Piala FA: Tahniah The Boss Gaurus

Sukan & Budaya
Typography
DACS Negeri Perak merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada seluruh pemain pasukan Perak The Boss Gaurus diatas kejayaan membenam Pahang dengan tiga gol tanpa bolos sekali gus melangkah bergaya ke perlawanan akhir Piala FA.
 
Kebangkitan dramatik ini mengingatkan kembali nostalgia penyokong The Boss Gaurus di Final kali pertama Piala FA tahun 1990 dimana ketika itu Perak ketinggalan 2-0 di tangan Selangor. Pasukan Perak yang diketuai oleh lagenda bolasepak Perak, Azizol Abu Hanifah serta penyerang import dari Myanmar, Aung Naing berjaya mengikat Selangor dan seterusnya memperolehi dua jaringan tambahan untuk memenangi Piala FA edisi pertama dengan jaringan 4-2.
 
Sesungguhnya kejayaan ini adalah sesuatu yang membanggakan seluruh rakyat negeri Perak. Kali terakhir Perak mara ke pentas akhir Piala FA adalah pada tahun 2005 dan kali terakhir perak memenangi Piala FA adalah pada tahun 2004 mengalahkan Terengganu 3-0.
 
Seluruh rakyat negeri Perak yakin dengan semangat dan usaha para pemain ketika membenam Pahang sebentar tadi, Piala FA sesi 2019 akan berjaya didakap dan kembali ke bumi Perak Darul Ridzuan.
 
"Islam Memimpin Perpaduan"
"Kejor Yob Kejor"
 
HADY AZMAN
Pengarah 
Jabatan Kesenian,Kebudayaan & Sukan (DACS)
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak - HARAKAHDAILY 30/6/2019