Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Kenapa menjulingkan sejarah Rohingya?

Semasa
Typography

MENJULINGKAN sejarah juga terjadi dengan penulisan cincai asalkan terhasil sebuah artikel, untuk mengiringi sebuah perjalanan, fakta dan bahan yang saheh menjadi nombor dua atau tidak ada nombor sama sekali. Penjulingan sejarah kerana sumber dan penulisan cincai boleh membawa akibat buruk sehingga menjadi penyambung propaganda musuh yang melakukan genocide kepada Muslim Rohingya. Paling kurang ia boleh membina persepsi salah kepada Rohingya yang sedang dizalimi.

Menulis artikel tentang Rohingya yang mahu ditularkan perlu cermat. Cermat penting kerana usaha mengubah sejarah, memadam fakta dan menghalalkan genocide telah diusahakan oleh junta Myanmar sejak lama dulu.

Contohnya jika ditulis 'Rohingya berkulit hitam kerana mereka berketurunan benggali" adalah adalah satu penjulingan sejarah kerana tidak memahami keseluruhan plot jahat Myanmar. Malah ia seperti telah membenarkan propaganda junta dan gerakan 969 Sami Budha Myanmar yang membunuh, memperkosa dan menghalau Rohingya keluar dari Arakan-Myanmar kerana mereka adalah Benggali. Penghapusan etnik (genocide) etnik Rohingya dihalalkan atas alasan rohingya adalah Benggali.

member login