BARU-baru ini, kerajaan bersetuju untuk menurunkan had umur mengundi dan had umur calon seawal 18 tahun selaras dengan amalan demokrasi di seluruh dunia

Perdana Menteri juga bersetuju (setelah didesak pembangkang) pengundi muda yang mencapai umur 18 tahun didaftarkan secara automatik. Ini memberi kuasa kepada orang muda untuk menentukan pembentukan kerajaan pada masa akan datang kerana jumlah mereka melebihi 48 peratus daripada jumlah pengundi keseluruhan.

Beliau berkata, peningkatan lebih 50 peratus berbanding 14.9 juta yang direkodkan menerusi daftar pemilih pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), sekali gus berupaya membuka ruang untuk golongan muda terbabit dalam mencorak kepemimpinan negara.

Pada PRU-14 yang lalu, hampir separuh iaitu 7.09 juta daripada jumlah pengundi berdaftar adalah pengundi muda berusia antara 21 tahun hingga 39 tahun.

Untuk rekod, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara bagi tahun 2019, jumlah penduduk Malaysia adalah 29.4 juta yang mana majoritinya didiami oleh kaum Bumiputera seramai 20.4 juta (69.3 peratus), diikuti jauh kaum Cina seramai 6.7 juta (22.8 peratus) dan tercorot sekali kaum india hanya 2.03 juta (6.9 peratus) sahaja.

Penulis tertarik memetik sebuah wawancara bersama mantan pengerusi SPR, Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman sekitar tahun 2016 yang telah dimuat naik oleh seorang blogger di laman blognya

Menurut Rashid, orang Melayu adalah 70 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia tetapi mereka hanya mewakili 58 peratus jumlah pengundi. Andai semua yang layak untuk mengundi menunaikan hak mereka, jumlah itu akan menjadi 65 peratus. Tetapi hakikat sebenarnya ia tidak menjadi begitu

Di Pulau Pinang sebagai contoh, kaum Cina hanya 45 peratus daripada komposisi penduduk. Secara logiknya mereka tidak boleh memenangi pilihan raya sendiri. Bagaimanapun apa yang berlaku di Pulau Pinang kaum Cina telah berjaya meningkatkan jumlah pengundi berdaftar mereka menjadi 53.38 peratus

Bagaimanakah hal ini boleh berlaku? Menurut beliau, orang Cina di negeri-negeri lain telah turun membantu dan menukarkan alamat mereka supaya dapat mengundi di Pulau Pinang. Matlamat mereka hanya satu, mahu ‘parti mereka’ memerintah negeri itu

Menurut beliau lagi, orang Melayu di Pulau Pinang, telah membentuk lebih 46 peratus daripada jumlah penduduk di Pulau Pinang. Namun orang Melayu yang mendaftarkan diri sebagai pengundi hanyalah 35.7 peratus. Jadi, walaupun kesemua 35.7 peratus pengundi Melayu yang keluar mengundi memilih BN ketika itu, mereka tidak akan menang berdepan dengan DAP kerana orang yang mendaftar mengundi hanyalah 35.7 peratus daripada 46 peratus.

Jika Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 ini diluluskan, kita akan menyaksikan kebimbangan Tan Sri Rashid dan rakyat jelata yang ambil peduli terhadap perkembangan arus politik semasa di Malaysia, bernafas di zon selesa kerana dijangkakan bilangan pengundi akan naik mendadak menjadi 22.7 juta menjelang 2023 nanti.

Adakah ia mampu mengejut tidur panjang generasi milenia yang sebelum ini bersifat 'apatis' apabila berbicara soal politik dan tanggungjawab memilih pemimpin berbanding 'sami'na wa ato'na' mereka berbicara tentang dunia gajet?

Satu kaji selidik telah dibuat oleh sebuah badan bebas iaitu Merdeka Centre terhadap orang muda termasuk pelajar di IPT. Keputusan kaji selidik mendedahkan golongan muda pasif politik, sibuk dengan kerja, muak dengan permainan politik golongan tua dan merasakan mengundi tidak memberi apa-apa faedah kepada mereka

Persepsi 'apatis', tidak ambil endah atau acuh tak acuh terhadap politik ini perlu segera diperbetulkan menjelang PRU-15 yang bakal tiba pada bila-bila masa dari sekarang kerana generasi muda bangsa lain termasuk yang 'diimport' dalam senyap sedang mengatur langkah, berebut-rebut mendaftar diri menjadi pengundi kerana mereka percaya jika sifir di Pulau Pinang telah memenangkan 'parti mereka', bukanlah sesuatu yang mustahil sifir yang sama mereka guna untuk menakluk negara!

"Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan Allah sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)."

(ali-'Imran: 54)

- HARAKAHDAILY 15/9/2019

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menyokong dan mendukung Muafakat Nasional yang menjadi harapan baharu kepada rakyat Malaysia.
 
Menurut ketuanya, Shahir Adnan, solongan itu merupakan cerminan sokongan rakyat berbilang kaum kerana parti itu mewakili seluruh Bangsa Malaysia yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, serta kaum pribumi Sabah dan Sarawak.

“Muafakat Nasional adalah terjemahan kepada perpaduan antara kaum yang menjadi teras kepada visi dan misi Ikatan itu sendiri.

“Visi dan misi Ikatan adalah berlandaskan Perlembagaan Persekutuan yang dilihat kini makin dicabar oleh segelintir rakyat Malaysia yang mahu merobek perpaduan antara kaum,” katanya dalam satu kenyataan media.

Jelanya, isu-isu perkauman seperti pembelajaran Jawi, kesenian khat dan promosi barangan buatan orang Islam dijadikan modal politik untuk memberikan persepsi negatif kepada penyatuan ummah.
 
Lantaran itu, katanya, Himpunan Penyatuan Ummah yang diadakan semalam berjaya menyatupadukan blok pembangkang pada hari ini.

“Siapa sangka persengketaan selama enam dekad antara PAS dan Umno telah ditamatkan pada hari ini dengan termeterainya Piagam Muafakat Nasional,” ujarnya.

Katanya, perpaduan antara blok pembangkang ini sebenarnya merisaukan PH.
 
Shahir turut menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia yang turun ke PWTC untuk menyaksikan peristiwa bersejarah dalam arena politik negara.

Jelas beliau, rakyat kini mempunyai pilihan yang lebih baik, untuk memilih gabungan pembangkang melalui Muafakat Nasional yang menjiwai denyut nadi orang Melayu, Cina, India dan seluruh kaum di Malaysia. – HARAKAHDAILY 15/9/2019

BINTULU: Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Rekreasi Muslimat PAS Negeri Sarawak telah menganjurkan program Ladies Night bertempat di Hotel Kemena, di sini malam tadi.

Bertemakan "Muslimat Anggun Pintar" ia bertujuan menghimpun dan mengeratkan hubungan antara anggota Muslimat dari PAS Kawasan-kawasan seluruh negeri ini terutama mengeratkan kerjasama Muslimat pelbagai peringkat umur.

Malah, program ini juga merupakan satu bentuk hiburan dalam kalangan Muslimat, selain mengimbangi kepelbagaian wadah dakwah Muslimat serta meraikan kepelbagaian minat.

Program ini sekali gus menjadi acara pembukaan sambutan Hari Malaysia yang turut akan diraikan oleh pimpinan PAS Pusat diketuai Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Antara yang hadir ke majlis ini adalah Exco Muslimat PAS Malaysia, Dr Halimah Ali dan Farah Foo Abdullah serta Ketua Muslimat PAS Sarawak, Ustazah Juliani Adin.

Kemeriahan Ladies Night diwarnai dengan sepuluh persembahan oleh Muslimat dari lapan kawasan antaranya nasyid, boria, deklamasi sajak, malah juga seni silat.

Menurut Dr Halimah, program ini bukan sahaja mengeratkan ukhuwah ahli-ahli Muslimat, malah menonjolkan bakat terpendam dalam bentuk program yang patuh syariat dan meraikan kepelbagaian arena dakwah. - HARAKAHDAILY 15/9/2019   

IMG 20190915 WA0016

IMG 20190915 WA0015

PETRA JAYA: PASTI Kawasan Petra Jaya telah mengadakan program tahunan melibatkan sembilan Cawangan PASTI di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan, di sini semalam.

Hari Sukan PASTI merupakan salah satu program penting yang diadakan bertujuan melahirkan kanak-kanak yang seimbang dari pelbagai sudut termasuk perkembangan rohani dan jasmani.

Ianya juga ke arah memperkembangkan lagi potensi murid PASTI secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah.

Antara yang hadir adalah Pengerusi PASTI Petra Jaya, Rasyid Rohim dan Pengarah PASTI Negeri Sarawak, S Muhammad Salim sekali gus merasmikan Hari Sukan PASTI Tahunan ini.

Para peserta telah mengambil bahagian dalam 12 acara yang dipertandingan antaranya lari berganti, isi air dalam botol, lari kepit bola dan tarik bola dalam gelung.

Juga bawa bola pingpong dalam sudu, lari ikat kaki, susun piramid tin dan tarik tali melibatkan pembahagian mengikut kategori iaitu 4, 5 dan 6 Tahun.

Turut dipertandingkan adalah acara perbarisan mewakili warna rumah sukan masing-masing di mana ia berakhir dengan PASTI Darul Furqan menjuarai keseluruhan Hari Sukan dengan jayanya. - HARAKAHDAILY 15/9/2019

  

 IMG 20190915 WA0012

IMG 20190915 WA0011

IMG 20190915 WA0010

IMG 20190915 WA0006

IMG 20190915 WA0007

IMG 20190915 WA0008

SAYA hadir di PWTC semalam. Saya memahami dan menyedari kenapa saya hadir. Saya juga merasakan perkara yang sama juga berada di nurani ribuan mereka yang hadir semalam. Malah jutaan yang tidak dapat hadir juga sebenarnya berkongsi rasa yang sama. Ikhlas, jujur dan putih bersih.

Allah menghadirkan tautan kasih sayang ini selepas hampir 60 tahun berkelahi. Kecamuk itu terhenti bilamana hak bersama dijarah tanpa segan dan silu.

PAS dituduh sebagai jalang politik kerana sering bertukar regu perjuangan. PAS juga diingatkan bahawa jangan ditipu kedua kali di lubang yang sama.

PAS sebenarnya konsisten. PAS dua kali ditinggalkan DAP bila mereka melangkau batasan yang PAS gariskan. PAS tidak akan sesekali membiarkan garis perjuangannya dicabuli. Namun DAP beruntung kerana mendapat kawannya di kalangan ‘bekasan’ PAS. Bekasan inilah kini yang sentiasa mencari salah PAS.

PAS tega ditipu. Malah PAS berhati besar memaafkan. Ternyata pihak yang menipu tidak juga senang duduk malah mengacau setiap kali hendak tidur. Namun, bila rakyat yang di tipu, PAS tidak akan berdiam diri.

Janji muluk yang diharapkan hanyalah pemanis bicara sedangkan kenyataannya jauh menyimpang. Mereka tidak jujur dalam menjayakan negara ini. Malah mereka sedang berusaha merobek Islam dan Melayu.

Jangan menoleh lagi. Kita akan bersama dalam gagasan ini. Gagasan yang persamaannya lebih mudah untuk kita realisasikan. Agama dan bangsa yang sama. Kita akan membajainya dengan penuh jujur dan ikhlas agar ia membesar dengan jitu.

Ayuh sahabat semua demi Islam dan Malaysia yang tercinta.

ABDUL LATIFF ABDUL RAHMAN
Ahli Parlimen Kuala Krai
15 Muharram 1441
15 September 2019 - HARAKAHDAILY 15/9/2019

HAMPIR 2 tahun pemerintahan kerajaan PH di Negeri Sembilan, pelbagai penyalahgunaan kuasa kita dapat lihat antaranya baru baru ini seorang Ahli Yang Berhormat Kawasan Repah menulis surat sokongan untuk rawatan 3 orang yang tidak jelas kerakyatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai SOP yang jelas terhadap pesakit yang tidak jelas kerakyatan mereka. Kalau bukan warganegara, pesakit haruslah menunjukkan pasport, jika tiada sekurang-kurangnya mempunyai dokumen pengenalan diri seperti nama dan tarikh lahir untuk direkodkan dan untuk memudahkan proses diagnostik dan rawatan susulan. Mereka yang tidak punyai kad pengenalan malaysia ini hanya dikenakan RM40 di klinik kesihatan. Dan setahu saya, fasiliti kesihatan kerajaan tidak pernah menafikan hak untuk mendapat rawatan kepada semua manusia. Tidak perlu sehingga menulis surat khusus.

Negara sedang gusar dengan masalah pemberian Kad Pengenalan yang tidak sah dan secara haram, PAS sangat khuatir ia juga berlaku di Negeri Sembilan.

Berbalik kepada surat sokongan seorang YB kerajaan negeri sembilan kepada pesakit ini, hanya kerana RM40, YB telah melanggar prosedur dan membuatkan keadaan sedikit keruh di jabatan kerajaan.

Nasihat kami PAS Negeri Sembilan agar Dato’ MB Negeri Sembilan mengadakan kursus yang khusus untuk membantu YB-YB kerajaan negeri tahu apa yang boleh dan apa yang tidak (do and don't) selaku seorang wakil rakyat. RM40 ini, PAS boleh bantu bayar kalau YB ada masalah kewangan dan insya-Allah kami akan melakukan mengikut prosedur sepatutnya.

BADZLI BAKAR
Ketua Penerangan
merangkap
Ketua Lajnah Kesihatan Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan. – HARAKAHDAILY 15/9/2019

MERUJUK tulisan Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) bertajuk 'Kewajipan Mengundi' di laman sesawang Harakahdaily bertarikh 28 Ogos 2017 yang lalu, ramai di kalangan umat Islam tidak mengambil kisah atau menganggap tidak penting dalam aspek ini.

Ada juga yang merasa bosan kerana banyaknya karenah yang tidak menyenangkan dalam aspek politik, lalu mereka menyerah kalah atau mencari pendekatan yang salah apabila lebih mudarat bencananya. Mereka lupa betapa politik banyak mempengaruhi aspek yang lain, khususnya aspek kedaulatan negara dan keselamatan umat, bukan sahaja aspek ekonomi dan lain-lain.

Rasulullah S.A.W menyuruh umatnya bersabar menghadapi penyelewengan politik kerana wajib memelihara urusan politik supaya tidak terjerumus ke dalam bencana yang lebih besar akibatnya.

Banyak ayat-ayat al-Quran dan Hadis-hadis yang menunjukkan betapa Allah dan Rasul-Nya sangat murka terhadap orang yang tidak mengambil perhatian terhadap kepentingan umatnya sehingga menerima bencana yang memusnahkan semuanya.

Maka hendaklah difahami betapa mendaftarkan diri untuk menjadi pengundi di zaman kini adalah satu kewajipan agama yang besar terhadap setiap orang lelaki dan wanita apabila mempunyai kelayakan.

Allah berfirman:

وَإِن تَتَوَلَّوۡاْ يَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ ثُمَّ لَا يَكُونُوٓاْ أَمۡثَٰلَكُم

“Dan jika kamu berpaling (daripada beriman dan menegakkan Islam) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.”

(Muhammad: 38)

Urusan menegakkan Islam dengan menjadi pemerintah berkuasa politik adalah kewajipan besar bagi umat Islam. Adapun yang datang menguar-uarkan supaya umat Islam melupakan politik adalah warisan peninggalan penjajah supaya umat ini lemah dan hilang kuasanya. Akhirnya menjadi hamba kepada sesiapa yang mengambil kuasa.

Menurut Tuan Guru, mengundi bukan sahaja memilih pemimpin bagi pihak rakyat, bahkan tanggungjawab mengundi adalah melantik wakil rakyat untuk melaksanakan Amar Maaruf dan Nahi Mungkar yang menjadi tonggak penting dalam menjaga jati diri umat melalui kekuasaan atau bersuara dan menentukan sikap. Mengundi juga adalah menjadi hakim terhadap kerajaan dengan melakukan hisbah di sepanjang penggal pemerintahannya.

Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu,
Tepuk tangan tanya, apa yang boleh saya bantu?

Tolonglah daftar mengundi. Ulang tulis, tolonglah daftar mengundi (ulangan kedua). Usah bertangguh. Bawa kad pengenalan, terus ke pejabat Pos berhampiran atau mana-mana pejabat Pos pun boleh.

Benarkah di mana-mana pejabat Pos boleh?

Ya, boleh. Katakanlah anda duduk di Kuala Lumpur, esok ambil cuti nak balik kampung ada urusan. Ketika di kampung baru teringat belum daftar mengundi lagi ini. Nak buat di KL tiada masa. Usah bertangguh. Terus pergi ke kaunter pejabat Pos berhampiran di kampung anda. Bawa kad pengenalan, sebut saya mahu daftar mengundi. Tiada dikenakan bayaran pun.

Daftar mengundi online tak ada ke?

Ada. Sila rujuk laman web SPR. Tolonglah daftar mengundi (cukuplah rasanya sampai ulangan ketiga).

Tahukah anda?

Satu undi anda boleh menyelamatkan sebuah negara, satu undi anda juga dengan rahmat dan kasih sayang-Nya mampu menyelamatkan anda di dunia sana, tempat anda tinggal buat selama-lamanya. - HARAKAHDAILY 15/9/2019

GERAKAN Pembela UMMAH Pulau Pinang (UMMAH Pulau Pinang) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow kerana positif untuk berjumpa nelayan atas isu PTMP dan PSR selepas kejayaan Himpunan Ummah Selamatkan Pulau Pinang (Penang Tolak Tambak) Ahad lalu. Namun begitu UMMAH Pulau Pinang merasa agak kecewa kerana keengganan beliau berjumpa NGO-NGO yang telah berhimpun dan berjuang membela nelayan dalam isu ini. Kami adalah rakyat Pulau Pinang yang ada hak bersuara atas prinsip demokrasi negara ini dan turut sama terkesan dengan projek ini.

Saya antara rakyat Pulau Pinang yang sedikit gembira apabila Chow Kon Yow dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau kelihatan bersih dan jujur berbanding Lim Guan Eng yang agak “kotor” dengan isu bangalow dan terowong yang telah “dibakulsampahkan” selepas berkuasa. Keengganan beliau menyerlahkan sikap sombong dan angkuh serta membunuh dasar “Competency, Accountability, Transparency (CAT) yang diperjuangkan oleh kerajaan negeri. Jika begitu sikap beliau,saya nasihatkan lebih baik beliau berjumpa “ikan dan udang” yang amat terkesan dengan tambakan laut ini. Rasailah denyut nadi hidupan laut “stakeholders” sebenar yang terjejas. Beliau boleh berhubung dengan pakar bahasa ikan dunia Dr Phil Lobel sekiranya perlu untuk membantu.

UMMAH Pulau Pinang akan terus fokus atas isu ini. Kita akan sekali lagi membawa memorandum dan petisyen ke Parlimen. Kita akan terus menyokong usaha NGO yang lebih awal memperjuangkan isu ini seperti Sahabat Alam Malaysia (SAM), Penang Forum, Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan juga Persatuan Nelayan Pulau Pinang sendiri. UMMAH Pulau Pinang akan bersama mereka di Forum Awam 16hb September nanti dan juga pada 4hb November di Padang Kota Lama.

Ketua Menteri Pulau Pinang harus berjiwa besar dan terbuka. Jika tidak prinsip CAT hanya akan menjadi “kucing kurap yang kencing di kaki tuannya sendiri”. Chow Kon Yeow perlu tahu beliau lebih baik dan bersih daripada Lim Guan Eng.

MOHD AKHIR CHE MAT
Pengerusi UMMAH Pulau Pinang - HARAKAHDAILY 15/9/2019

ALHAMDULILLAH, PAS Pusat telah memilih Bintulu Sarawak menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2019 yang diadakan pada 16 September tahun ini.

Tema sambutan Hari Malaysia tahun ini ialah "Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih".

Tema ini dipilih kerana ia melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum yang mencintai negara untuk keharmonian dan kemakmuran sambil memupuk dan menanamkan rasa integriti, dan identiti Malaysia yang bersih dan berkualiti tinggi.

Keistimewaan kepelbagaian etnik di Sarawak telah diiktiraf sebagai model yang menggalakkan keharmonian dan perpaduan kaum.

Mereka boleh hidup dengan aman bersama tanpa masalah walaupun mereka mempunyai banyak adat dan kepercayaan.

Bumi Kenyalang yang terkenal dengan kepelbagaian etnik tidak pernah membangkitkan isu perkauman di kalangan pelbagai kumpulan etnik di Sarawak.

Model perpaduan dan keharmonian di bumi kenyalang ini harus dipromosikan di peringkat antarabangsa untuk membantu Malaysia keluar dari tragedi ketegangan kaum yang boleh merosakkan nama negara.

Perpaduan dan keharmonian antara kaum adalah kunci kepada kestabilan politik yang membawa kepada kemampanan ekonomi di negara.

Semoga dengan ketibaan para pemimpin PAS di Sarawak hari ini, boleh memberikan gambaran bahawa PAS bukan parti perkauman atau pelampau seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak, tetapi sebuah parti yang menjemput semua kaum tanpa mengira agama dan warna kulit untuk bersatu dan hidup dalam harmoni dan keamanan.

Kepada semua orang tanpa mengira kaum dan agama, marilah kita bersatu untuk pembangunan negara kita dan hidup bersama dalam keharmonian dan menghindari kejahatan dan jangan biarkan diri kita dijajah semula oleh sekumpulan orang yang mementingkan diri sendiri.

Jangan biarkan tanah adat dan hak-hak Peribumi diambil alih oleh orang asing walaupun pada mulanya mereka datang untuk melabur tetapi hakikatnya tanah kita semakin dikuasai oleh pihak luar. Pastikan hak kita tidak dikuasai oleh orang asing dan kita akan dijajah semula.

Selamat menyambut Hari Malaysia, semoga kita bebas daripada dijajah semula

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak

English version

Love the country and strengthens unity

THANKFULLY, the central PAS has chosen Bintulu, Sarawak to host the Malaysia Day 2019 celebration held on September 16 this year.

The theme for this year's Malaysia Day celebration was "Love My Malaysians: Malaysia Clean."
This theme was chosen because it symbolizes the unity of the multiracial people who love the country for harmony and prosperity while cultivating and instilling a sense of integrity and a clean, high-quality Malaysian identity.

The uniqueness of ethnic diversity in Sarawak has been recognized as a model that promotes harmony and racial unity.

They can live in peace together without problems even if they have multiple customs and beliefs.
Land of the Hornbill, known for its ethnic diversity has never raised the issue of racism among the various ethnic groups in Sarawak.

The model of unity and harmony in the land of the hornbills should be promoted at the international level to help Malaysia out of the tragedy of racial tension that can damage the name of the country.

The unity and harmony between the races are the keys to the political stability that leads to economic sustainability in a country.

Do not allow customary land and indigenous rights to be taken over by foreigners although at first, they came to invest but in reality, our land was increasingly controlled by outsiders. Make sure our rights are not under the control of foreigners, and we will be re-colonized.

Happy Malaysia Day, may we be free from being colonized again.

Yours faithfully,
JOFRI JARAIEE
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief - HARAKAHDAILY 15/9/2019

PADA PRU14 dahulu, majoriti kaum Cina dengan nekad, telah mencurahkan undi mereka kepada PH, tanpa ragu. Dikatakan PH mendapat 95 peratus undi Cina. Ketika itu, dengan keyakinan tinggi, mereka mempercayai bahawa PH akan mendapat majoriti dua pertiga dengan Anwar, sebaik dibebaskan, akan segera ditabalkan menjadi PM. Melihat kepada keadaan terlemah BN, semua impian itu, seperti benar-benar akan berlaku. Maka mereka semakin giat berkempen, bagi mencapai sasaran itu. Malah majoriti di antara mereka sanggup memungkiri janji dan menikam belakang sama ada BN (baca MCA) mahupun PAS.
 
Namun, di sebalik keyakinan dan kerja keras, ada suatu lagi kuasa penentu kepada segala perancangan manusia yang mereka lupa, iaitu kuasa Allah. Allah tidak mengkehendaki rancangan itu terjadi. Undi Melayu yang datang kepada PH, tidak sebanyak yang diharapkan kerana DAP ada bersama PH, menjadi penyebab kepada PH hanya menang majoriti tidak sampai dua pertiga. Maka banyak akta-akta yang mahu mereka ‘kerjakan’ tidak dapat dilaksanakan kerana terpaksa mengharapkan undi ihsan BN dan PAS, jika mahu diubah. Maka kaum Cina, yang paling mahukan PH menang dua pertiga, menjadi tidak keruan.
 
Mereka sedang melihat dengan cemas, harapan kedua mereka, mungkin juga tidak kesampaian apabila tali Perdana Menteri yang dipegang oleh Tun, dilihat ditarik dan dihulur, mengikut kekuatan Tun. Anwar yang memegang di sebelah sana, terpaksa mengikut apa gerakan Tun, yang mahu beliau lakukan. Anwar tidak mampu berbuat apa-apa kerana kuasa, jelas berada dalam genggaman Tun, kendatipun telah beberapa kali mengazankan bahawa beliau adalah PM ke-8, bukan bakal lagi. DAP pula, secara terang-terangan melancarkan kempen bertujuan menekan Tun, dengan memberikan tarikh khas Tun turun dan Anwar naik.
 
Tidak habis dengan debaran permainan politik Tun, maka timbul pula pengumuman agenda penyatuan oleh kedua parti Melayu terbesar tanah air, PAS dan Umno yang piagamnya ditandatangani pada 14 September 2019 di PWTC. Maka semua muncung senjata PH dari ketumbukan tentera PH, segera dihalakan serangan mereka ke PWTC dengan ‘prebet lapuk’ dari skuad infantri PH iaitu PAN, parti terlemah dan sentiasa menjadi barisan depan, sanggup dijadikan umpan untuk mati dahulu. Maka gegak gempitalah serangan gila ke atas agenda penyatuan ini. Langsung mereka tidak dikisahkan masalah negara yang lebih utama dan serius.
 
Begitulah sikap sebenar kaum Cina, yang amat mengharapkan ‘ong’ dari kemenangan PH, namun masih berdebar-debar takut PH gagal melaksanakan perancangan mereka. Kaum Cina yang berpaling tadah dahulu tahu, jika sekiranya kerajaan PH pada kali pertama ini gagal, dan muafakat PAS-Umno ini berjaya, ia bakal menguburkan impian mereka. Harapan mereka akan dihancurkan, mungkin sebagai balasan kepada kejahatan mereka itu. Entah berapa puluh tahun lagi pula mereka akan sampai ke tahap ini, sama seperti 13 Mei 1969 dahulu. Ini kerana, sebahagian besar mereka telah membuka topeng, menampakkan wajah sebenar mereka.
 
Penyatuan ummah ini sebenarnya lebih ditakuti, berbanding dengan pergeseran Anwar dengan Tun kerana jika penyatuan ini berhasil, tiada jaminan yang Tun akan kekal di kem PH. Tidak perlu bagi Tun menyeberang sungai politik bagi bersama PAS dan Umno, cukuplah dengan beliau menghuru-harakan PH dari dalam. Saya tidak pasti apakah kuasa dalam perlembagaan untuk seorang PM boleh membubarkan Parlimen secara berseorangan dengan persetujuan Agong. Tetapi jika PRU15 berlaku sekarang, maka amat dipercayai, sebahagian besar 25 peratus undi Melayu yang dimiliki PH dahulu, akan bertukar tangan.
 
Apabila ini terjadi, walaupun seluruh undi kaum Cina bergabung dengan kaum India dicampur dengan Melayu tertipu yang setia dengan PH, jumlah itu masih gagal menimbus jumlah majoriti undi Melayu kepada PAS dan Umno. Ini mesti dihalang dengan apa jua caranya. Tohmahan segera dibuat, antaranya ialah kenyataan separuh masak oleh Timbalan YDP Yadim, Zolkharnain Abidin bahawa penyatuan ini terpaksa membuang perkataan ummah kerana katanya, “difahamkan” MCA dan MIC juga mahu turut serta. Sedangkan tidak pernah diisytiharkan lagi nama piagam itu, hanya disebut tajuk himpunan sahaja dan piagam itu jelas ditandatangani antara PAS dan Umno. Dia cuba membodohkan orang Melayu Islam.
 
Abang Mat Sabu keluar dari persembunyiannya dengan ‘memberi restu’ kepada penyatuan ini. Entah bila orang meminta restu dia, entah siapa gerangan dia mahu merestui ikatan orang, tak siapa yang tahu. Awal sebelum itu, Salahuddin Ayub mengorek kembali pekung dan kudis lama tinggalan musuh PAS dahulu dengan mengapungkan kembali isu Amanat Haji Hadi. Khalid Samad juga tidak mahu ketinggalan dengan lawak salah kira jumlah permohonan ‘bunting’ program, isu Memali dan sijil nikah. Mujahid, tidak senang duduk apabila semua rakannya bersuara. Maka menyampuk jugalah dia dengan isu perkauman. Habis jadi bengong pimpinan PAN.
 
Rafizi tampil dengan formula baharu. Rupanya dia ada formula menukar jantina. Terangsang sungguh dia bila disebut perkataan bergabung dan bersama ini. Langsung dia teringatkan nikah. Dan seperti biasa menabur racun, membangkitkan kembali fitnah-fitnah lama dengan menyandarkan perkataannya kepada agama. Sedangkan semua orang tahu, pembakar isu kafir mengkafir itu, sudah lama keluar PAS. Ada lebih baik dia mencipta formula menukar bakal PM 8 betul-betul menjadi PM ke 8. Tetapi mungkin bakal PM 8 bimbang, sebab setiap kali Rafizi berformula, pasti menjadi terbalik. Formula minyak turun, jadi naik, formula tol tiada, tol tetap ada. Jadi formula menaikkan bakal PM 8, ditakuti Anwar tak naik-naik.
 
Serangan mereka dalam kekalutan ini adalah kerana takut kepada rancangan yang telah mereka buat itu berubah dengan muafakat ini. Seperti yang sedia dimaklumi seluruh rakyat Malaysia, PH dikuasai oleh DAP dan kebimbangan kepada runtuhnya perancangan mereka, bolehlah kita anggap sebagai kebimbangan runtuhnya kuasa DAP. Maka mereka berkerja keras bagi DAP mencapai impiannya. Berapa pantas mereka mengeluarkan kenyataan apabila Rasulullah dihina, sindiket kad pengenalan palsu, Zakir Naik yang terancam di negara ini, persahabatan baik ADUN dengan kumpulan pengganas LTTE berbanding respon mereka terhadap penyatuan ini?
 
Maka seperti yang kita tahu, Cina akan sentiasa mencari ruang berpolitik yang menguntungkan mereka sahaja. Mereka tidak mahu rugi, dan sanggup lari jika mendapat peluang lain, meninggalkan rakan mereka, seperti yang dibuktikan dalam PRU14 lalu. Saya tegaskan di sini, bukan semua, tapi sangat ramai Cina yang melakukan hal ini dalam PRU lalu. Pastinya pada kali ini, mereka akan melihat secara serius penyatuan ini. Jika berjaya, bermakna, orang melayu Islam sudah mulai sedar dengan kekuatan politik mereka jika bersatu. Ini akan mengancam akan kedudukan cina. Dan ketika itu, mereka pasti akan berubah sokongan. Sudah banyak kali mereka melakukan ini. Hinanya permainan politik sebegini.
 
Semua ini ada di dalam hati. Hati ialah sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kita. Pun begitu, saya sangat yakin, mereka akan mula memainkan peranan mereka, perlahan-lahan akan memusingkan sokongan mereka kepada PAS dan Umno. Pastinya kita tidak dapat mengenal yang mana satu yang ikhlas dan akan membantu. Di sini, kita perlu mengambil peluang, mengurangkan segala apa yang telah kita berikan kepada mereka sejak lama dahulu. Kecilkan segala ruang mereka, agar mereka memulainya daripada peringkat paling bawah. Baharulah akan nampak keikhlasan mereka, jika mereka menerima.
 
Contoh seperti sekolah Vernakular, dihapuskan terus, mereka mesti belajar di dalam sekolah Kebangsaan sahaja bagi membentuk jati diri rakyat Malaysia, juga kumpulan pendesak seperti Dong Zong. Kawal segala macam bentuk monopoli ekonomi kerana sudah dibuktikan, kekayaan mereka, tidak membantu negara secara terus, tetapi membantu beberapa orang ternama bagi kepentingan mereka kembali. Mereka mesti diajar untuk tinggal di negara ini, sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan tanah air, sanggup berkorban demi negara, membantu sesama warga dan menghormati hak serta keistimewaan Bumiputera.
 
Pengkhianatan mereka dalam PRU lalu, mesti diambil tindakan oleh PAS dan Umno, jika berjaya menumbangkan PH nanti. Ini kerana jelas bagaimana sikap perkauman yang sangat melampau ditunjukkan oleh sebahagian mereka dengan mempersoalkan agama, Raja dan hak Melayu Islam yang tidak pernah dilakukan oleh mereka sebelum ini. Kurang ajar mereka itu menunjukkan juga sikap tidak setia dan berdendam yang ada dalam hati mereka terhadap Melayu Islam. Saya yakin tindakan ini akan mengajar mereka yang tidak tahu sopan dan bagaimana mahu hidup dalam kalangan masyarakat majmuk.
 
Dahulu ramai yang kata Islam tidak sesuai dalam masyarakat majmuk. Tetapi sekarang saya percaya sikap seperti kaum Cina yang sebegini yang sangat tidak sesuai untuk berada dalam masyarakat majmuk kerana Islam melarang penganutnya menghina penganut lain. Kita boleh hidup aman dan damai apabila kita mempunyai ketua yang mendamaikan dan kita menuruti arahannya. Dan saya tegaskan DAP bukan ketua yang sesuai bagi kaum Cina untuk menjadi rakyat yang baik di Malaysia. DAP tidak boleh dipakai, sikap mereka yang rakus, membuatkan kaum Cina sekarang tersepit kerana salah langkah dengan gopohnya mendedahkan perangai buruk mereka.
 
Melayu Islam bukan mahu membalas dendam jika menang, kerana Islam melarang itu. Semua yang duduk di bawah Islam, akan selamat, percayalah, ditambah dengan kelembutan jiwa Melayu. Tetapi hanya menjelaskan bahawa ada perkara yang boleh dipandang ringan, tetapi ada perkara yang mesti kita tuntut untuk dilakukan bersama sebagai kewajipan. Kita juga mahu dunia tahu bahawa ada nilai dengan persahabatan dan ada bayaran bagi yang memutuskannya. Dan dengan penyatuan melalui Muafakat Nasional ini, diharap kaum Cina mendapat pengajaran yang besar. Itu pun jika mereka mahu belajar. Mereka perlu berhenti dari bermuka-muka.

MOHD NASIR ABDULLAH - HARAKAHDAILY 15/9/2019

KUALA LUMPUR: Ramai yang menitiskan air mata menyaksikan permeteraian Piagam Muafakat Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini, kata Ketua Pemuda Umno, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

“Ramai yang menitiskan air mata dan beremosi tatkala menyaksikan permeteraian Piagam Muafakat Nasional yang menyatukan dua parti terbesar orang Melayu-Islam, Umno dan PAS yang berpuluh tahun bersengketa,” ujarnya menerusi laman Facebook.

Menurutnya, puluhan ribu rakyat membanjiri dan memenuhi segenap penjuru PWTC hari ini untuk menyatakan sokongan dan tidak mahu terlepas untuk menjadi sebahagian daripada sejarah penting negara pada tanggal 14 September 2019 ini.

“Moga Allah berkati dan rahmati permuafakatan ini yang dilandaskan atas dasar aqidah dan ketaqwaan seutuhnya kepada Allah,” katanya lagi.

Piagam Muafakat Nasional itu ditandatangani oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Himpunan Penyatuan Ummah, hari ini. – HARAKAHDAILY 14/9/2019

KUALA LUMPUR: PAS dan Umno hari ini telah menandatanganii secara rasmi Piagam Muafakat Nasional di Dewan Merdeka, PWTC.

Piagam yang ditandatangani oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan negara yang majmuk.

Antara intipatinya, menjunjung dan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan yang menjamin pembentukan negara Islam sebagai Agama Persekutuan, kedaulatan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan serta menjamin kepentingan masyarakat majmuk terpelihara.

Memperkukuhkan muafakat nasional melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar belakang agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara.

Memperkasakan agenda Islam, Melayu dan Bumiputera secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan demi membangunkan watan yang sejahtera.

Membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif (Islam dan bangsa Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.

Mengikhtiarkan secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan. – HARAKAHDAILY 14/9/2019