Futsal hindar anak muda dari gejala negatif

Sukan & Budaya
Typography
KEMAMAN: Pemuda PAS Dun Kijal telah menganjurkan Kejohanan Futsal Tertutup Kijal melibatkan pertandingan antara 16 pasukan yang diadakan di gelanggang futsal Kampung Tengah, di sini semalam.
 
Kejohanan untuk merebut Piala Ketua Pemuda PAS Dun Kijal itu diadakan dalam usaha mengeratkan hubungan PAS dengan generasi muda dan memupuk gaya hidup positif.
 
Menurut Timbalan Ketua Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Azman Mohamed, program itu juga dilihat telah mencungkil bakat-bakat baru.
 
Kejohanan menyaksikan pasukan Kampunh Telok Kalong muncul juara menewaskan pasukan Kampung Ibai, diikuti tempat ketiga dan keempat masing-masing milik Kampung Darat Kijal A dan B.
 
Para pemenang utama membawa pulang hadiah wang tunai, medal dan hamper, manakala penyertaan 12 lagi pasukan menerima hamper sebagai saguhati.
 
Hadiah-hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Pengarah MTD Kijal, Ustaz Hazri Jusoh yang turut diiringi Ketua Pemuda Kijal, Ustaz Zulkifli Nara. - HARAKAHDAILY 4/2/2018