib and the world”

20. 8 October 2017, 11:09 pm: “If Mahathir had given me RM1 billion bribe, I will give one million Malaysians earning below RM1,200 a month a donation of R1,000 each”

21. 9 October 2017, 1:01 pm: “Can Puad Zarkashi of JASA which is nothing but a Special Affairs Department specializing in lies and black ops against DAP and PH reply rationally to former UMNO Secretary-General Sanusi Junid about me?”

Bagaimanapun, rekod kenyataan media Lim Kit Siang ini, yang selalunya adalah berupa kritikan, desakan, cabaran atau jawapan kepada musuh-musuh politik beliau, khususnya UMNO/BN, tetapi juga PAS, terjejas teruk dalam 9 hari pertama di bulan November 2017 di mana beliau hanya mengeluarkan sebanyak 3 kenyataan media, atau purata sebanyak 0.3 kenyataan media setiap hari, sahaja.

Senarai 3 kenyataan media yang Lim Kit Siang keluarkan dalam 9 hari pertama di bulan November 2017 adalah seperti berikut:

1. 1 November 2017, 9:48 am: “Najib’s “mother of all budgets” delivering fake news”

2. 2 November 2017, 4:07 pm: “Was “the power of 1MDB scandal” at play when in Parliament yesterday former Second Finance Minister Husni transformed from a Najib critic on 1MDB to a Najib sycophant, talking about Najib’s legacy of “zero corruption” when everybody knows it is “global kleptocracy”?”

3. 4 November 2017, 3:38 pm: “UMNO/BN government caught red-handed in trying to “steal” the 14GE by shifting 1,051 army voters to an uncompleted Segamat military camp”

Dapat dilihat betapa, sejak petang 4 November 2017 sehingga petang ini, 9 November 2017, tiada satu pun kenyataan media yang dikeluarkan oleh Lim Kit Siang untuk mengkritik, mendesak, mencabar atau menjawab musuh-musuh politik beliau, khususnya UMNO/BN, tetapi juga PAS, walaupun isu yang boleh dicipta sentiasa ada, sehingga timbul banyak pertanyaan mengenai “kebisuan” beliau ini.

Apakah Lim Kit Siang tidak merasa puas hati dengan prestasi Kerajaan Pulau Pinang dalam menguruskan banjir tetapi tidak mampu menyuarakannya kerana kerajaan ini adalah diketuai oleh anak beliau sendiri? Apakah beliau merasa bimbang kejadian dan pengurusan banjir ini akan membawa kekalahan kepada DAP di Pulau Pinang tetapi tidak mampu menyuarakannya kerana beliau adalah Penasihat DAP?

Apakah Lim Kit Siang merasa malu untuk mengkritik, mendesak, mencabar atau menjawab musuh-musuh politik beliau di dalam suasana di mana Kerajaan Pulau Pinang mendambakan bantuan daripada mereka? Apakah beliau merasa bimbang jika beliau sendiri meminta bantuan, atau berterima kasih di atas bantuan, musuh-musuh politik beliau menangani banjir maka imej beliau akan terjejas?

Kita lihat sahaja berapa lama Lim Kit Siang boleh “membisu”. – HARAKAHDAILY 10/11/2017

DATUK Mohamad Daud Iraqi mesra dipanggil Ustaz Mad Iraq, jiran saya di Kg Demit, Kubang Kerian, Kota Bharu.

Sama-sama sembahyang berjemaah di Masjid Mardhiah di Kampung Demit, Kubang Kerian. Masjid itu dibuat di atas tanah Almarhum Datuk Mohamad Nasir, bekas Menteri Besar Kelantan yang juga merupakan ayah mertua Ustaz Mad Iraq.

azman madSelepas sembahyang subuh, saya selalu duduk mengadap Ustaz Mad Iraq yang juga mesra kami panggil Ayah Mad untuk mendengar kisah-kisah perjuangan dari beliau. Mungkin kerana kami sama-sama lepasan pengajian dari Iraq, menyebabkan ada banyak perkara yang selalu dikongsi bersama.

Tutur kata orang lama penuh kejernihan dan sarat dengan pengalaman. Beliau yang pernah diamanahkan sebagai Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan dan beberapa lagi jawatan dalam parti.

Ustaz Mad Iraq selalu pesan, “Dalam berjuang ni kita akan jumpa belaka, ada pahit, ada manis. Pahit atau manis kita kena telan belaka. Kalau boleh kunyah sebelum telan, kunyah dulu. Kalau tak boleh kunyah sebab pahit, pakai telan gitu saja. Kehek jangan sekali.”

Dah bertahun Ustaz Mad Iraq dalam keuzuran akhirnya pada petang ini, Rabu 8 November 2017, Ayah Mad pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. 

إنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون

Orang-orang lama dalam parti seorang demi seorang pergi meninggalkan kita dalam keadaan mereka istiqamah sampai akhir hayat. Meninggalkan kepada kita tugasan perjuangan yang belum selesai untuk disambung. - HARAKAHDAILY 8/11/2017

 

UNTUK memastikan segala program WINS 2051 berjalan dengan baik dan mencapai matlamat yang digariskan, ianya akan dipandu dengan 10 prinsip sepanjang tempoh perlaksanaannya:

1. Pematuhan kepada syariat dan penyelesaian mengikut prinsip Islam.

Prinsip pertama ini boleh dianggap sebagai ibu bagi semua prinsip yang lain. WINS 2051 bakal menjadikan syariat sebagai panduan utama, sesuai dengan perjuangan PAS yang mempercayai hanya Islam sahaja yang boleh membawa kesejahteraan kepada negara.

Walaubagaimanapun ini tidak bermakna WINS 2051 bersifat tertutup dan tidak menerima sebarang idea selain apa yang diperkenalkan oleh tamadun Islam. Selagi mana ia tidak bercanggah dengan Islam, segala yang baik dari tamadun lain akan turut diambilkira. Kerana Islam mengajar bahawa kebijaksanaan itu adalah barang tercicir milik umat Islam. Di mana sahaja kebijaksanaan itu ditemui, maka orang Islamlah yang paling berhak untuk mengambilnya.

2. Insan berkualiti merangkumi akal, rohani dan fizikal adalah aset terpenting negara.

Prinsip kedua ini tidak menganggap manusia sebagai modal untuk mencapai keuntungan material. Tetapi manusia adalah makhluk paling mulia, yang sepatutnya dibangunkan dan dijaga segala elemennya dari sudut mental, fizikal dan spiritual. Material sepatutnya menjadi alat untuk manusia, bukan manusia sebagai alat untuk material.

Pembangunan insan menjadi misi utama WINS 2051. Mentaliti adalah elemen paling utama, justeru soal pendidikan dan budaya kajian ilmu akan menjadi tumpuan WINS 2051. Selain itu WINS 2051 turut menitik beratkan pembangunan fizikal melibatkan kesihatan jasmani. Sesuatu program tidak akan mengabaikan isu-isu kesihatan dan keselamatan samada kakitangan mahupun rakyat awam. Juga WINS 2051 menumpukan pembangunan rohani. Ia adalah asas kepada nilai dan moraliti rakyat bagi mencerminkan sebuah masyarakat bertamadun. Aspek inilah yang paling penting dalam membezakan manusia dengan mana-mana makhluk yang lain.

Sebenarnya, inilah juga konsep tamadun Islam yang diperkenalkan oleh Rasulullah SAW, dan diteruskan oleh semua dinasti Islam selepasnya. Tidak ada makna jika pembangunan hanya dari sudut fizikal dan material, tetapi jiwa dan minda manusia masih berhambakan makhluk.

3. Kekayaan dan hasil tempatan adalah untuk semua lapisan rakyat.

Melalui prinsip ketiga ini, barulah WINS 2051 menjelaskan tentang material sebagai sebahagian sumber untuk menjana pembangunan negara. Perkasa asas yang perlu difahami adalah kekayaan bukan milik ekslusif mana-mana pihak. Ia adalah milik semua lapisan rakyat. Kerajaan hanya bertindak sebagai fasilitator dan moderator untuk memastikan kekayaan negara tidak berlegar setakat lapisan bangsawan atau pihak tertentu sahaja.

WINS 2051 memahami bahawa kekayaan dan hasil mahsul material adalah diciptakan oleh Allah untuk manusia. Justeru setiap yang bernama manusia berhak untuk menerimanya dengan adil. Namun begitu ia tetap perlu dikawal dan dijaga agar tidak berlaku salahguna dan pembaziran yang membawa kepada kerosakan di muka bumi.

4. Pembangunan sosial dan ekonomi adalah tanggungjawab bersama kerajaan pusat, negeri dan rakyat/komuniti.

Prinsip keempat ini merupakan terjemahan kepada konsep Negara Berkebajikan yang pernah diperkenalkan PAS kira-kira lima tahun lalu. Tanggungjawab untuk membangun dan menjaga negara tidak hanya terletak di bahu jentera kerajaan sahaja. Tetapi turut melibatkan setiap pihak sehingga ke peringkat akar umbi rakyat.

Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan masyarakat yang sangat prihatin dan ringan tulang dalam membantu sesama mereka, bahkan amat sensitif dalam isu-isu kemanusiaan di peringkat antarabangsa. Sehingga ke hari ini sudah banyak institusi-institusi swasta yang bukan berasaskan keuntungan seperti NGO dan badan-badan kebajikan memainkan peranan membangunkan negara dan membantu rakyat dari segala segi.

WINS 2051 menyedari perkara ini dan akan memperkasakan lagi aspek ini. Rakyat akan diberikan lebih autoriti untuk memainkan peranan, kerana rakyat sendiri lebih memahami keperluan mereka. Prinsip ini juga dapat memupuk rasa ke’kita’an dan Malaysia ini kepunyaan bersama, selain menjadikan rakyat lebih produktif dan ‘peduli ummah’.

Satu lagi sudut yang perlu diperhatikan melalui prinsip ini adalah tanggungjawab antara kerajaan pusat dan negeri. Walaupun perlembagaan negara telah membahagikan bidang tugas antara pusat dan negeri, tetapi dari sudut tanggungjawab, keduanya memainkan peranan yang sama tanpa mengira perbezaan parti politik yang menerajui kerajaan tersebut.

Prinsip ini mengambil contoh daripada kisah Iskandar Zulkarnain dari al-Quran. Baginda meminta rakyat untuk turut bekerjasama dengan tenteranya bagi membina tembok penghalang Yakjuj dan Makjuj.

5. Pengasingan antara kuasa Politik dan kuasa Ekonomi. Kuasa Politik sebagai penentu halatuju negeri, Perancang Program, dan Pemantau. Kuasa Ekonomi melaksanakan perancangan yang diputuskan tanpa campur tangan kuasa politik.

Prinsip ini diletakkan kerana PAS menyedari punca kepincangan pembangunan ekonomi negara adalah kerana campurtangan orang politik terhadap perjalanan badan ekonomi. Segala polisi dan dasar ekonomi hanya cantik di atas kertas, tetapi gagal mencapai matlamat yamg digariskan kerana diganggu oleh orang-orang politik yang berkepentingan.

WINS 2051 memperbetulkan gejala ini dengan menerapkan polisi pengasingan kuasa antara kedua kutub ini. Orang yang menjalankan perlaksanaan ekonomi akan dipilih dari kalangan mereka yang benar pakar dan berpengalaman dalam segala cabang ekonomi seperti ahli korporat, ahli akademik, ahli perniagaan, pakar kewangan, akauntan dan lain-lain. Selaras dengan idea kerajaan teknokrat yang digagaskan Presiden PAS.

6. Pematuhan kepada Dasar Pemisahan kuasa Badan Legislatif, Badan Eksekutif dan Badan Judisiari tanpa ada campur tangan di antara satu sama lain.

Doktrin pemisahan kuasa ini sebenarnya sudah lama diperkenalkan sebagai konsep negara demokrasi moden. Malaysia juga salah sebuah negara yang menerima pakai sistem demokrasi terpimpin. Namun dari sudut realiti, masih banyak berlaku campur tangan antara ketiga-tiga badan ini menyebabkan keadilan tidak berjaya dicapai.

WINS 2051 akan mengembalikan kepatuhan negara kepada doktrin ini. Badan kehakiman bebas untuk mengheret sesiapa sahaja ke muka pengadilan tanpa memerlukan kebenaran daripada mana-mana badan lain. Badan eksekutif berhak menentukan kaedah perlaksanaan mereka dalam menjalankan tugas tanpa dipengaruhi kepentingan badan-badan lain.

7. Menaiktaraf hidup golongan miskin & pengurangan kos sara hidup.

PAS menyedari jurang antara kaya dan miskin di dalam negara sangat lebar. Keghairan untuk mengejar status negara maju menyebabkan kepentingan untuk keseimbangan sosioekonomi rakyat terabai. Ketidakseimbangan ini secara tidak langsung mewujudkan suasana pemisahan antara rakyat ataupun kasta.

WINS 2051 mahu meletakkan rakyat semua berada di darjat yang sama. Justeru program-program yang dirangka akan menekankan matlamat menaiktaraf hidup golongan bawahan dan miskin ke arah yang lebih baik. Antara yang dititik beratkan adalah isu kos sara hidup yang terlalu tinggi. Perkara ini mungkin tidak memberi kesan kepada golongan berpendapatan tinggi tetapi sangat menekan golongan miskin dan kurang berkemampuan.

Perlu ditekankan, WINS 2051 tidak mengiktiraf sebarang sistem ekonomi samada kapitalis mahupun sosialis. Tetapi akan menggunakan sistem ekonomi Islam bagi menjayakan matlamatnya.

8. Penstrukturan sistem percukaian berdasarkan sistem ekonomi Islam.

Negara moden sekarang menggunakan polisi fiskal dalam menentukan kadar cukai dan perbelanjaan negara. Namun mereka membelakangi prinsip-prinsip percukaian di dalam Islam. Perkara ini menyebabkan ekonomi negara tidak dapat dibangunkan sebagaimana yang diharap.

WINS 2051 akan merombak sistem ekonomi negara yang sebelum ini berasaskan kepada konsep percukaian, kepada sistem ekonomi Islam yang tidak bergantung penuh kepada penentuan cukai. Cukai juga akan diskrukturkan semula supaya mematuhi syariat seperti cukai hanya dikutip daripada golongan berada, tidak melebihi kadar yang ditetapkan syarak dan juga dibelanjakan pada lapangan yang sepatutnya.

9. Pembangunan negara berasaskan prinsip lestari dan mapan.

Dengan prinsip ini, WINS 2051 turut menitikberatkan soal pemeliharaan alam sekitar. Keghairahan mengejar pembangunan tidak harus mengenepikan aspek penjagaan sumber alam. Ia juga sebenarnya adalah tanggungjawab manusia sebagai khalifah di muka bumi, bagi mengelakkan alam ini rosak dengan sebab tangan-tangan manusia itu sendiri.

Kelestarian sumber alam adalah perlu bagi memasikan ianya kekal wujud untuk dimanfaatkan sepanjang masa. Sumber alam adalah sebaik-baik produk untuk dimanfaatkan manusia kerana ia adalah ciptaan langsung dari Allah SWT. Kegagalan memelihara kelestarian ini akan turut menambah bebanan negara dalam kos penyelenggaraan pembangunan sedia ada.

WINS 2051 mengambil kira program Sustainable Development Goals (SDG) yang diperkenalkan oleh United Nation Development Programme dalam prinsip kelestarian ini. Walaupun terdapat beberapa sasaran SDG yang perlu disemak kembali, tetapi ada beberapa perkara yang menepati konsep kelestarian ajaran Islam. Antaranya ialah kebersihan air, kepenggunaan dan penghasilan berhemah, kecermatan dalam guna tenaga, kepedulian terhadap perubahan iklim serta kecaknaan terhadap hidupan laut dan juga hidupan darat.

10. Kehidupan beragama sebagai asas kestabilan dan keharmonian antara kaum.

Prinsip terakhir WINS 2051 bagi menjamin kesejahteraan negara adalah supaya semua rakyat hidup berasaskan fitrah manusiawi yang tulen. Yang paling utama adalah kepercayaan kepada agama dan tuhan, selari dengan rukun negara yang pertama.

Ia tidak bermakna semua rakyat dipaksa untuk menganut agama Islam, kerana ajaran Islam memberi kebebasan untuk manusia memilih agama masing-masing. WINS 2051 lebih menekankan supaya walau apa agama sekalipun mereka anuti, mereka hendaklah mematuhi ajaran agama masing-masing.

PAS percaya walaupun Islam hanya satu-satunya agama yang diterima oleh Allah, tetapi semua agama lain bermatlamatkan kepada pembinaan nilai dan moral manusia mengikut kepercayaan masing-masing. Kebebasan mengikut agama masing-masing secara sempurna perlu ditekankan. Manusia yang bermoral dan tinggi nilainya akan menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat. Mereka yang percaya kepada kuasa tuhan dan balasan syurga neraka akan menjadi lebih baik secara moralnya berbanding mereka yang tidak bertuhan/atheis.

Sementelah Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang berbilang kaum serta agama, perihal agama dan budaya menjadi satu perkara yang amat sensitif dan perlu dipelihara supaya harmoni. Ia adalah langkah awal supaya rakyat boleh merasa tenteram berada di bawah sistem pemerintahan Islam, sebelum mereka beralih untuk mengkaji Islam dengan lebih mendalam lagi.

Tetapi ia tetap berpaksikan kepada peruntukan perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Kedudukan Islam berbanding agama lain di negara ini perlu diiktiraf dan dihormati kerana ia adalah anutan majoriti rakyat. Tetapi agama lain juga bebas untuk diamalkan selagi tidak menggugat kedudukan Islam.

Selepas ini, akan dijelaskan pula perancangan WINS 2051 secara lebih terperinci pada fasa satu. Bermula dengan mengenalpasti segmen-segmen yang menjadi teras utama negara, diikuti pendedahan terhadap masalah utama seterusnya cadangan bagi setiap persalahan tersebut melalui program-program yang diatur. Petunjuk penilaian prestasi (KPI) akan diletakkan bagi setiap program bagi mencapai kunci capaian yang telah disusun sepanjang tempoh fasa tersebut, supaya matlamat Transformasi Negara Sejahtera berjaya dicapai di akhirnya. - HARAKAHDAILY 6/11/2017

MENEGUR dan mengkritik adalah satu keperluan. Agama adalah nasihat. Ia perlu sebagai muhasabah kepada manusia yang sering lalai.

Namun jangan ada dalam hati perasaan "padan muka kau" semasa menegur. Yang ditegur pula perlu berlapang dada. Jangan anggap orang menegur itu berniat buruk kepada kita.

Orang yang ikhlas menegur adalah yang tetap akan menghulur bantuan jika yang ditegur itu dalam kesusahan. Bukan hanya tahu mencari salah tetapi juga membantu mereka keluar dari masalah.

Contohnya, apabila seorang lelaki yang sedang melakukan maksiat, tiba-tiba kemalangan di hadapan kita. Sebagai muslim, wajib bantu dia. Tetapi dia juga perlu diingatkan bahawa mungkin kemalangan itu adalah teguran daripada Allah, supaya beliau sedar dan takutkan Allah.

Dalam keadaan susah itulah, manusia lebih cepat sedar berbanding sewaktu mereka bersenang-lenang. Ditambah dengan bantuan kebajikan yang dihulur, semakin mudah untuk menyentuh hati mereka. Kedua peluang ini harus diambil.

Jom ke Penang. Hulurkan bantuan kepada seluruh mangsa banjir. Jangan pilih bulu. Jangan kenang kisah lalu.

Ketepikan perbezaan bangsa, kaum, agama atau pandangan. Letakkan insaniah di hadapan. Walau kebanyakan mereka cina. Walau mereka non muslim. Walau ada yang pernah menentang Islam. Walau ada yang bermusuh dengan kita sampai sekarang. Tapi mereka tetap manusia yang berhak untuk terus mengecap ehsan tuhan. – HARAKAHDAILY 5/11/2017

TIMBALAN Ketua AMK, Dr Afif Bahardin dilihat cuba mempertikaikan pegangan PAS kepada prinsip Rukun Negara disebalik pertanyaan dikemukakannya. Malah, seolah-olah membentuk persepsi buruk untuk menuduh kononnya PAS menolak Rukun Negara. Malangnya, kenyataan dikemukakan Dr Afif menunjukkan beliau sebenarnya dangkal dan keliru memahami terma berhubung kait prinsip tersebut.
 
Memalukan diri sendiri, beliau sebenarnya yang cetek pengetahuan dan gagal membezakan antara penyataan sinopsis Rukun Negara dari butiran deklarasinya. Ia umpama tidak tahu membezakan antara ucapan aluan pengerusi majlis dengan ucapan perasmian pemimpin. Malah, bidasan Dr Afif yang berhujah atas perkataan 'liberal' dalam teks sinopsis Rukun Negara itu adalah pemahaman salah dan merbahaya.
 
Tafsiran beliau cenderung melihat perkataan 'liberal' tersebut sebagai pegangan atau fahaman; yang mewakili kebebasan. Sedangkan maksud sebenar di situ merujuk perihal pendekatan; yang bererti keterbukaan. Bermakna Dr Afif menanggapi Rukun Negara sebagai prinsip liberal, sekali gus menggambarkannya adalah jati diri Malaysia. Tentulah ianya janggal dan bercanggah dengan kelima-lima prinsip itu.
 
Atas kemungkinan ianya benar pendirian atau kesilapan, Dr Afif tetap perlu memberikan penjelasan. Sekiranya itu adalah kefahaman pegangan beliau, bermakna Dr Afif akan seiring dengan golongan aliran liberal. Maka kami nasihatkan agar kembali ke pangkal jalan. Jika sebaliknya, memadai beliau mengakui kekhilafan itu dan memohon maaf supaya tidak terus berlaku salah sangka.
 
Kami tegaskan, bahawa PAS adalah parti yang paling teguh merealisasikan Rukun Negara. Kepercayaan kepada Tuhan dibuktikan PAS dengan Islam menjadi dasarnya, serta menghormati agama lain. Kesetiaan kepada Raja dan Negara tidak dapat disangkal apabila PAS sentiasa mempertahankannya. Sedangkan terdapat parti yang bersengketa dengan Institusi Raja, tetapi akrab dengan kuasa asing.
 
PAS juga tegas menjunjung Keluhuran Perlembagaan dan menjaga Kedaulatan Undang-undang, ketika ada pihak cuba merobek dan mencabarnya. Malah PAS memelihara Kesopanan dan Kesusilaan, disebalik kebiadaban serta lupa diri oleh pihak tertentu terhadap negara. Kami menyeru agar kebaikan liberalisasi politik diperluaskan kepada masyarakat, namun menentang kejahatan agenda politik liberal.
 
USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
4 November 2017 | 15 Safar 1439 - HARAKAHDAILY 4/11/2017

SOSOK ini sangat dikenali oleh angkatan pemuda di penghujung dekad 90-an, tubuhnya sasa, mengilas serban dengan berjuntai rambut panjang paras bahu. Saya mengenalinya semasa beliau menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Sepang, sering bertemu dan menjadi peserta dalam program Dewan Pemuda PAS Pusat.

Beliau seorang yang mudah didekati, mudah membantu, ringan tulang serta mudah melontarkan senyuman. Tidak pelik jika tokoh ini mempunyai jaringan kawan-kawan yang sangat meluas.

Ustaz Muin atau Ustaz Ansori mendapat pendidikan Islam di Pondok Darul Ansar, Selangor iaitu mantan Ketua Dewan Ulama PAS Selangor iaitu Ustaz Zakaria Ansori merupakan pengasas madrasah yang tersohor dalam dekad 80-an ini. Beliau adalah kawan baik kepada Ustaz Nazmi Abdul Karim semasa belajar dan seterusnya menyambung pendidikan di Pusat Pendidikan terkenal di Terengganu iaitu Taman Islam Kemaman. Taman Islam bukan sekadar sebuah madrasah yang mengajar kitab-kitab turath tetapi memperkenalkan pelajarnya kepada perjuangan Islam melalui usrah dan tamrin. Tidak pelik kerana kebanyakan tenaga pengajarnya adalah aktivis PAS.

Ustaz Ansori seterusnya melanjutkan pendidikan ke Pondok Pattani, bermukim ilmu di sini semakin membuka ruang berfikir kepada perjuangan Islam. Beliau menyaksikan penindasan kepada umat Islam di Selatan Thailand oleh regim Thailand. Wilayah Islam Yala, Narathiwat, Setul, Pattani sedang bergolak sehinggalah membawa pembunuhan ulama-ulama serta tindakan sistematik kerajaan Thailand untuk mematikan sistem pengajian pondok. Wilayah Melayu Islam ini mempunyai lebih 400 buah pondok pengajian agama, institusi inilah yang mempertahankan akidah dan jatidiri muslim di Selatan Thailand. Belajar dan bermukim ilmu di pondok pengajian Islam inilah yang akhirnya mempengaruhi cita-cita besar almarhum Ustaz Ansori. Beliau akhirnya mendapat reputasi sebagai pengasas Pondok Bustanul Ariffin, sebuah pondok yang bukan sekadar mengajar pendidikan Islam tetapi membentuk remaja menjadi kader-kader dakwah.

Beliau pulang daripada menuntut ilmu dengan menggenggam satu keazaman, untuk membina generasi yang cintakan Islam. Beliau terlibat dengan Dewan Pemuda PAS Selangor dan juga Dewan Pemuda PAS kawasan Sepang. Wajahnya sering ada dalam demonstrasi-demonstrasi, program-program perkaderan serta pelbagai program PAS. Beliau pernah menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Sepang. Ansori bukan sekadar menjadi pengkuliah di masjid dan surau tetapi membangunkan Pondok Bustanul Ariffin. Pondok ini menerima pelbagai jenis pelajar, termasuk remaja yang nakal dan terlibat dengan penagihan najis dadah.

Beliau membentuk anak-anak remaja ini menjadi insan yang cintakan perjuangan Islam, malah pondoknya sering menjadi tapak program perkaderan anak muda. Beliau berusaha mencari dana untuk memastikan kesinambungan pusat pendidikan itu. Usaha gigihnya itu membuka mata masyarakat sehingga ada hartawan yang turut ingin membantu. Watak dengan penampilan sederhana ini kadang kelihatan berjalan bersama tongkatnya, mengangkat tangan dan tersenyum menyapa kawan-kawan.

Ustaz Ansori dalam keseriusannya menuntut ilmu telah berlanglangbuana ke Timur Tengah. Beliau memasuki mahaad Lughah di Syria bagi mengemaskini bahasa Arab bagi mendalami ilmu-ilmu Islam. Beliau juga melanjutkan pelajaran ke Universiti Sadat dan juga berguru dengan masyaikh di luar kampus.

Beberapa tahun kebelakangan ini,kesihatan beliau mula merosot dan berada  di perbaringan beberapa bulan terakhir ini.  Beliau mendapatkan rawatan di hospital dan melakukan pembedahan. Namun taqdir terpahat, apabila pada tengah malam 2 November, roh beliau telah berkelana ke alam abadi. Berita pemergian tokoh ini dengan pantas tersebar dan pada pagi yang sama, jenazah beliau disolatkan oleh ribuan manusia di kawasan lapang Pondok Bustanul Arriffin, Kampung Labuhan Dagang. Beliau disemadikan dalam usia 48 tahun, meninggal dalam usia yang muda namun penuh dengan jasa kebaktian pada ummah. – HARAKAHDAILY 3/11/2017

BUMI Palestin ditentukan oleh Allah menjadi tempat pertembungan dan rebutan kuasa-kuasa besar dunia sejak dahulu, sekarang dan akan datang sama ada secara langsung atau tidak langsung. Bumi yang akan menjadi titik kepada kemuncak pertembungan akhir antara golongan hak dan batil apabila tiba masa dan ketikanya yang berada dalam ilmu Allah S.W.T. 
 
Tanda-tanda berlakunya Qiamat yang telah dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W di dalam hadis-hadis, banyak berlegar di bumi Palestin yang bertuah ini. Justeru tidak pelik bumi ini sentiasa menjadi rebutan khususnya kepada penganut agama Yahudi, Nasrani dan Islam kerana kemuliannya disebut di dalam semua kitab-kitab samawi.  
 
Bumi Palestin menjadi tempat awal bermulanya tamadun manusia. Disebut di dalam hadis bahawa masjid kedua yang dibina selepas Masjid al-Haram ialah Masjid al-Aqsa dan jarak antara keduanya ialah 40 tahun. 
 
Ketika Nabi Ibrahim A.S berhijrah ke situ setelah dihalau oleh kaumnya di Iraq; bumi bertuah itu dihuni oleh golongan al-Jababirah sehinggalah ia berjaya dikalahkan oleh Talut dan orang-orang beriman yang bersama-sama dengannya. Legasi pemerintahannya diteruskan oleh Nabi Daud dan Nabi Sulaiman A.S dengan melaksanakan syari’ah Islam yang terkandung di dalam kitab Taurah yang diturunkan oleh Allah ke atas Nabi Musa A.S. 
 
Setelah silih berganti pemerintahan, akhirnya ditakluk oleh empayar Rom dan sehinggalah ianya dibuka oleh Saidana Umar al-Khattab pada tahun ke 16 hijrah. Pada abad ke 11 Masihi, ianya dirampas oleh Tentera Salib seterusnya dibebaskan oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi pada tahun 1187 masihi.
 
Kesucian bumi Palestin bagi penganut Yahudi tidak ada syak lagi, bahkan menjadi sebahagian daripada aqidah songsang mereka bahawa bumi ini hanyalah milik mereka. Walaupun begitu mereka telah terputus dengan bumi ini hampir 1800 lalu setelah dihalau keluar daripadanya kerana kemungkaran dan kerosakan yang dilakukan oleh mereka. 
 
Hanya ikatan agama dan perasaan kasih serta cinta sahaja yang mengikat mereka dengan bumi Palestin. Adapun hasrat untuk kembali menetap di situ tidak wujud lagi, kerana mengikut i’tiqad mereka, ia akan membawa kemusnahan dan kehancuran mereka. 
 
Meskipun begitu mereka percaya akan kemunculan The Messiah yang akan menyelamatkan kaum Yahudi dan membawa mereka pulang semula ke bumi Palestin walaupun pada akhirnya akan dimusnahkan kerana dosa dan kejahatan mereka.
 
Perubahan berlaku di kalangan penganut Yahudi apabila munculnya Zionis iaitu merupakan gerakan yang mempunyai agenda politik bagi memastikan bangsa Yahudi menguasai dunia. Berlakunya pembaharuan dalam gerakan ini apabila pemimpinnya, Theodor Herzl mengadakan persidangan pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. 
 
Ia membuat resolusi supaya dibentuk negara bagi bangsa Yahudi di Palestin sebagai permulaan untuk menguasai dunia. Gerakan ini menyusup masuk ke dalam kuasa-kuasa besar dunia dan mempergunakannya bagi kepentingan mereka. 
 
Gerakan ini semakin agresif selepas perancangan-perancangannya satu persatu berjaya dicapai bermula dengan kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah yang kalah dalam Perang Dunia Pertama. Juga termeterainya perjanjian Sykes-Picot pada tahun 1916 serta memecahkan tanah air umat Islam kepada negara-negara kecil termasuk bumi Palestin yang diserahkan kepada penjajah British. Maka di sini hasrat bangsa Yahudi untuk memiliki bumi Palestin terbuka luas.
 
Rentetan daripada itu tercetusnya Deklarasi Balfour iaitu sebuah pernyataan terbuka yang dikeluarkan oleh penjajah British di mana mengumumkan dokongan untuk 'Tanah air nasional bagi bangsa Yahudi' di Palestin.
 
Deklarasi tersebut tercantum dalam sebuah surat yang dinukilkan pada tanggal 2 November 1917 dari Menteri luar Britain, Arthur Balfour kepada Lord Walter Rothschild, seorang pemimpin berketurunan Yahudi Britain. Deklarasi ini adalah pembuka jalan kepada rompakan ke atas bumi Palestin yang dirampas dari umat Islam dan diserahkan kepada Zionis Yahudi.
 
Gerakan ini bermula dengan membuka pintu seluas-luasnya kepada bangsa Yahudi untuk berhijrah ke bumi Palestin dan memiliki tanah di situ. Apabila jumlah mereka bertambah, ini memberi kekuatan kepada mereka untuk menguasai bumi ini dengan perlindungan daripada penjajah British. 
 
Dalam masa yang sama orang Arab dihalau keluar dan dicabut senjata daripada mereka. Penjajah British memberi ruang kepada bangsa Yahudi untuk menguasai kedudukan-kedudukan penting dalam pentadbiran Palestin sebagai persedian untuk merampas bumi Palestin dengan cara terhormat. 
 
Akhirnya pada tanggal 14 Mei 1948, Zionis Yahudi mengisytiharkan negara haram Israel dengan kelulusan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menjadi proksi kepada mereka.
 
Deklarasi Balfour adalah permulaan kepada perancangan Zionis-Freemason yang lebih besar iaitu menguasai nadi utama kepada Dunia Islam, Timur Tengah ke arah penubuhan Israel Raya yang sempadannya merentasi Sungai Furat di Iraq dan Sungai Nil di Mesir. 
 
Keluasannya merangkumi negara-negara Syria, Jordan, Iraq, Lubnan, Yaman, sebahagian daripada Arab Saudi, Mesir, Turki, Somalia, Ethopia, Jibouti dan Sudan. Pergolakan yang sedang berlaku sekarang ini di Timur Tengah khususnya Syria dan Yaman adalah sebahagian daripada pelan besar ini dengan menggunakan alasan perkauman dan mazhab sebagai bahan bakar yang dinyalakan, setelah mereka berjaya merampas Palestin 100 tahun lalu dengan alasan sama yang mencetuskan Revolusi Arab Agong.
 
Begitulah nasib umat Islam yang telah disengat beberapa kali daripada lubang sama, namun masih lagi tidak bangkit dengan erti kata yang sebenar untuk membebaskan bumi Palestin yang mulia ini. Pemerintah-pemerintah umat Islam hanya sibuk dengan slogan dan wawasan duniawi masing-masing tanpa menghiraukan nasib ummah yang menjerit daripada kezaliman dan penindasan. 
 
Tiada lagi slogan; “Wa Islamah” yang bermaksud “Aduhai Islamku!” yang telah mengalahkan Tatar di Ain Jalut. Tiada lagi slogan yang melaungkan “Labbaika Ya Ummah“ yang bermaksud “Ya wahai ibu kesayanganku” kerana mempertahankan maruah seorang muslimah yang meminta pertolongan dengan menyebut; “Wahai Mu’tasim, tolonglah aku!”. 
 
Semuanya tidak ada lagi, yang tinggal hanyalah intifadhah, yang menggerakkan kanak-kanak bersenjatakan batu-batu berdepan dengan jentolak dan kereta perisai tentera Zionis Israel.
 
Palestin adalah bumi Allah yang suci lagi diberkati dengan nas-nas dari semua kitab samawi. Bumi tersebut tidak berhak dimiliki melainkan kepada mereka yang diizinkan oleh Allah dengan keimanan dan melaksanakan hak untuk meninggikan kalimah Allah dengan menegakkan agama-Nya yang dibawa oleh Anbiya dan Rasul-rasul. 
 
Perjuangan untuk membebaskan bumi mulia ini adalah tanggungjawab umat Islam yang paling besar pada zaman ini dan yakinlah perjuangan ini akan dikurniakan oleh Allah dengan kemenangan walaupun memakan masa yang begitu lama. Kerana itulah janji Allah yang termaktub di dalam Al-Qur’an. Firman Allah yang bermaksud:
 
 
“Maka apabila sampai masa janji (membalas penderhakaan kamu) kali yang pertama dari dua penderhakaan itu, kami datangkan kepada kamu hamba-hamba kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa yang demikian) adalah satu janji yang tetap berlaku”. 
(Al-Kahfi: 5)
 
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
13 Safar 1439 bersamaan 2 November 2017 - HARAKAHDAILY 2/11/2017

USRAH sebelum mesyuarat PAS Pusat baru-baru ini, Datuk Seri Tuan Guru menyebut bahawa akhlak para amilin mestilah lebih baik daripada musuhnya, beliau menyebut perumpamaan,

1. Jika akhlak pejuang Islam sama seperti akhlak musuhnya ia seperti berjalan ditanah yang rata.
Pasti usaha mengajak orang kepada Islam menjadi lambat kerana orang akan melihat tiada bezanya antara yang mengajak dan yang diajak.

2. Jika akhlak pejuang Islam lebih buruk dari musuhnya, ia seperti mendaki bukit yang tinggi.
Usaha untuk mengajak masyarakat kepada Islam akan lebih sukar, lebih lambat dan sangat meletihkan dan hasilnya sedikit.

3. Jika akhlak pejuang Islam lebih baik dari musuhnya ia seperti menuruni bukit.
Pasti kerja dakwahnya lebih mudah dan ringan dan menarik minat orang untuk bersamanya.

Pernah tahun 1999 saya menghadiri program liqa fikri, ketika itu Allahyarham Murabbi Ustaz Yahya Othman memberikan taujihad dalam bab akhlak sesama jamaah, saya yang duduk di hadapan dipanggil oleh beliau untuk ke hadapan.

Apabila saya menuju kepadanya beliau menghulurkan tangan untuk bersalam, saya menyambutnya dengan malu-malu dan menunduk, lalu beliau berkata,

“Ini salah, sepatutnya apabila kita bersalam wajah dan mata hendaklah menghadap dan memandang kepada orang yang kita bersalam, inilah akhlak Rasulullah SAW," katanya.

Saya tunduk kerana malu, namun apabila beliau kata sedimikian saya pun memandang wajahnya sambil senyum,

"Ha ini baru betul", katanya.

Dia sempat bergurau "comel senyum anta", bertambahlah malunya saya.

Begitulah kami dididik oleh murabbi kami, bukan sahaja perkara berkaitan aqidah, jihad dan perjuangan malahan akhlak sesama muslim pun. Begitulah manisnya berada di dalam jamaah yang dididik dengan ilmu. – HARAKAHDAILY 2/11/2017

SETIAP parti ada dasarnya dan setiap parti akan berjuang mengikut dasarnya, begitu juga jika sekiranya jika diberikan mandat untuk memerintah, pasti pemerintahannya akan berdasarkan kepada dasar yang diperjuangkannya.

Atas sebab inilah saya berada di dalam PAS, meskipun pimpinan PAS silih berganti, dari Presidennya hinggalah kepada Jawatankuasanya, namun dasar PAS tetap tidak pernah berubah, Islam tetap menjadi dasar yang diperjuangkan oleh PAS sehingga kini.

Meskipun kucah segila lautan Hindi melanda, bahtera PAS berkocak membuai setinggi langit, badai fitnah menghempas ganas bahtera PAS, sehingga ada yang loya kepeningan dan berjeluak muntah, ada yang tercampak dan tidak kurang juga yang memilih terjun dari kapal, namun Bahtera PAS tetap berlayar kearah destinasinya.

Semua ini adalah kerana meyakini bahawa al-Qur'an dan Hadis adalah petunjuk arah yang paling tepat dan tidak mungkin akan menyesatkan meskipun destinasi itu masih belum kesampaian. Dengan hasrat, cita-cita dan harapan yang tinggi disertai dengan keyakinan terhadap pertolongan Allah SWT PAS terus bertegas mempertahankan dasar perjuangannya.

Perjuangan sangat memenatkan, alangkah sia-sianya jika ianya tiada diredhai oleh Allah SWT, nak mendapat redha Allah SWT mesti buat apa yang Allah SWT kehendaki walaupun manusia tidak menyukainya, kerana itulah berjuangan yang memenatkan ini mesti ditegakkan diatas dasarnya yang diredhai oleh Allah SWT iaitu Islam.

Jika yang ingin ditegakkan itu adalah Islam maka dasar dan binaannya juga mestilah Islam. Pernah saya dalam satu program Tarbiyyah sekitar tahun 90-an, saya tak ingat siapa yang menjadi naqib pada ketika itu, beliau membaca satu syair Arab "buah itu dari pohonnya" ia membawa kepada maksud "buah durian hanya akan datang keluar dari pohon durian, tidak mungkin dari pohon yang lain".

Untuk tegakkan Islam mesti melalui jalannya iaitu jalan yang telah ditunjukki oleh Allah SWT dan dipandu oleh Rasulullah SAW, jangan ikut jalan sendiri nanti sesat entah kemana, atas keyakinan ini PAS Istiqamah pertahankan dasar perjuangannya. – HARAKAHDAILY 1/11/2017

 

 
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
 إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا * لِيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا * وَيَنْصُرَكَ اللَّهُ نَصْرًا عَزِيزًا * هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَعَ إِيمَانِهِمْ ۗ وَلِلَّهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا
 
1 - Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata. 2 - Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukum-Nya). 3 - Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya). 4 - (Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia-lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
[al-Fath 1 - 4]
 
Fathu Makkah dan Penaklukan Kota Parsi
 
Islam membuka lembaran baru apabila berjaya menguasai kembali Kota Makkah dalam peristiwa Fathu Makkah yang masyhur. Ia bukan setakat mengembalikan maruah umat Islam di Makkah tetapi menambah kegerunan musuh di sekelilingnya di atas kejayaan yang tidak diduga. Kesabaran dan kecekalan Nabi dan para Sahabat sepanjang mereka diuji dahulu, kini diubati dengan kemenangan bergaya dan aman damai. Ia juga menjadi bukti bahawa Islam bukan setakat amalan di hati dan sendirian, bahkan hingga ke peringkat mentadbir dan memimpin manusia ke jalan Allah melalui pemerintahan.
 
Janji Rasul Itu Pasti
 
Sewaktu hijrah Rasulullah S.A.W dari Makkah ke Madinah bersama Abu Bakar, Baginda dikejar oleh seorang penunggang kuda handalan yang diupah oleh pemuka Quraisy untuk membunuhnya. Dalam usahanya mengejar Baginda, beberapa kali kudanya terjerumus ke dalam pasir dan dia terjatuh dari kudanya hinggalah berputus asa dan menyerah diri.
 
Ketika itulah Nabi menyebutkan padanya, "Bagaimana kelak kau akan memakai pakaian kebesaran daripada Kerajaan Kisra wahai Suraqah?”
 
Suraqah bin Malik menyatakan ke-Islamannya ketika Fathu Makkah. Ia mengikuti setiap peperangan sehingga kewafatan Baginda S.A.W. Kemudian meneruskan perjuangannya pada zaman Abu Bakar dan Umar Al Khattab. Allah mengizinkan Kota Parsi ditawan pada zaman Umar Al Khattab dan ketika itulah dipakaikan pada Suraqah pakaian kebesaran Kerajaan Kisra!
 
Meyakini bahawa janji Allah dan Rasul itu pasti adalah aqidah yang mesti disemai dalam diri para pejuang. Dalam suasana politik hari ini yang cacamerba, selayaknya kita juga meyakini hanya Islam sahajalah mampu melakukan perubahan.
 
Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS)
 
Melihat kemenangan Islam bukan hanya dengan berpeluk tubuh dan mengkritik daripada bilik penghawa dingin. Ia memerlukan dokongan penuh dalam aspek keyakinan, juga dalam bentuk gerak kerja dan praktikal. Daripada keyakinan ini PAS mengorak langkah di bawah Gagasan Sejahtera menawarkan produk baru yang digerakkan di bawah slogan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).
 
Mengapa BPMS?
 
Umum mengetahui musuh politik kita Umno-BN mempelopori sistem Politik Konvensional yang diimport daripada penjajah sejak merdeka hingga ke hari ini. Pendekatan politik yang dilihat ketinggalan zaman ini menyebabkan masyarakat sudah bosan dan lali dengan apa jua kempen dan pendekatan yang dibuat.
 
Masyarakat semakin hilang kepercayaan bukan sahaja terhadap pemerintah, bahkan kepada semua parti politik apabila parti pembangkang juga tidak konsisten dalam membawa masalah rakyat. pemerintah dan pembangkang hanya dilihat bermain politik untuk kuasa bukan demi rakyat. Jika suasana ini berterusan sampai bila-bila masyarakat akan malas untuk keluar mengundi dan hilang rasa tanggungjawab kepada negara kerana tidak membuahkan sebarang hasil.
 
WINS dan BPMS menjadi satu kayu ukur bahawa PAS konsisten melawan pemerintah, bahkan melawan sesiapa sahaja yang tidak mengikuti lunas Islam. Jiwa besar PAS adalah untuk menyelesaikan kemelut rakyat dengan penyelesaian yang serius bukan sekadar menjuarai isu dan gimik. Jalan keluar daripada suasana ini hanya kembali kepada politik Islam yang sebenar.
 
Mencari Jalan Keluar
 
BPMS diperkenalkan untuk mengajak rakyat meyakini bahawa pasti akan ada jalan keluar dalam kelemut hari ini. Di mana jalan keluar itu adalah ISLAM! PAS menggagaskan suatu budaya baru yang telah dilakukan oleh Baginda S.A.W 1400 tahun yang lalu iaitu Budaya Politik melalui Al Quran dan Sunnah; diperkenalkan melalui BPMS oleh PAS pada hari ini.
 
Budaya Politik baru ini mestilah difahami oleh ahli sebaiknya supaya kita tidak terikut dengan rentak politik yang semakin tidak mendidik rakyat, sebaliknya politik hari ini adalah politik dendam. 
 
Secara asasnya BPMS bermaksud :
 
Komponen pertama, 'Matang' merujuk kepada proses. Ia menekankan kepada proses yang berlandaskan kepada pemikiran yang masak berpandukan kepada data dan hujan bagi semua pihak. Khasnya parti-parti politik dan rakyat membuat penilaian, menentukan sikap dan tindakan terhadap sesuatu isu yang timbul di negara ini.
 
Komponen kedua, 'Sejahtera' pula merujuk kepada natijah atau matlamat kepada semua tindakan politik oleh mana-mana pihak. Iaitu semuanya mestilah ke arah membawa kesejahteraan kepada kehidupan bermasyarakat di negara ini.
 
BPMS menjadi sebuah gagasan baru yang diketengahkan ke dalam masyarakat agar semua pihak menghayati budak berpolitik yang tidak berpaksikan pengeseran. Tetapi berpaksikan perlumbaan membawa kesejahteraan kepada rakyat dan negara.
 
Budaya Politik Matang dan Sejahtera merangkumi tujuh (7) tunjang berikut :
 
1. Politik bertunjangkan prinsip
2. Politik dakwah & Amar ma'ruf nahi munkar
3. Politik Penyelesaian Berasaskan Islam
4. Politik Utamakan Rakyat
5. Politik Damai dan Diplomasi.
8. Politik benar bukan persepsi
7. Politik rasional dan profesional
 
Jihad paling afdhal melawan pemerintah?
 
Memahami hadis Nabi S.A.W bukan semata-mata pada literal hadis, bahkan mesti dibaca mengikut keperluan dan realiti semasa. Menentang kezaliman pemerintah memerlukan suatu tindakan bersepadu dan tidak sembrono. Ada feqahnya untuk menegur pemerintah. Hanya mengambil contoh ulama yang dipenjarakan untuk meletakkan kita dalam kandang penjara juga tidak menjadikan kita mengikut jalan ulama. 
 
Pembudayaan Ilmu
 
Posisi yang mesti diperkasa oleh ahli PAS ialah terus membudayakan ilmu dalam kalangan sesama ahli. Ini penting supaya kita memimpin dengan ilmu bukan dengan semangat yang tidak berpanjangan. Hanya dengan kefahaman yang sahih menjadikan kita mampu beristiqamah. Ahli PAS wajib meningkatkan kualiti ilmu dan kefahaman agama.
 
Membudayakan ilmu bermaksud mengembalikan ahli kepada sumber utama kita iatu Al Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias. Mengetahui isu setempat, seterusnya isu negara dan antarabangsa yang mampu dikaitkan dengan perjuangan para Nabi dan Sahabat R.A. Semua ini memerlukan kepada para nuqaba' yang kompeten dan celik perkembangan semasa secara mendasar, bukan melalui bacaan media yang pincang.
 
Kita khuatir ada kalangan ahli yang celik isu semasa, tetapi gagal dalam mengaitkannya dengan politik Islam, begitu juga kalangan ahli yang memahami Al Quran, tetapi gagal mengaitkannya dengan isu semasa. Bahkan kita khuatir aktiviti parti dijalankan dengan membawa imej Islam, tetapi kita jauh dari manhaj Islam sebenar maka lahirlah 'Dakwah Pop', 'Zumba Syar`ie', 'Badut Islamik' dan lain-lain.
 
Bersendiri Namun Berprinsip
 
Bersendirian menghadapi musuh yang ramai mengingatkan kita akan peristiwa Ahzab. Semua mengepung Islam dan Baginda S.A.W bermatian melawan hingga diberikan jalannya oleh Allah. PAS dengan Gagasan Sejahtera tidak menjadikan kita takut, bahkan sepatutnya bertambah yakin bahawa kita mampu mendapat kemenangan tetapi mesti memenuhi syarat-syarat kemenangan. 
 
Gagasan Sejahtera bukan mengajak kita berbangga dengan ahli yang ramai, namun menginsafi bahawa kemenangan adalah dengan prinsip yang ampuh terhadap Al Quran dan Sunnah untuk mendepani cabaran semasa. Meninggalkan keduanya bererti kita menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan seterusnya melewatkan lagi kemenangan Islam.
 
MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN - HARAKAHDAILY 31/10/2017

KONSEP dan elemen Maqasid as-Syari’ah yang mendasari perancangan Bajet 2018 adalah tindakan yang betul. Walau bagaimanapun, bagi mencapai Maqasid as-Syari’ah tersebut, hukum hakam Syari’ah perlu juga dilaksanakan tanpa bersikap elektif dan pragmatis. Contohnya, komitmen untuk menghapuskan riba’ dalam sistem kewangan, pembanterasan rasuah dan industri dosa, pengecualian cukai terhadap golongan fakir miskin, pengagihan ekonomi secara adil, mengelak penyalahgunaan serta pembaziran peruntukan. Sekiranya hukum-hakam ini dilaksanakan, barulah Maqasid as-Syari’ah yang digariskan mampu dikecapi seterusnya mengundang keberkatan Allah ke atas masyarakat dan negara ini.
 
Pembentangan perancangan Bajet 2018 dan Laporan Ekonomi 2017/2018 yang telah dikemukakan beberapa hari lalu mengundang pelbagai reaksi daripada lapisan masyarakat. Berdasarkan aspek makro, terdapat beberapa perkara yang boleh diteliti dan dipersoalkan.
 
Pertama, anggaran hasil kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperolehi oleh kerajaan telah menjangkau lebih dua kali ganda pada tahun 2017 berbanding kutipan pertama pada tahun 2015. Dianggarkan Kerajaan Persekutuan akan memperoleh sejumlah RM41.5 bilion hasil daripada GST, manakala pada tahun 2018 pula dianggarkan mencecah sehingga RM43.8 bilion. Pada masa yang sama, Kerajaan Persekutuan turut memperoleh peningkatan yang ketara dalam hasil cukai langsung daripada cukai pendapatan individu, syarikat dan petroleum dari tahun 2015 hingga 2017. Namun, kerajaan langsung tidak mempunyai iltizam untuk mengurangkan sekurang-kurangnya satu peratus daripada kadar semasa walaupun hal ini banyak diminta oleh rakyat sebelum pembentangan bajet yang lalu.
 
Kedua, perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan sepanjang kepimpinan Perdana Menteri menunjukkan kadar peratusan kenaikan yang lebih tinggi dari tahun 2009 hingga tahun 2017. Jumlah perbelanjaan mengurus pada tahun 2009 adalah RM163.9 bilion, manakala pada tahun 2017 adalah RM219.9 bilion dan seterusnya dianggarkan kepada RM234.25 bilion pada tahun 2018. Trend ini menunjukkan sejak dari tahun 2009 hingga 2018, Kerajaan Persekutuan lebih cenderung memperuntukkan sehingga 80 peratus daripada bajet untuk perbelanjaan mengurus. Kadar peningkatan yang ketara ini banyak disumbangkan oleh emolumen dan bayaran khidmat hutang. Mungkin sukar untuk menolak keperluan emolumen yang tinggi, tetapi perlu dikaji semula pengambilan hutang yang keterlaluan.
 
Ketiga, sejak dari tahun 2009 hingga 2017, konsolidasi hutang Kerajaan Persekutuan terus mencatatkan peningkatan yang tinggi sehingga hampir mencecah paras kritikal 55 peratus daripada KDNK. Selain itu, hal paling penting untuk diberikan perhatian adalah terbitan hutang-hutang Kerajaan Persekutuan dalam negeri yang berjumlah RM 662.35 bilion dan sebahagian besar daripadanya adalah Sekuriti Kerajaan Malaysia yang dipegang oleh pemilik asing. Jumlah jaminan yang telah diberikan oleh kerajaan sehingga akhir tahun 2015 adalah sebanyak RM177.7 bilion. Sekiranya hal ini tidak terus dikawal, implikasinya nanti, Kerajaan Persekutuan terpaksa mengambil konglomerat dari luar seperti China untuk membangunkan sepenuhnya infrastruktur negara.  
 
Umum mengetahui Bajet 2018 adalah prelude Pilihan Raya Umum Ke-14. Selain cash handouts (bonus, BR1M) yang masih dikekalkan, rakyat turut memperolehi manfaat daripada pengurangan kadar cukai pendapatan individu (RM20,000- RM70,000) sehingga menatijahkan kira-kira 261,000 yang dikecualikan daripada pembayaran cukai.  Walau bagaimanapun, terdapat satu segmentasi masyarakat yang boleh diberikan perhatian adalah golongan pekerja swasta yang telah ditamatkan perkhidmatan (retrenched workers) akibat daripada kegawatan bisnes dan ekonomi. Berdasarkan laporan daripada Jabatan Buruh, seramai 17,798 pekerja yang telah diberhentikan sehingga bulan Julai 2017 tidak termasuk lebih 45,000 orang lagi pada tahun 2016. Majoriti daripadanya adalah dalam lingkungan umur 30 hingga 40 tahun.
 
Selain itu, kebimbangan yang wujud juga adalah nasib pekerja swasta khususnya yang tidak mempunyai perancangan berhemah untuk pelan persaraan. Berdasarkan statistik daripada KWSP pada pertengahan tahun lalu, hanya 22 peratus daripada 6.7 juta pencarum yang berusia 54 tahun mempunyai kira-kira RM198,000 duit persaraan sahaja. Tambahan pula, satu kajian survei yang dilakukan oleh pihak INTI University and Colleges melaporkan 66 peratus daripada 300 orang responden yang bekerja sebagai freelancers langsung tidak mempunyai dana persaraan, manakala 55 peratus pula tidak mempunyai dana simpanan. Perancangan kewangan peribadi seperti ini perlu sangat dititik beratkan untuk mengelakkan masalah pada masa akan datang.   
 
IR HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 31/10/2017

PERJUANGAN adalah satu perkataan yang sangat tinggi nilai dan punya makna yang sangat besar. Perjuangan adalah satu usaha gigih yang berani dan sanggup berkorban untuk capai matlamat, objektif dan hala tuju yang digariskan.

Perjuangan tegak di atas dasar dan prinsip yang jitu. Ia tidak sekadar semangat, tetapi bersendikan ilmu yang mantap, kefahaman yang jelas, keikhlasan yang tulus dan kesungguhan yang cekal.

Sekadar tubuhkan parti untuk sertai dan menang pilihan raya belum menepati erti perjuangan. Aktif di medan politik dengan tujuan mahu menjatuhkan individu tertentu atau hanya ingin berkuasa juga tidak menepati nilai sebuah perjuangan.

Kalaupun mereka dakwa bahawa itulah perjuangan mereka, maka ketahuilah bahawa ia adalah suatu pencabulan terhadap erti perjuangan yang sebenar. Mereka rosakkan makna kata perjuangan. Justeru itu bukan perjuangan tulen.

Sebaliknya ia adalah tindakan yang didorong oleh dendam kesumat. Langkah yang emosional, meruntun perasaan yang celaru. Tiada matlamat yang ingin dicapai melainkan sebuah kemahuan yang terbit dari nafsu rakus ingin berkuasa semata-mata.

Gerakan mereka tidak bermatlamat. Mereka halalkan semua cara untuk penuhi hasutan yang membisik di telinga. Kebencian menjadikan mereka tergamak lakukan sesuatu, meskipun melanggar batas aturan Tuhan Yang Maha Mencipta.

Lantaran itu, bahasa mereka sangat berlainan dengan bahasa orang yang berjuang. Tingkah laku mereka juga ketara bezanya dengan akhlak seorang pejuang.

Tiada erti pengorbanan bagi mereka melainkan semuanya mesti berbayar. Tiada makna persahabatan melainkan ada kepentingan yang diperolehi daripadanya. Mereka tidak optimis terhadap masa depan melainkan bergantung pada pihak lain.

Berbezalah dengan erti perjuangan. Matlamat ditatah dengan jelas. Objektif ditanda dengan teratur. Dasar dan prinsip dipasak sedalam-dalamnya. Pengorbanan melangkaui kepentingan diri. Tempo perjuangan tidak hanya rancak di musim pilihan raya. Persahabatannya berpaut dengan kasih. Maruahnya tidak boleh dilagang dengan matawang dunia.

Perjuangan bukan mencari menang. Sebaliknya yang dicari ialah Redha Pencipta dalam kemenangan yang mahu diraih. Kalah tidak mengalah, menang tidak angkuh. Bekerja tanpa syarat, diuji tidak menyesal. Meski tidak dipilih sebagai pemimpin, ia terus istiqamah sebagai anggota yang taat dan setia. Ia bangga dengan perjuangannya biar 1001 fitnah melanda. Itulah Erti Perjuangan. – HARAKAHDAILY 31/10/2017