Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Mulia Hatinya!

Semasa
Typography

PERJALANAN pergi dan balik sejauh 120 km sehala dari rumah ke tempat kerja di ibukota terpaksa aku tempuhi setiap hari bekerja. Perjalanan jauh memakan masa dan meletihkan. Hari sabtu dan ahad adalah hari cuti tetapi hari sabtu itu, aku terpaksa ke pejabat juga kerana ada kemalangan di bengkel penyelenggaraan di bawah pengurusan aku.

Lewat petang sabtu itu aku bertolak balik ke rumah setelah melalui sepanjang hari yang memenatkan. Aku menaiki bas ekspres seperti kebiasaannya di Pasar Seni dan aku duduk betul-betul di belakang pemandu bas ekspress. Tidak ramai penumpang bas pada hari sabtu dan di kala itu.

Selepas melabuhkan punggung di kerusi empuk bas ekspres, sebentar kemudian aku sudah tertidur keletihan tidak sedarkan diri.

member login